air gas
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
abah saya kata;
"long, anol kan petang-petang main basketball tu. lepas habis main, dia mesti beli satu botol air gas $prite. duduk minum. bila abah tanya, dia kata dah habis"
hah? satu botol 1.5L tu habis? semacam tak percaya. tapi kalau tengok saiz adik saya yang bagak tu, memang boleh difikirkan jugak. boleh la dia nak habiskan satu botol 1.5L tu tanpa rasa susah. sekali teguk je dah parat mana dah. logik.
![]()
google-ed
tapi yang tak logiknya, air yang dia telan selepas penat bersukan tiap-tiap petang. not sure ini adalah habit terbaru dia ke apa sebab masa abah saya cakap macam tu, dia takde rumah pun. abah mengadu. haha. kalau anda jenis yang kerja office, hari-hari kebanyakan masa anda habis dengan menghenyakkan punggung anda di atas kerusi, memang habit ini anda tak patut buat.
walau macam mana pun, adik saya yang jarang-jarang sekali dia miss main basketball petang-petang sampai berpeluh sebaldi tu (sampai kalau nak drive kereta mak saya balik dari stadium, mak saya akan pastikan dia tukar baju sebelum drive balik rumah jadi nanti peluh tak melekat pada seat kereta) tak elok buat perkara ini sebagai habit. sungguh air gas adalah pemusnah nusa bangsa.
tahu tak kamu semua, satu cawan standard minum air kopi tu (200ml) kalau air gas bersamaan dengan 5 sudu gula? dan, if you really want to lose weight, perkara pertama yang paling-paling anda perlu elak (selain dari nasi lemak; yang paling utama) adalah air gas. if kamu kamu perasan, warga malaysia banyak sangat yang berperut gendut. saya berani kata, mostly ia berpunca dari air gas.
itu baru minum 200ml, secawan kecil. kalau satu mug? nak-nak pulak tambah ais ketul, memang tak rasa terminum banyak. so, total gula yang tak terbakar jadi calorie dah berapa? then simpan semua itu sebagai lemak.
itu baru air gas. kalau nasi lemak, kamu makan. total lemak yang dibawa masuk badan, hanya akan habis digunakan selepas seminggu kamu makan nasik lemak. seminggu ya. jadi cuba bayangkan kalau makan nasi lemak hari-hari. sila bayangkan. makanlah benda lain, tapi jangan nasi lemak.

google-ed
tapi, pagi tadi saya baru je bedal sebungkus nasi lemak. oh sekarang saya belum fikir pasal diet lagi. so jangan risau. biar saya risau sorang-sorang.
ah. diet ya? belum. saya belum mula. otak saya sekarang hanya pada menyusukan si abang tegap. keyakinan untuk kurus semula tu tidaklah luput atau pudar. kakak saudara saya yang dua kali bersalin operate, weigh 80kg tu boleh turun jadi 50kg je sekarang. dia pun hanya mula selepas tamat tempoh anak menyusu. jadi saya mestilah boleh. cuma, belum mula. jadi, nyah topik pasal kuruskan badan.
bila dinner dengan OP dan abah, berbual-bual pasal air gas ni, saya jadi teringat.
dulu masa di sekolah rendah. selalu lawan-lawan dengan kawan testing air gas campuran apa yang paling sedap. zaman saya sekolah rendah dulu, kalau beli air gas kat kantin, boleh minta pakcik kantin campur-campur air tu. alah, kan mesin air gas tu sederet. cakap je kat pakcik kantin tu, nak campur apa dengan apa. itu zaman dulu lah, tak tahu pakcik kantin sekolah sekarang entertain lagi tak perkara macam tu.
pastu sebok lah try, arini coke campur oren fanta. esok pulak grape campur sprite. esok lagi grape campur strawberry fanta. macam-macam lagilah. kalau nak mintak pakcik kantin campur sederet air gas tu pun boleh. sume jenis air sikit-sikit. yang paling tak sabarnya, bila tengok air gas tu jadi warna apa! haha. dah jadi macam satu eksperimen lah pulak kan time tu.
mak saya adalah orang yang paling anti bila saya masuk bilik guru bila sekolah dah tamat. ape lagi kalau duit dah habis, tapi nak lagi 50sen sebab nak beli air gas. haha. memang mak cukup hangin kalau dengar permintaan yang satu ni. tahulah air gas bukannya elok untuk minum hari-hari. bukan apa, saya kadang-kadang cukup suka bila pakcik kantin campurkan strawberry fanta dengan sprite, warna air tu jadi merah jambu. CANTIK ok.
dalam banyak-banyak campuran, saya memang tak boleh lupa bila coke campur oren fanta tu. menarik sungguh rasa dia. bila beli air dalam plastik jernih tu kan, saya ada satu habit yang tak boleh buang sampai sekarang. iaitu menggoncang plastik tu sebab dalam otak fikir, bila ais dah mula mencair, air gula akan mendap ke bawah, jadi nanti air akan jadi tawar. so nak evenkan air satu plastik tu saya suka goncang sebelum minum.
OP mendapati ia adalah suatu perkara yang annoying. hahaha.
yang paling kelakarnya. macam mana cara saya goyang plastik atau cara saya kacau air kotak guna straw dia, macam itulah balqis goncang dan kacau air dia jugak. sebijik. heh!
till then,
Assalamualaikum!
dulu aku selalu tgk kawan2 beli air cmtu..tp aku tak tau lak nape aku tak minat..haha..aku hanye minat nasik yg die letak telur goreng ngan sambal..pastu share ngan membe aku yg sorg tuh ;p ..btw, pakcik kantin ko ngan kantin aku sama kan kan kan…hehe
weh, nasik lemak ko google telah membuat aku terliuq laa..huwaaa…tak suke..nnt aku ngidam2..
[Reply]
LeeN Reply:
June 20th, 2010 at 10:57 PM
aku rasa kan. nasik lemak diorang dulu gila pedas. karipap diorang pun aku tak tahan ok. aku suke beli karipap, tapi isi dia sume aku buang. aku ske kulit dia je. semacam heven. kekeke. yeaaaa. pakcik kantin kita bedua adalah sama. tak sangka kan?
haa. aku tak sangka ko terliur. sbb dlm byk2 gamba aku google, mmg yg tu macam paling menarik sket!
[Reply]