ammi: kitaran perasaan semasa mengandung

bismillahirrahmaanirrahim

salam blog and all.

walau pernah mengandung, tapi terasa seakan baru pertama kali mengandung.

suatu perkara yang saya perasan, bila tiba time kita pregnant perasaan kadangkala jadi sukar untuk dikawal. bukan sukar macam mana, maksud saya di sini kalau kita tengok tv tu, sometimes jadi over sedih la. over geram la. over menyampah la. over macam-macam. itu maksud saya.

(bukan bermaksud untuk emo tak tentu pasal)

macam tadi. saya menonton cerita melayu, yang isteri dia terpaksa menahan tohmahan penduduk kampung bila suami dia baru sahaja meninggal. orang ni fitnah kata sebab Aids la. orang itu fitnah kata sebab ini la. seriously, perasaan menyampah saya pada beberapa penduduk kampung tu macam meluap-luap.

walhal itu hanya cerita. hihihi.

kalau tak tu, saya tak bother pun. sekadar tengok aja. yang paling tak tahan, kalau tengok tv, melibatkan anak kecil yang dianiaya. lagilah saya tak boleh tengok. nanti sedih yang melampau. sometimes, i do feel funny to myself. yang lebih buat saya geram is, bila orang mempermain-mainkan apa yang saya rasa. hee.

saya banyak-banyak mengingatkan diri sendiri agar selalu beristighfar. lebih-lebih lagi kalau terasa hati tu panas je nak marah. memang kita cant help it tapi selain daripada orang sekeliling membantu kita agar kita tak marah, kita sendiri perlu ada usaha menahan marah.

sometimes yes, i do feel like blogging my heart out. cakaplah apa-apa pun yang terasa nak cakap. tulis aja macam orang lain tulis blog. geram cakap geram. marah cakap marah. point lah apa-apa pun. tapi bila fikir-fikir balik, baiklah saya alihkan perhatian saya ke arah lain. haha. macam orang mental kan bunyinya? bukan apa. emosi time pregnant ni sometimes macam ada wave.

saya teringat lately, bila saya terasa nak marah… bila orang lain marah pasal hal yang sama, orang lain relax je. tapi kita dok hemo lebih. haih. tensen dengan diri sendiri jugak! ;p

ubat kepada nafsu yang jahil itu adalah ilmu. bak kata Ustazah Fatma el-Zahraa.

bila kita mahu mengekang nafsu jahat itu, perlu ada ilmu. bukan mengharap perbincangan sesama sendiri. bukan menelan komen orang lain yang suka menilai mengikut perspective dia sahaja. antara kita dengan Allah, tiada perantara. Allah melihat terus kepada kita. dosa kita sudah tentu takkan tersekat, tapi dek kerana dosa yang kita buat… pahala kita pula susah nak sampai.

hai. banyak-banyaklah bersabar kepada ibu mengandung.

kadangkala. keadaan diri yang sentiasa panas ni, berpeluh-peluh, terasa sesak nafas dan sebagainya memang prone untuk rasa rimas. bila dah rimas, mudah sahaja nak snap. melainkan kita berbanyak-banyak ‘bawa beringat’. macam tadi, bunyik kucing bergaduh kat luar pun bikin hati saya panas. Astaghfirullah!

saya syukur. dalam pada kelelahan saya ini, balqis banyak beri saya ruang. when i am around, dan dia nak dukung, saya akan cakap,

"ammi tak larat lah kakak… ada baby kat dalam ni"

kata saya sambil usap-usap perut. dia seolah mengerti ‘most of the time’ dan ada kalanya memang dia takkan mengerti. makin dekat waktunya baby nak keluar, saya lihat kakak makin pandai. makin independent dalam mengurus emosi. kalau berdua dengan saya, akan banyak faham apa yang cuba saya cakap. mendengar.

mungkin, dia pun tahu. nanti bakal dapat baby.

kadang-kadang, bila saya duduk-duduk di sofa, kakak datang untuk mencium baby. saya tanya dia,

"akak… baby buat apa?"

"tidoooo…" sambil buat gaya tido.

terharu di situ.

tipulah kalau kata saya tak risau bagaimana nak handle emosi kakak bila adik dah ada nanti. orang yang baru dapat anak nombor dua pasti semua merasa risau akan perkara ini. bagaimana penerimaan si kakak/abang lah. bagaimana nak handle anak dua orang lah. dan lain-lain. tapi, bila orang lain boleh buat, pasti kita pun boleh.

cuma cara kita melalui keadaan itu biarlah dengan berilmu. kalau main redah, memang akan ada perkara yang kita sesalkan nanti. paling utama saya rasa, is "anger management". biarpun pada side kita as a parents, dan side anak kita. dia kan budak. tak mengerti apa. cuma mahu perhatian dan disayangi. tak tahu pun apa itu baby, sebenarnya.

mengandung kali ke-2, OP lebih banyak sibuk berbanding dari zaman saya mengandungkan balqis. terasa benar kehilangan masa itu. hati terkadang terdetik akan perhatian. maklumlah. orang tengah sensitif. hee. mahu tak mahu, kenalah pujuk hati sendiri.

bukan suami kejam. bukan isteri suka berasa hati. tapi adat, bila kita semakin banyak komitmen, akan ada yang terabai sana sini. memang zaman mengandung tak akan sama setiap kali. dan kita juga tak tahu sebanyak mana rezeki yang Allah akan kurniakan untuk kita. tapi, itulah reality sebuah kehamilan.

bermacam perkara harus dilalui. mabuk. sakit sana sini. tidak selesa. badan terasa berat. tubuh terasa lemah. tak berapa kuat. pening-pening. salah urat. cramp. pedih ulu hati. pergolakan emosi. terasa berat. dan bermacam lagi. ada yang kehamilannya mudah. macam mak saya, emak anak 4 orang tak pernah mabuk. bersalin? semua orang tahu macam mana mudahnya.

itu semua bahagian masing-masing.

kadangkala, kita rasa emak kita dulu-dulu kuat untuk mengharungi semua yang perlu mereka harungi semasa mengandungkan kita. hakikatnya, kita sendiri tak pernah tahu, sebab tak pernah tanya. kita assume sahaja. kita tak tahu betapa semua itu menuntut ketahanan yang tinggi. kalau penat pun tak akan cakap penat, justeru kita ingat dia tak penat. penilaian dari mata kita, jarang nak sama dengan apa yang mereka rasa.

suatu masa dahulu, saya sering tertekan. sebab bila orang keliling tak mabuk macam saya kena, persepsi mabuk itu seakan lucu kedengaran di telinga. mujur dengan kekuatan yang Allah beri, saya mampu berpuasa penuh tahun lepas. berkat sabar dan cekalkan hati.

approaching to the end… tiada lagi tidur malam yang lena straight for hours. boleh kata, setiap sejam dua akan terbuka mata. nak betulkan posisi perut. posisi belakang. terlentang kah. mengiring kah. semua nak dibetulkan. kadangkala, nafas terasa sesak. diafragma rasa ditekan-tekan baby. perasaan hendak ke tandas, kejap ada kejap hilang bila kepala baby sekejap menekan sekejap posisi asal.

wahai suami, pandanglah wajah isteri anda dengan penuh kasih sayang… nescaya, anak yang berada di dalam rahim akan berasa nyaman dan tenang. ringan-ringankanlah tangan dan mulut supaya apa yang anda beri pada isteri, anak takan urut merasa. belailah jiwa isteri kerana emosi isteri adalah emosi bayi anda juga.

tugas ini berat. tapi pahala yang Allah sediakan cukup mewah. setimpal dengan kepayahan dan kesulitan yang dilalui. masa mengandungkan balqis dua tahun lepas, saya cukup terkesan dengan cerita Dr Hasanah tentang kelahiran puteri bongsunya di mana beliau harus menghadapi semuanya sendiri kerana suami pulang ke rahmatullah 42 hari sebelum bersalin.

Semoga Allah limpahkan seluas-luas cinta dan kasih-Nya buat bondaku dan bonda suamiku yang telah mengandung dan membesarkan kami dengan kasih sayang, semoga cinta dan kasih-Nya juga disiramkan ke hati dan jiwaku, yang bermujahadah dalam cinta dan kasih ku kepada suami, untuk mengandung, melahir dan membesarkan anak-anak penyejuk mata.

rindu.

Related Posts with Thumbnails
Rating 3.00 out of 5
[?]
  1. No Comments

CommentLuv Enabled