penyabar
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.
google-ed
terbukti. saya memang tak penyabar orangnya. apa lagi buktinya kalau bukan waktu saya bersama balqis yang penuh drama hari-hari. masa balqis was a baby, perkara bersabar ni bukan isu besar. sebab baby-baby bukan tahu buat apa sangat pun. akal pun belum cukup panjang. tapi bila dah pandai bercakap berpatah-patah, akal pun dah tak boleh nak diduga. time tu lah anak sedang mencabar kesabaran.
selalu sangat. saya hilang sabar. saya boleh bersabar dengan banyak benda. tapi satu benda ye yang menitik-nitik kesabaran saya. iaitu jeritan. haa. pantang ni. saya cukup pantang dengar suara menangis hi-pitch. walaupun anak sendiri. time dia menjerit tu, sometimes i will lose my temper too. dan most of the times, saya akan cepat-cepat lari. cari back-up. kalau OP ada time tu tak jadi masalah. tapi yang jadi masalah kalau saya seorang.
mak saya kata, saya tak boleh jadi cikgu sebab saya bukan seorang yang sabar. memang betul. OP kata, saya tak boleh tengok rumah bersepah sebab saya bukan seorang yang sabar. memang betul. saya banyak tak sabar dalam banyak perkara. itulah sebabnya, dari lihat atau fikir sesuatu yang ignite perangai tak sabar saya, saya akan distract minda saya kelain.
tadi saya renung dalam-dalam muka balqis yang mamai on the way nak tidur. saya tahu, bila dia mengamuk macam tu, its me who fails her. who disappoint her. not the other way around. anak-anak kita reflect macam mana kita handle diorang. macam tadi, biasalah. saya kejap-kejap duduk depan laptop. kejap-kejap bangun mengemas barang. kejap-kejap ym dengan OP. dia dah tak boleh tahan lah tu saya biarkan dia sorang-sorang. lalu? episode seterusnya adalah menjerit minta saya temankan dia main kat depan tv.
i am thinking of SNAP je. tapi taklah. tak jadi pun nak snap. instead, saya pimpin tangan halus itu kedepan. if you berdepan dengan anak-anak, rule number one is, jangan fight. tapi tackle the other way around. atau distract. maklumlah. mak bapak yang muda-muda ni memang luntur dengan sabar. orang muda lah katakan. kita nak kerja kita je siap. at the same time kita lupa, yang anak kita tu bukannya robot. boleh setup bagai.
walaupun hari-hari saya berperang dengan balqis, tapi itulah yang buat saya sunyi dan rindu bila dia takde sini haritu. satu malam je pun. itupun saya dah kecoh. OP gelak-gelakkan saya. hah. memang sungguh saya tak sabar bila saya didera perasaan rindu kat anak sendiri ok. itu lagi satu perangai tak sabar saya.
perangai tak sabar ni, ada elok dan tak eloknya. elok kalau kita tak sabar tengok rumah bersepah, lepas tu macam lipas kudung kita bersihkan. elok kalau kita tak sabar tengok dapur kita messy, cepat-cepat bersihkan. kalau sabar je melihat semua tu, alamat saya tak tahulah apa yang jadi pada rumah. haha.
banyak kali, saya cakap dengan balqis. kalau nak sesuatu, MINTA. bukan jerit. sometimes, dia memang ingat dan buat. sometimes dia terlepas, termenjerit lepas tu tiba-tiba dia cakap benda lain untuk cover kesalahan yang dia buat tadi. sebab dia tahu ummi dia tak suka dia menjerit. part tu paling lucu ok. tiba-tiba cakap benda pelik (bahasa ibunda dialah) kat saya sebab mata saya dah mula bulat semacam pandang dia. hahaha. sometimes, dia lupa dan marah dan tak mahu ikut. biasalah. budak-budak. itulah perangainya. takkan kita nak expect dia behave 24jam.
apa pun, saya percaya. "for things to change, I must change first". so, kalau nak anak jadi penyabar, jadilah emak yang penyabar. penyabar pulak biarlah kena tempat. kalau anak solat lambat, tapi kita sabar je. tu tak kena tu. kena piat takpe. tapi kalau emaknya bersabar je tengok anak solat lambat, esok lusa kita tanggunglah akibatnya. sabar biar bertempat. kalau pasal solat, piap je terus.
dugaan yang paling hebat ever since saya bergelar ummi ni adalah mulut. tahulah bila kita dah marah. fed-up. penat dan sewaktu dengannya. apa-apa yang terlintas tu bawak banyak-banyak lah diam. kalau cakap kat diri sendiri pun Allah dengar. dalam hati pun Allah tahu. apa-apa yang kita cakap dalam hati tu, buruk ke baik ke. dapat lah habuan. dari kita sebut bukan-bukan time marah, baik kita sebut "anak bertuah" ke. kan. macam orang-orang tua kita buat.
percaya tak, si balqis kalau dia membebel sorang-sorang, sebijik keluar macam apa yang saya selalu cakap. all of a sudden, dia akan buat-buat cekak pinggang dan cakap "ish ish ishhhhh budak niiiii". dan i was like, BHAM. terpukul kat situ. kadang-kadang rasa tak percaya, tapi apa yang kita sebut, itulah yang anak kita dengar. from that moment on, saya janji dengan diri sendiri. tak mahu dah cakap sembarangan depan budak bijak tu. kalau ayat-ayat tu keluar depan kita takpa. kalau dia buat kat anak orang lain?
penyabar! memang saya bukan seorang yang sabar. i always lose my temper tapi OP selalu je sejukkan saya. OP pun ada gak time-time dia hot tapi jarang sekali. kalau saya, memang selalu. tapi tak usah risau, kalau saya temper OP cekap je buat apa-apa dan saya akan senyum balik tiba-tiba. yang penting, kita sebagai ummi tak usah marah-marah. mendidik anak itu adalah suatu ibadah! kita senyum dan happy sokmo!
adeih.
till then, until dont know when…
Assalamualaikum!
biasa la tu.. kene sabar ye…
banyak2 kan sabar tu hehe
Syafrizal´s last blog ..WordPress 3.0 – Sudahkah anda kemaskini?
[Reply]
LeeN Reply:
July 3rd, 2010 at 4:47 PM
huuuu mmg sabbarrrrr nehhhh
[Reply]
Betul tu LeeN, akak yang dah tua ni pun baru je faham yang ibu ayah ni memang sebenarnya mesti selalu sabar dan memaafkan anak-anak……. Kalau hati kita marah, Allah pun marah pada anak kita…… oh, tak sanggup! Dosa pada ibu bapa walaupun kecil akan disegerakan balasannya di dunia lagi…… tak apalah, kita belajar-belajar menyabarkan diri ye…..
LeeN, Maha Bijaksananya Allah, Dia memberikan pasangan yang memang akan menampung kelemahan kita dan melengkapkan hidup kita……. subhanallah………
[Reply]
LeeN Reply:
July 3rd, 2010 at 4:45 PM
[Reply]
leen,

sabar ni susah…
setiap hari harus belajar bersabar kan..
sbb kerenah anak ni tak menentu
& setiap hari harus kena pesan kat anak supaya tak ulang lagi..
kakyong´s last blog ..Kotak komen ku sudah disembunyikan…
[Reply]
LeeN Reply:
July 3rd, 2010 at 4:45 PM
betul kak. benda2 yang pahala banyak ni memang menguji kesabaran kita kan. sbb tu reward dia banyak. huhuhu. kadang2 saye pun naik antu kak. huhuhuhuhuhhuhuhu
[Reply]
agaknye nina seorang yg penyabar tengok bilik yg bersepah..
muahahahahaha…:P
sharina´s last blog ..out of my mind
[Reply]
LeeN Reply:
July 3rd, 2010 at 4:42 PM
anda sudah tentu sekali memang seorang yang penyabar tahap gaban! huahahuahuahua
[Reply]
samela kite leen.. aku pon mmg tak sabar.. ayah aku slalu sgt ingatkan cuba bersabar skit.. dr kecik smpi besar aku cube utk bersabar stp kali jadik ape2 org tgk ape2.. nape ek link ko kt aku xleh nk update
[Reply]
LeeN Reply:
July 3rd, 2010 at 4:41 PM
mmg le. kite ni tak penyabar kan. aku bape juta kali ingatkan diri sendiri kadang2 terbabas gak. uhuhu. link aku takleh update? erm, ko masukkan cemana? dulu aku soh masukkan address rss aku kan? skang da takya da. masukkan link aku je. kalo takle gak, nnt aku tgk mengape k..
[Reply]
sabar.. masa time kecik2 ni mmg banyak kerenahnya kan? dulu saya penah dengar satu talk, org tu cakap biasanya ujian yg kita hadapi masa dok besarkan anak2 ni, sama macam ujian yg mak pak jaga kita masa kecik dulu.. kiranya kalau anak kita perangai cenggitu, kita dulu pun cenggitu jugak la.. hehehehnak bagi kita rasa balik…hehheh.. wallahhualam
p/s: Jemput le ke blog saya untuk tengok katalog tupperware pra ramadan pada harga terendah.. comey2 ooooo……
http://tupperwarefactory.blogspot.com/
[Reply]
LeeN Reply:
July 24th, 2010 at 2:53 AM
saya rasa, itu memang ada banyak betulnya! bumi kan bulat hehe.
insyaallah saya visit.. tp rumah takde tenet lagi nih. idle sementara waktu. heehe.
[Reply]