ammi: the Journey will come to an end.

bismillahirrahmaanirrahim..

salam blog and all.

phew! finally. i am here. di takuk 8 bulan lebih. macam tak percaya yah? sekejapan aja masa berlalu. haritu sibuk dengan mabuk-mabuk sana sini, ni dah nak sampai ke garisan penamat, InsyaAllah.

just got back from Manjung. travel lagi. heh.

sekejap aja. ikut OP outstation. dah 2 kali ikut si suami kerja luar ni. satu perkara yang takde harapan saya nak buat macam ni kalau saya kerja macam hari itu. boleh ke kalau everytime suami saya outstation saya cakap kat boss "Boss, nak amik cuti sebab nak follow husband pergi outstation."? ehehhhehehe. memang takde kot.

tapi, walau macam mana puni, memang kita semua ada "price to pay" lah kan?

thanks Allah kerana memberi saya peluang untuk melihat-lihat bumi-Mu nan indah ini. thanks OP sebab sudi bawa saya sekali. thanks emak sebab risaukan saye… ehhe. imaginelah, dah 8 bulan lebih kan. mahunye tak risau bondaku itu.

Alhamdulillah, semua selamat pergi dan pulang.

Up to this point, me and OP belum tahu gender baby pun. haritu ada OP ajak pergi scan, tapi saya rasa… biarlah suprise kot? hee. OP tu kan, mula-mula dia cakap "nak suprise" tapi saya tengok, lately dia semacam tak sabar pula nak tahu baby ni lelaki ke perempuan. hee.

what happen when you are in 36 weeks?

 

baby:

macam biasa. minggu-minggu terakhir ini, baby dalam perut akan menambah berat dia. membuatkan tubuh dia makin berisi. position is ‘head-down’. masuk minggu 37, baby akan dikira "full-term". full-term bermula dari week 37-42. lately, pergerakan baby makin terasa dengan kuat sekali. huhuhu.

kalau kepala dia tekan-tekan tu terasa macam nak terkoyak aja. hu. kalau tengah berjalan tu, memang berhentilah sekejap. hee. kalau kaki dia pula yang bergerak, heh. hadoih. memang saya selalu geletek-geletek dia sikit bagi dia slow-down. kekeke. sesak nafas ammi ok… ;p

 

ammi:

perut tak kerap terasa lapar lately. macam malam ni pun, tak terasa nak makan nasi. selera tu ada (kalau duduk di meja makan) tapi kalau duduk kat tempat lain, jarang la ingat nak makan. vaginal pressure memang amat terasa. benar seperti apa yang website INI beritahu, it is like carrying a bowling ball between your legs! saya rasa itu paling tepat untuk describe.

braxton hicks? memang dah biasa. ade satu kali tu, last weeks kot? tak ingat. braxton hicks terjadi secara kerap. 5 minit sekali mesti terasa. selama 2 jam macam tu. ingat kot dah nak bersalin dah time tu… tapi lepas rehat beberapa jam… Alhamdulillah, contraction hilang. (seriously saspen bila OP sebut hospital)

braxton hicks supposed to be tak kerap. dan sejam pun takkan berlaku sampai 10 kali. tapi bila dah 5 minit sekali, siapa pulak tak suspen kan? dah tu, mula kol 5 pagi lak tu. heeee suspennye saye!

if u asked me how i feel right now, saya pun tak sure apa saya rasa.

selingan: Taman Botani, Putrajaya.

terasa memang macam betul-betul first time pregnant. sebab experience last time pun seperti terlupa apa yang terjadi. last time, tak sakit sangat pun, cuma "nget nget" tu je dah pergi hospital. tapi walau cuma "nget nget" pun, dah buka 3cm.

this time? hurm. tak tahu. bila menanti hari macam ni, pulak tu saya hanya duduk rumah… memang otak tak kelain lah. kalau tak,boleh fikir pasal kerja. hee. lately, saya kerap-kerap peluk balqis bila takut. sebab? i also dunno. i just want to hug her… and to be hugged. ofkos. agegegegege.

i just want to be with the people i love. maklumlah, nak bersalin memang terasa macam nak pergi berperang. ;p

but. but. i still can remember the "wave" of contractions. itulah yang merisaukan saya sikit. sebabnya saya ni cukup takut dengan "wave" tu. tak boleh nak buat apa bila "wave" tu datang. huwaaaaaa. rasa macam nak tercabut segala sendi. nyawa rasa macam dah dihujung-hujung… Ya Allah, berikanlah hamba-Mu yang lemah ini akan kekuatan…

now. semua preparation has been finalised. beg dah sedia. stuff semua dah dibeli. tinggal, sekarang saya nak arrange siap-siap bilik untuk berehat lepas balik hospital, bakul baju baby, dan tilam baby. walau banyak benda yang dirisaukan, saya mesti clear-out my mind. preparekan badan dan rehat for me and my baby’s BIG day.

apa-apa pun, satu je. saya amat berharap mental ini kuat untuk menyusukan baby. memang this time, tak prepare susu tin pun. hope mereka-mereka yang saya perlukan akan dapat memimpin saya nanti. InsyaAllah.

soon, saya pasti merindukan perut BESAR ini! pasti!

therefore, ini adalah perbezaan antara true contractions dan false contractions:

True Labor vs. Braxton Hicks
 
Braxton Hicks True Labor
Contractions don’t get closer together. Contractions do get closer together.
Contractions don’t get stronger. Contractions do get stronger.
Contractions tend to be felt only in the front. Contractions tend to be felt all over.
Contractions don’t last longer. Contractions do last longer.
Walking has no effect on the contractions. Walking makes the contractions stronger.
Cervix doesn’t change with contractions. Cervix opens and thins with contractions.

ha. apa lagi untuk geng-geng saya. lets prepare ourselves untuk pergi berjihad!

 

rindu pada baby kakak time ni (^_^)

 

 

Till then, Assalamualaikum.

Related Posts with Thumbnails
Rating 3.00 out of 5
[?]
  1. No Comments

CommentLuv Enabled