Archive for June, 2010

penyabar

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all.

 

google-ed

 

terbukti. saya memang tak penyabar orangnya. apa lagi buktinya kalau bukan waktu saya bersama balqis yang penuh drama hari-hari. masa balqis was a baby, perkara bersabar ni bukan isu besar. sebab baby-baby bukan tahu buat apa sangat pun. akal pun belum cukup panjang. tapi bila dah pandai bercakap berpatah-patah, akal pun dah tak boleh nak diduga. time tu lah anak sedang mencabar kesabaran.

 

selalu sangat. saya hilang sabar. saya boleh bersabar dengan banyak benda. tapi satu benda ye yang menitik-nitik kesabaran saya. iaitu jeritan. haa. pantang ni. saya cukup pantang dengar suara menangis hi-pitch. walaupun anak sendiri. time dia menjerit tu, sometimes i will lose my temper too. dan most of the times, saya akan cepat-cepat lari. cari back-up. kalau OP ada time tu tak jadi masalah. tapi yang jadi masalah kalau saya seorang.

 

mak saya kata, saya tak boleh jadi cikgu sebab saya bukan seorang yang sabar. memang betul. OP kata, saya tak boleh tengok rumah bersepah sebab saya bukan seorang yang sabar. memang betul. saya banyak tak sabar dalam banyak perkara. itulah sebabnya, dari lihat atau fikir sesuatu yang ignite perangai tak sabar saya, saya akan distract minda saya kelain. 

 

tadi saya renung dalam-dalam muka balqis yang mamai on the way nak tidur. saya tahu, bila dia mengamuk macam tu, its me who fails her. who disappoint her. not the other way around. anak-anak kita reflect macam mana kita handle diorang. macam tadi, biasalah. saya kejap-kejap duduk depan laptop. kejap-kejap bangun mengemas barang. kejap-kejap ym dengan OP. dia dah tak boleh tahan lah tu saya biarkan dia sorang-sorang. lalu? episode seterusnya adalah menjerit minta saya temankan dia main kat depan tv.

 

i am thinking of SNAP je. tapi taklah. tak jadi pun nak snap. instead, saya pimpin tangan halus itu kedepan. if you berdepan dengan anak-anak, rule number one is, jangan fight. tapi tackle the other way around. atau distract. maklumlah. mak bapak yang muda-muda ni memang luntur dengan sabar. orang muda lah katakan. kita nak kerja kita je siap. at the same time kita lupa, yang anak kita tu bukannya robot. boleh setup bagai. 

 

walaupun hari-hari saya berperang dengan balqis, tapi itulah yang buat saya sunyi dan rindu bila dia takde sini haritu. satu malam je pun. itupun saya dah kecoh. OP gelak-gelakkan saya. hah. memang sungguh saya tak sabar bila saya didera perasaan rindu kat anak sendiri ok. itu lagi satu perangai tak sabar saya.

 

perangai tak sabar ni, ada elok dan tak eloknya. elok kalau kita tak sabar tengok rumah bersepah, lepas tu macam lipas kudung kita bersihkan. elok kalau kita tak sabar tengok dapur kita messy, cepat-cepat bersihkan. kalau sabar je melihat semua tu, alamat saya tak tahulah apa yang jadi pada rumah. haha.

 

banyak kali, saya cakap dengan balqis. kalau nak sesuatu, MINTA. bukan jerit. sometimes, dia memang ingat dan buat. sometimes dia terlepas, termenjerit lepas tu tiba-tiba dia cakap benda lain untuk cover kesalahan yang dia buat tadi. sebab dia tahu ummi dia tak suka dia menjerit. part tu paling lucu ok. tiba-tiba cakap benda pelik (bahasa ibunda dialah) kat saya sebab mata saya dah mula bulat semacam pandang dia. hahaha. sometimes, dia lupa dan marah dan tak mahu ikut. biasalah. budak-budak. itulah perangainya. takkan kita nak expect dia behave 24jam.

 

apa pun, saya percaya. "for things to change, I must change first". so, kalau nak anak jadi penyabar, jadilah emak yang penyabar. penyabar pulak biarlah kena tempat. kalau anak solat lambat, tapi kita sabar je. tu tak kena tu. kena piat takpe. tapi kalau emaknya bersabar je tengok anak solat lambat, esok lusa kita tanggunglah akibatnya. sabar biar bertempat. kalau pasal solat, piap je terus.

 

dugaan yang paling hebat ever since saya bergelar ummi ni adalah mulut. tahulah bila kita dah marah. fed-up. penat dan sewaktu dengannya. apa-apa yang terlintas tu bawak banyak-banyak lah diam. kalau cakap kat diri sendiri pun Allah dengar. dalam hati pun Allah tahu. apa-apa yang kita cakap dalam hati tu, buruk ke baik ke. dapat lah habuan. dari kita sebut bukan-bukan time marah, baik kita sebut "anak bertuah" ke. kan. macam orang-orang tua kita buat.

 

percaya tak, si balqis kalau dia membebel sorang-sorang, sebijik keluar macam apa yang saya selalu cakap. all of a sudden, dia akan buat-buat cekak pinggang dan cakap "ish ish ishhhhh budak niiiii". dan i was like, BHAM. terpukul kat situ. kadang-kadang rasa tak percaya, tapi apa yang kita sebut, itulah yang anak kita dengar. from that moment on, saya janji dengan diri sendiri. tak mahu dah cakap sembarangan depan budak bijak tu. kalau ayat-ayat tu keluar depan kita takpa. kalau dia buat kat anak orang lain? 

 

penyabar! memang saya bukan seorang yang sabar. i always lose my temper tapi OP selalu je sejukkan saya. OP pun ada gak time-time dia hot tapi jarang sekali. kalau saya, memang selalu. tapi tak usah risau, kalau saya temper OP cekap je buat apa-apa dan saya akan senyum balik tiba-tiba. yang penting, kita sebagai ummi tak usah marah-marah. mendidik anak itu adalah suatu ibadah! kita senyum dan happy sokmo!

 

adeih. 

 

 

 

till then, until dont know when…

Assalamualaikum!

Rating 4.00 out of 5
[?]

Star Rating

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all

 

quick update! phew. what a weekend. currently rumah macam kapal pecah yang tonggang terbalik sebab tengah kemas barang. akan berpindah. jadi tak tahu la bila pulak nak update blog lagi. mungkin tahun depan kot? :P

 

maka sunyilah sebentar blog ini daripada bebelan saya. aduhai. saya terpaksa tinggalkan sebentar ‘kekasih‘ saya nih. tsk tsk… sideh!

 

seperkara lagi, wordpress dah boleh upgrade ke 3.0 pula. hermmmm. last time, kerja meng-update version ni kan memang haru biru. bila OP setupkan baru tak haru. dont know what to do without my IT man! typical woman kan. buat blog pandai. update pandai. nak upgrade? sendiri mahu ingat. sebab itu dari dulu saya memang nak kahwin dengan orang-orang pandai teknologi ni. sebab saya buta teknologi.

 

dunia saya lain.

 

for blogger user, korang tak perlu upgrade apa-apa pun. blogger sendiri yang buat semua benda tu. tapi, wordpress ni bahagian admin dia kita sendiri kena upgrade. sebenarnya senang je. back-up data, download upgrade packaging, dan install. tapi ada part yang tricky sikit bagi saya. or I think it is not tricky at all, cuma saya je. 

 

wordpress upgrade memang laju! tapi puas hati. setiap kali dia upgrade version dia, memang banyak function baru yang memudahkan dan menyukakan hati. diorang pantas jugak ek buat kerja? macam lipas kudung yang terbang-terbang kat dalam rumah sejurus selepas OP pergi kerja tadi. hadoi! lintang pukang saya lari ok.

 

sape pasang CCTV untuk tengok cemana saya lari selamatkan diri dari lipas terbang-terbang tu, saya saman 5 milion. tanpa rayuan. titik.

 

ok. intipati blog ini sebenarnya nak bagi tahu, yang saya sudah pun meletakkan star-rating untuk setiap entry yang saya post disini. so, kalau agak-agak LIAT nak komen, takpe. sila rate kan entry tu. suke tahap ape atau menyampah tahap ape. maklumlah, kadang-kadang bila kita tulis syok sendiri ni ada orang menyampah je. kan. hihaha. tapi semua itu tidak menjadi keruping pun untuk saya. 

 

ok temen-temen. minggir! minggir! guwe mahu berlalu dan pergi dari sini! minggir! 

:P

 

 

 

till then, dont know when,

Assalamualaikum! 

Rating 4.00 out of 5
[?]

air gas

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all

 

abah saya kata;

 

"long, anol kan petang-petang main basketball tu. lepas habis main, dia mesti beli satu botol air gas $prite. duduk minum. bila abah tanya, dia kata dah habis"

 

hah? satu botol 1.5L tu habis? semacam tak percaya. tapi kalau tengok saiz adik saya yang bagak tu, memang boleh difikirkan jugak. boleh la dia nak habiskan satu botol 1.5L tu tanpa rasa susah. sekali teguk je dah parat mana dah. logik.

 

google-ed

 

tapi yang tak logiknya, air yang dia telan selepas penat bersukan tiap-tiap petang. not sure ini adalah habit terbaru dia ke apa sebab masa abah saya cakap macam tu, dia takde rumah pun. abah mengadu. haha. kalau anda jenis yang kerja office, hari-hari kebanyakan masa anda habis dengan menghenyakkan punggung anda di atas kerusi, memang habit ini anda tak patut buat.

 

walau macam mana pun, adik saya yang jarang-jarang sekali dia miss main basketball petang-petang sampai berpeluh sebaldi tu (sampai kalau nak drive kereta mak saya balik dari stadium, mak saya akan pastikan dia tukar baju sebelum drive balik rumah jadi nanti peluh tak melekat pada seat kereta) tak elok buat perkara ini sebagai habit. sungguh air gas adalah pemusnah nusa bangsa.

 

tahu tak kamu semua, satu cawan standard minum air kopi tu (200ml) kalau air gas bersamaan dengan 5 sudu gula? dan, if you really want to lose weight, perkara pertama yang paling-paling anda perlu elak (selain dari nasi lemak; yang paling utama) adalah air gas. if kamu kamu perasan, warga malaysia banyak sangat yang berperut gendut. saya berani kata, mostly ia berpunca dari air gas.

 

itu baru minum 200ml, secawan kecil. kalau satu mug? nak-nak pulak tambah ais ketul, memang tak rasa terminum banyak. so, total gula yang tak terbakar jadi calorie dah berapa? then simpan semua itu sebagai lemak. 

 

itu baru air gas. kalau nasi lemak, kamu makan. total lemak yang dibawa masuk badan, hanya akan habis digunakan selepas seminggu kamu makan nasik lemak. seminggu ya. jadi cuba bayangkan kalau makan nasi lemak hari-hari. sila bayangkan. makanlah benda lain, tapi jangan nasi lemak.

 

google-ed

 

tapi, pagi tadi saya baru je bedal sebungkus nasi lemak. oh sekarang saya belum fikir pasal diet lagi. so jangan risau. biar saya risau sorang-sorang. :P

 

ah. diet ya? belum. saya belum mula. otak saya sekarang hanya pada menyusukan si abang tegap. keyakinan untuk kurus semula tu tidaklah luput atau pudar. kakak saudara saya yang dua kali bersalin operate, weigh 80kg tu boleh turun jadi 50kg je sekarang. dia pun hanya mula selepas tamat tempoh anak menyusu. jadi saya mestilah boleh. cuma, belum mula. jadi, nyah topik pasal kuruskan badan.

 

bila dinner dengan OP dan abah, berbual-bual pasal air gas ni, saya jadi teringat. 

 

dulu masa di sekolah rendah. selalu lawan-lawan dengan kawan testing air gas campuran apa yang paling sedap. zaman saya sekolah rendah dulu, kalau beli air gas kat kantin, boleh minta pakcik kantin campur-campur air tu. alah, kan mesin air gas tu sederet. cakap je kat pakcik kantin tu, nak campur apa dengan apa. itu zaman dulu lah, tak tahu pakcik kantin sekolah sekarang entertain lagi tak perkara macam tu.

 

pastu sebok lah try, arini coke campur oren fanta. esok pulak grape campur sprite. esok lagi grape campur strawberry fanta. macam-macam lagilah. kalau nak mintak pakcik kantin campur sederet air gas tu pun boleh. sume jenis air sikit-sikit. yang paling tak sabarnya, bila tengok air gas tu jadi warna apa! haha. dah jadi macam satu eksperimen lah pulak kan time tu.

 

mak saya adalah orang yang paling anti bila saya masuk bilik guru bila sekolah dah tamat. ape lagi kalau duit dah habis, tapi nak lagi 50sen sebab nak beli air gas. haha. memang mak cukup hangin kalau dengar permintaan yang satu ni. tahulah air gas bukannya elok untuk minum hari-hari. bukan apa, saya kadang-kadang cukup suka bila pakcik kantin campurkan strawberry fanta dengan sprite, warna air tu jadi merah jambu. CANTIK ok.

 

dalam banyak-banyak campuran, saya memang tak boleh lupa bila coke campur oren fanta tu. menarik sungguh rasa dia. bila beli air dalam plastik jernih tu kan, saya ada satu habit yang tak boleh buang sampai sekarang. iaitu menggoncang plastik tu sebab dalam otak fikir, bila ais dah mula mencair, air gula akan mendap ke bawah, jadi nanti air akan jadi tawar. so nak evenkan air satu plastik tu saya suka goncang sebelum minum.

 

OP mendapati ia adalah suatu perkara yang annoying. hahaha.

 

yang paling kelakarnya. macam mana cara saya goyang plastik atau cara saya kacau air kotak guna straw dia, macam itulah balqis goncang dan kacau air dia jugak. sebijik. heh!

 

 

till then, 

Assalamualaikum!

Rating 3.00 out of 5
[?]

masa akan terus berlalu…

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all.

 

masa. akan terus pergi. yang berlalu, saat saya menaip entry ini pun takkan kembali lagi. itulah hakikat masa. tapi, dua puluh empat juta kali pun kita dinasihati agar memanfaati masa… tetap, masa kadangkala kita buang.

 

hidup akan terus berjalan seperti biasa. sesesak mana pun nafas kita untuk melalui saat-saat itu, kita akan tetap perlu melaluinya. sampai nanti suatu masa, nafas kita akan terhenti, kita dalam keadaan sedia atau tidak… masa itu, kita perlu pergi meninggalkan dunia ini. walaupun kita terpaksa meninggalkan wajah-wajah kesayangan.

 

Ya Allah.

bantu aku untuk terus hidup cekal dan tabah. 

pimpin aku dalam kebutaan.

biarpun aku hanya insan biasa di alam nyata…

bantu aku untuk menjadi hamba-Mu yang super.

semoga aku terus hidup dalam keredhaanMu.

 

berkatilah hati-hati yang menjagaku siang dan malam Ya Allah.

berkatilah mereka.

gembirakan mereka.

terangilah mereka dengan Nur-Mu Ya Allah.

 

aminn…

 

 

sekadar coretan di petang hari.

 

 

till then.

assalamualaikum.

Rating 4.00 out of 5
[?]

Birth Story: ♥ Muhammad Al-Fateh ♥

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all.

 

lambatnya entry ni keluar. berzaman dalam draft… 

 

semuanya seperti terlalu pantas berlaku. one minute rasa macam bilalah baby nak keluar nih! tapi the other minute, dah pun pegang baby kat tangan. 

 

 

Monday, 1st March 2010

ini due date baby. bak kata orang, kalau resminya memang anak first tu overdue, samalah dengan yang menurut tu nanti. agaknya betul kot? up to due date memang tak ada rasa apa-apa pun lagi. masa tu memang dah tak larat pun nak fikir bila baby nak keluar. sebabnya bila dah dekat-dekat tu rasa takut makin menebal.

 

actually, masa tu memang tak boleh ingat macam mana sakit contraction tu pun. sebenarnya. cuma teringat je apa yang dah dilalui masa deliver balqis dulu tu, tapi that’s it. lain-lain dari itu tak tahu lah nak rasa apa time tu. blur mungkin.

 

tahu tak, bila kita sedang melalui tarikh yang tercatat pada buku pink kita tu, kita akan rasa nervous lain macam. :p

 

 

Wednesday, 3rd March 2010

ada checkup di klinik kesihatan putrajaya. pergi sendiri. sorang-sorang. boringnya hanya Allah yang tahu. haha. check-up pada hari itu sungguh smooth. datang pukul 3pm, pukul 4pm dah balik. nurse sengih-sengih je tanya saya bila nak beranak. soalan yang sama masa saya masih lagi datang check-up bila melepasi due date time mengandungkan balqis dulu.

 

nurse bagi date lagi seminggu. means, on 10th March kalau takde tanda/rasa juga, harus ke hospital putrajaya. check-in. macam hotel je bunyi tapi sungguh tak rasa fun pun. bila diberi tarikh macam tu, lagilah kepala fikir macam-macam. what if this, what if that. tahulah bila masuk hospital tanpa sakit dan overdue ni. memang peluang untuk di-induce itu tinggi. 

 

teringat masa mula-mula buka buku pink tu. me and OP agak-agak yang baby ini akan keluar 10th March. sama tarikh pertunangan kitorang. dan kalau memang benarlah baby memang ditakdirkan keluar pada 10th March itu… aduhai. terasa begitu lama lagi mahu ditunggu. saya rasa dah tak larat sangat dah time tu.

 

maknanya, ade orang sudah tidak sabar untuk berpantang time tu. haks.

 

 

Saturday, 6th March 2010…

that day, me and OP pergi pasaraya untuk stock-up susu dan pampers balqis. pergi berdua je sebab balqis tidur masa kitorang keluar rumah. syok la sekejap dapat berjalan tanpa balqis :p boleh amik masa sikit nanti. keluar rumah dalam pukul 11am something. before makan tengah hari… 

 

sampai kat sana, memang haih… rupenye saya dah tak larat nak jalan sangat. ingatkan masih ok lagi sebab kat rumah rasa biasa sahaja. tapi bila dikira balik, memang betullah. jarak nak pergi meja makan dari ruang tamu mana sama dengan jarak parking kereta ke pintu masuk Jayen kan? that makes sense.

 

tak tahu la rasa macam mana nak di eksplen kan. rasa macam nak melangkah tu kan, area pelvik tu memang terasa tight. kalau laju-laju memang saya surrender. OP pun ikut je la pace saya berjalan. terkedek-kedek la jugak melangkah. sungguh la macam itik pulang petang. setapak setapak melangkah. 

 

teringat nak beli stokin untuk baby sikit lagi. then lain-lain beli la makanan whatsoever untuk balqis dan rumah. lama jugak kat situ. dalam pukul 2pm lebih baru keluar. nak dekat pukul 3 kot tak salah. time tu OP suruh tunggu depan entrance, dia pergi ambil kereta memandangkan muka saya dah macam sardin, tapi saya pergi berjalan kat flea market area situ pulak. ada barang-barang dari thailand tu kan… teringat nak beli cekak rambut yang telah diranapkan oleh cik adik. 

 

tibe-tibe ade seorang nenek ni tegur…

 

"dah berapa bulan dah niii?"

"errr..patutnya dah keluar dah ni cik… tapi tak lagi.." 

"ohhh patutlahhh acik tengok macam dah tak larat sangat berjalan tu…"

 

erk. nampak sangat ke. mungkin lah. sebab saya memang melangkah slow sangat. memang lane belah paling kiri punya type. orang sme potong lane satu dan lane dua. tak sanggup nak follow saya. haha. nak buat macam mana. itu je yang mampu time tu. kaki tu saya more to, seret je… 

 

sampai rumah around 3pm lebih kot. balqis pun dah bangun. cargas je nampak ummi dan abbi dia balik. dia tahu lah tu ada benda yang kitorang beli untuk dia. hehe. time tu, masuk rumah… me and OP tros pergi makan nasik. lapar betul! nak berhenti makan kat pasaraya tadi memang malas. maklumlah, weekend tu orang baru dapat gaji. memang ramai amat manusia. jadinya, tak kuasa nak berhenti makan sana.

 

lauk pulak, tengah hari tu mak masak lauk kari. saya punya favourite kan, dari kecik…. saya akan ambil kuah kari tu je banyak-banyak, pastu makan dengan telur goreng. :D haih. sememangnya terbaek. tengah-tengah makan tu, hati terdetik…

 

"ni kalau esok baby nak keluar ni dah tak boleh nak makan telur. baby, bagi ummi makan puas-puas dulu ok"

 

entah hapa-hapa. macamlah lepas deliver dah tak boleh makan nasi. tapi memanglah. lepas deliver mana lah nak makan telur ke kari ke kan. memang saya makan puas-puas la petang tu. tambah pulak dengan air sojuk.. terbaek. 

 

lepas makan, dalam pukul 5pm macam tu dah relax-relax tu duduklah kat depan tv. lega. dah solat asar semua. penat berjalan memang totally belum hilang time tu. kaki lenguh ya amat. lagipun time tu nak tunggu cerita Munajah Cinta kan… harus lah tercangak depan tv. hehehe.

 

tiba-tiba baby dalam perut bergerak-gerak. gerak yang kuat ok. kuat sampai saya macam pelik, apa yang baby buat sampai bergerak macam ni sekali nih? tak berhenti-henti pulak tu. dia macam nak betul-betulkan badan dia. seriously time tu saya tengok je perut time baby bergerak tu. memang berombak-ombak perut saya dibuatnya. 

 

tiba-tiba tros berhenti. diam. dah tak gerak dah. saya pun macam,

 

"ok.. good. ummi nak tengok tv sekejap. dok elok-elok ya"

 

and one second. ada terasa something kat area pelvik saya. macam menekan-nekan. macam ada benda nak lalu kat tulang punggung. macam ada yang cuba memasukkan kepala dia ke ruang pelvik saya. menekan-nekan. plus ada contraction sikit bila dia tekan-tekan tu. i was like…….. errrrr… errrr. is this it?

 

saya toleh belakang. nak tengok jam. Oh My. 530pm… saya diam kan diri. tell no one about it.

 

i can tell you, aktiviti tekan-menekan ke ruang pelvik tu berlangsung secara tetap. setengah jam sekali. saya memang dah tak sedap hati dah time tu. perut dah berserta dengan aktiviti keras-mengeras pulak… ni tanda dah ni. tanda yang saya tunggu-tunggu. tapi.. wait. nak bagi tahu ke tak ek?

 

saya diamkan aja.

 

pukul 830pm saya mula berbunyik kat mak. sebabnya saja je nak kan kepastian. soalan pun bodoh-bodoh je kat mak. 

 

"mak.. kenape ek perut ni dia keras-keras?"

"memang lah macam tu.. belakang baby kat kat area depan perut tu.."

"tapi kan… ni lain macam je…"

"ko jangan alin. (ayat same je macam last time mak nih) dari pukul berapa macam ni?"

"err..lime setengah?"

 

mak saya ape lagi. mengucap panjang la dia kan. adeke dah malam baru saya bagi tahu. tapi memang saya dah determine time tu, second pregnancy ni saya tak mahu tersentil atas katil or pergi hospital time tak sakit kuat lagi. NO NO NO. malas nak tengok orang lain kena contraction. haha. saya nak masuk sekejap je… boleh tak buat rule sendiri macam nih. adik adik di rumah, please dont try this at home ok… 

 

OP lak masa tu dok wat kerja dia depan laptop. dia pun dah tak senang duduk dah bila dengar macam tu. you know, this process bukan emaknye sahaja yang nervous. bapaknya pun mustilah sama. haha. walaupun anak dua dah. but still, we dont know what to expect kan. tiap pregnancy lain caranya.

 

time tu, start dari 830pm saya duduk je surf internet. surf rata cari tanda awal untuk deliver. macam la tak tahu, tapi nak jugak cari. plus time tu, pakcik saya datang singgah rumah. so rumah havoc la sekejap… time ni dah, dalam 15 minit sekali. contraction makin kuat. everytime contraction datang, saya dok diam dan pause. depan laptop. pastu saya goyang-goyangkan badan ke kiri dan ke kanan. lega sungguh rasanya mengadap contraction depan laptop. heh. serious ok.

 

nak pergi depan, malu ok. saya tak suka orang tengok muka saya tengah sakit. seriously cannot. jadinya bila contraction datang, either saya duduk depan laptop dan gerak-gerakkan badan kiri kanan or saya masuk bilik sebentar. pastu datang ke laptop balik. OP dah start gesa-gesa saya suruh cepat bersiap. saya pulak tak mahu, sebab ingatkan lambat lagi.

 

tapi bila contraction dah makin kuat… saya pun terus masuk bilik. bersiap. OP dah tak boleh blah tengok saya macam tu dia pun siap. hensem gila bersiap nak pergi hospital. malam tu saya request untuk pergi hospital dengan OP sahaja. yang lain dok je rumah tunggu berita. jangan tunggu macam haritu. esok tengah hari baru keluar. bersapau diorang kat hospital. lagi pulak time ni dah ada balqis. 

 

nak-nak pulak bila malam tu, nama untuk baby girl ditolak oleh pakcik saya. so nak cari jugak nama baru sebelum berangkat ke hospital. sebabnya, kalau dapat baby girl, nama tak ada pulak. nanti dalam pantang, saya bukan kuasa nak tengok laptop. 

 

dalam hati, sayu nak tinggalkan balqis malam tu. 

 

waktu nak keluar rumah tu, apa orang cakap pun saya sebenarnya dah tak boleh nak dengar sangat dah. otak dah blank sebab contraction dah mula kuat. kuat yang sampai level macam dah tak sure nak tahan macam mana. :D balqis merayu nak ikut… tapi saya cakap kat dia,

 

"ummi nak pergi tengok baby dalam perut ok? nanti ummi ambik kakak ya? akak sleep dulu tau?"

 

dia angguk-angguk saja. tak sure apa yang dia faham. tapi balqis memang no hal kalau tinggal dengan emak saya… cucu uwan sorang tu…

 

pakcik saya pun dah nak balik time tu. pakcik saya yang dok rumah depan rumah saya pun datang. maklumlah, facebook kan pantas. sekejap je berita saya dapat contraction tu tersebar. haha. percaya tak, masa contraction menyerang (sebelum melangkah masuk kereta) saya buat macam ni;

 

googled

 

haih. rasa lega sangat-sangat bila time contraction tu datang. lantaklah time tu diorang nak gelak ke apa ke kan. hahahahaha. yang saya tahu, buat macam tu contraction lega. ni kalau kat hospital mana boleh nak buat macam ni… kena duduk je atas katil. oh tidak.

 

dah salam semua orang, masuk kereta. time tu lah rasa syahdu salam emak. mak pesan, doa banyak-banyak. Ingat Allah banyak-banyak,mak pesan telinga time peluk emak. dalam hati nak call mek kat kampung, nak minta maaf dan doa sekali. time tu memang dah tak boleh cakap-cakap sangat dah. orang tanya apa-apa pun blur je… serious. saya blur. 

 

kereta pun bergerak… 1030pm

 

on the way to hospital.. contraction makin kuat! subhanallah. mulalah start berpeluh. panic some more. ini kalau saya still duduk tercongok depan internet ada harapan baby lahir kat rumah ni tadi. mujur kena gesa dengan OP dan emak tadi. kita, diri sendiri memang ingat lambat lagi… tapi sebenarnya agaknya dah nak dekat dah. siapa tahu kan.

 

OP drive laju ke tak saya tak ingat. tak pay attention. time tu memang banyak-banyak baca doa dah. mohon supaya delivery dipermudahkan. dipercepatkan. OP pulak time saya sakit tu boleh pulak tanya itu ini. mujur! mujur sempat sambar buku yang selalu saya bawa time pregnant tu masuk dalam beg OP. kalau dia lama nak tunggu saya karang, boleh la baca buku tu kat luar. boleh tengok-tengok doa ke apa ke…

 

sampai kat putrajaya, OP singgah petronas sekejap. saya suruh. beli la roti ke air milo ke apa-apa ke sebab tak mahu dia lapar tunggu saya nanti. plus, kalau saya kena masuk ward dulu malam ni, memang lama lagi nak tunggu. lega sebab yang tunggu saya hanya OP sorang. takdelah rasa bersalah sangat.. 

 

bila fikir-fikir balik, boleh pulak lah kitorang berdua ni berhenti stesen petronas beli food n drinks?! apelah yang kitorg fikir ntah time tu. kalaulah saya betul-betul nak bersalin dah time tu, tak ke haru. nampak sangat la orang muda ni kurang pengalaman. :P

 

yang paling saya ingat, masa OP dalam kedai petronas, satu contraction yang amat kuat dah datang. rasa nak menjerit pun ada time tu. Subhanallah! nasib OP tiba-tiba masuk kereta. dah selesai membeli. saya memang dah tak tahan sangat sakit time tu. MASA ITULAH baru teringat macam mana sakit contraction sebenarnya. 

 

masa dah masuk ke perkarangan hospital, datang lagi satu contraction. Subhanallah. memang berpeluh dibuatnya. OP turunkan saya di muka pintu dan OP pergi park kereta. saya dalam hati, banyak-banyak lah berdoa supaya contraction tak datang time saya turun kereta dan berjalan ke kaunter. malunye lahai saya!

 

orang ramai menunggu kat luar time tu. nama kat screen berderet yang dalam labor room. saya terus jalan straight ke kaunter. sekilas je tengok orang ramai. muka memasing risau menunggu. sampai kaunter, terus bagi buku dan cakap dah start contraction. nurse minta saya tunggu sebentar untuk pendaftara. inilah benda yang paling saya risau ni… buatnya time daftar tu contraction menggila macam mana?

 

sekejap lepas tu OP datang. lega. dia berdiri sebelah saya. saya duduk. tiba-tiba pukul 11:20pm datang lagi satu contraction kuat. tapi sebab saya dalam posisi duduk, memang kurang sakitnya. contraction ni, kalau kita baring memang rasa macam nak gila. kalau tengak duduk kita boleh control lagi. memang betul la tu. OP gosok-gosok belakang saya. OP gosok kuat-kuat. sebab kalau gosok perlahan rasa macam "baik tak payah gosok!! annoying!" ha macam tu. 

 

bila nurse tu tengok saya dalam kesakitan, dia pun bagilah masuk. so, semua stuff tinggal kat OP dulu. takde salam whatsoever pun dengan OP sebab nak salam OP selepas nurse check semua. lagipun ada tinggal buku kat OP so takdelah dia bosan sangat tunggu. (eh kita nak bersalin ni boleh fikir takut orang bosan tunggu ye? hihihi)

 

masuk dalam, macam biasalah. amik berat, tekanan darah semua. dan check bukaan. selalu korang dengar check bukaan tu sakit kan? sebenarnya tak sakit pun. ia akan jadi sangat sakit, kalau korang takut dan ketatkan laluan kat bawah tu. kalau korang let loose sahaja memang tak sakit. tekanan yang kuat tu memang biasalah. 

 

kali ni a doctor datang attend kes saya. doc perempuan tu pun menyeluk lah. muka doc tu kerut-kerut. pastu seluk lagi. pastu fikir-fikir. dia cakap, 

 

"adik.. tahu tak dah bukak berapa cm ni??"

"errr tak… berapa?"

"6cm!"

 

doc tu jerit panggil kawan dia yang lain. dia bagi tahu yang cik adik sorang ni (saya lah tu) dah tak boleh ditolak ke ward malam ni. terus masuk labor room! i was like.. labor room?!?!?! takutnyaaaaaa! huwaaaa! cheh. tapi masa tu dah tak terfikir apa dah. kalau boleh dakap baby secepatnya pun OK juga. 

 

jadi,bila dah tengok 6cm macam tu, doc tu kasi ubat untuk kosongkan perut. nurse lain pula datang bagi baju ward. bila ubat tu masuk, contraction pulak datang. time tu tahap contraction memang tahap nak menggelupur dah la. tapi entah kenapa saya pun tak tahu, contraction kali ini semua saya boleh handle. tak macam last time. 

 

mungkin sebab practice breathing tu kot. not sure. atau pun otak saya kelain. ataupun? entah lah!

 

bila ubat dah masuk, habis je contraction..urge nak buang air besar pulak datang. lagiiiii tak boleh tahan yang tu. rasa macam kalau lama lagi atas katil tu, memang habis keluar kat situ. nurse dan doc tadi pulak borak-borak dengan saya. saya cakap, saya tak tahan dan nak bangun jugak pergi toilet. doc kata, cepat-cepat. jangan lama-lama dalam toilet. jangan sesekali meneran. 

 

macam lipas kudung la saya masuk toilet. 

 

dalam toilet, air ketuban pun mengalir laju macam apa ntah. sekali keluar dengan isi perut. darah pun ada juga. semua mengalir. saya tengok je. seriauuuuuu gila tengok semua benda tu ok. kan dah lama tak tengok darah. kecut perut dibuatnya. :P

 

dalam toilet, dua contraction datang. menggelupur rasanya. mana rasa nak keluarkan isi perut lagi. contraction lagi. tapi, saya telah belajar satu menda. hahahaha. time contraction datang, saya halakan shower air panas straight ke peha. memang LEGA SANGAT ok. lega macam boleh lawan contraction tu.

 

muka sardin je keluar toilet. walhal contraction sebelum keluar toilet tu macam hape tah.

 

so, nurse direct untuk naik atas katil labor room. diorang mula lah nak pasang CTG ke ape tah, nak masukkan drip lah. macam-macam ok. rasa macam bahan kajian dah time tu. masa diorang buat itu semua, contraction saya memang dah tahap TAK TAHAN dah. kalau tahan rasa nak menggelupur sungguh-sungguh. time tu nafas dah tak sampai dah.

 

sekali lagi masa untuk check bukaan. dan tahu tak kali ini berapa?baru naik je katil, bukaan saya dah 10cm! ha. terkejut ok. nasib saya tak lama dalam toilet tadi. ape lagi, bila dah sepuluh… segala doa pun makin panjang lah saya baca. saya minta semua dipermudahkan sahaja. semoga tak ada apa-apa komplikasi. semoga umur saya masih panjang.. Ya Allah..

 

itu antara hidup dan mati saya.

 

nurse yang kat hujung kaki saya kata;

 

"puan! puan kena teran nih! dah 10 cm ni! kalau contraction datang teran ya?"

"ha? dah kena teran ke? saya.. tak rasa macam nak teran pun nurse?"

"tak apa.. jalan dah bukak penuh nih.. boleh teran"

"tapi husband saya mana!?"

 

OP pulakkkk ntah kemana kan. tak nampak-nampak batang hidung. diorang kata dah panggil dah. tapi OP tak juga masuk-masuk. saya dah tak boleh tahan dah ni. nak tak nak saya paksa jugak diri saya teran. MASYAALLAHHHHHH tak tahu lah nak cakap macam mana time ni. memang time tu rasa nak menjerit dah meneran. haha. putus nyawa rasanya!

 

masa tu, clearly sampai sekarang saya masih ingat macam mana rasanya. rasa macam tengah menolak batu besar dalam pelvik saya untuk keluar. rasa amat amat ketat sangat. seriously. memang time tu rasa tak berdaya dah. tapi nurse semua bagi semangat. macam cheerleader dah diorang kat depan saya tu. lawak pun ada. 

 

dalam masa sakit tu, hati masih lagi tertunggu-tunggu OP. manalah OP. manalahhh OP, manalahhhhh OPPPPP! ha. macam tu lah kalau saya jerit keluar. tapi mulut diam je. teran je tak putus-putus. nurse cakap husband ada nanti dia masuk (hai pandailah nak psiko saye ye nurse..haha). 

 

time yang paling tak tahan sekali, bila kepala baby memang dah nak keluar sangat-sangat. time tu kan kita kena teran panjangggg panjangggg dan amik nafas sekejap aja pastu teran panjangggggg panjangggg lagi kan. ha. time tu lah tahu langit tinggi rendah. rasa nyawa macam dah sampai kat tekak je.. at one point terasa macam "adoihhhhhh takmoooo teraannnn!!!"

 

tapi nurse kata "sikit lagi puan! sikit lagi puan!" saya pun teran lagi. lagi lagi. tak tahu lah berapa kali. tiba-tiba rasa macam POP sakit tu hilang. rupanya kepala dah keluar! subhanallahhhhhh! masa tu lah OP masuk labor room ok. OP sempat tengok badan baby menggelungsur keluar aja. huahuahua.

 

tengok jam dia lahir pukul berapa? it was,

SUNDAY, 12:37am! Alhamdulillah!!

 

maknanya, sejam sahaja sejak sampai ke kaunter tadi. belum sempat apa-apa dah pun bersalin. time tu, bila baby dah keluar, saya emosional la sikit. time tu, rasa macam terlepas dari maut je. seriously. lega yang amat time tu. perut rasa lega. sakit pun dah lega. hati pun lega bila tahu baby selamat keluar. lebih lega bila OP sampai… huwaaaaaaaaa nanges!

 

OP senyum-senyum tengok baby yang menangis terkiak-kiak tu. haha. saya time tu ya ampun, rasa penat sungguh. rasa nak tidur dah tak mahu ingat apa-apa. rasa nak soh OP bawak balik rumah mak time tu jugak. nak tidur rumah. tapi nurse tu bising-bising;

 

"haaaa suami diam diam ya! kita jangan bagi tahu jantina dia lelaki ke perempuan. hahaha"

 

ohh nurse boleh lagi nak suprisekan saya rupanya. huhuhu. sekali haaa hamek. nurse angkat depan mata, saya nampak itu ‘kejantanan’ kan… OKKKKK. lelaki! huwaaaa terharu lagi kat situ. maknanya tak payah la nak cari nama perempuan yang direject kat rumah tadi.. huwaaaaaaaa baby boyyy! emosi ok time tu.

 

lepas baby selamat sume. tibalah masa diorang nak bersihkan saya… OP pun kenalah keluar. prosedur kan. saya pun pasrahlah. sebenarnya kan, to tell u the truth… saya lebih takut kena jahit lebih dari apa pun. huwaaaa seriously! hahaha. by the way, saya memang penakut. admit je lah. huhu. pasrah.

 

elok OP keluar, nurse pun mulalah prosedur membersihkan saya pula. baby ada sorang nurse tu bersihkan. yang lain focus kat saya. inilah masa genting saya sebenarnya. bukan time bersalin tadi…

 

adoih. masih melekat dalam ingatan.

 

sebenarnya, masa bersalin balqis dulu, tak jadi macam ni pun. nurse pun tanya, anak pertama haritu jadi macam ni tak. memang tak ada. sejurus balqis keluar, cepat je lepas tu diorang siap-siapkan saya dan jahit. tapi kali ini, uri saya lekat. saya ingat lagi, proses ni memang lama. saya rasa adalah dalam 30minit diorang keluarkan uri saya.

 

lepas sorang, sorang nurse datang try nak lekangkan uri saya yang lekat tu. ngeri ok. diorang punya muka dah takut. saya pulak dah rasa darah menyimbah-nyimbah kat bahagian belakang badan. dah dua orang doctor pakar datang. diorang semua takut nak tarik sebab takut uri tu putus dan… itu akan buat keadaan jadi lebih buruk. korang google lah kalau uri putus apa jadi.

 

tak sanggup saya nak bayangkan.

 

even though doc pakar yang datang tu control muka time saya tanya macam-macam time tu, saya tahu. ini bukan main-main. doc tu cadangkan hape tah saya tak faham. last-last diorang kata sebelum buat prosedur tu, diorang nak nurse yang bersihkan baby saya try lekangkan uri saya. nurse tu pun datang. 

 

dia buat lembut aja. tekan-tekan perut n tarik sikit uri tu macam biasa. nampak mulut dia kumat kamit membaca sesuatu. saya time tu toksah cakap. memang dah panjang doa saya. memang kalau jadi apa-apa… Nauzubillah. ntah tiba-tiba boleh teringat kat cerita Lagenda budak Setan time tu. yang masa ayu bersalin tu, uri berkecai dalam perut. the rest… korang pun tahu apa endingnya.

 

berkat usaha nurse itu, dan izin Allah… uri itu lekang juga. saya nak mengalir air mata time tu. saat-saat genting nyawa saya telah lepas. hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam hati saya time tu… bila uri dah keluar, nurse pun siap-siap nak jahit. one thing lah ya, bila kita sudah bersalin, terus jahit, memang tak sakit. tak rasa apa pun. tapi bila dah delay macam ni, terasa jugak wo. haha.

 

saya siap cakap dengan nurse tu, dalam banyak-banyak prosedur. saya paling tak suka bab jahit menjahit ni. hahaha. sambil jahit sambil saya borak la ngn nurse tu. lega sikit rasa. sedut gas tu macam nak lalok dah saya. haha. kali ni memang takde episiotomy sebab dah anak nombor 2 kan. tapi still, ada yang kena jahit lah sikit-sikit. tak banyak.

 

tepat sejam. proses keluar uri dan jahit selesai. 

NOW i am officially the mother of two!

 

bila nurse keluar, saya sendiri dengan baby. saya pun tarik baby rapat ke saya. saya iqamahkan baby sebelum OP sampai untuk azankan baby… time tu, mengalir air mata… tamat sudah satu perjuangan kecil. lepas ni, akan bermula perjuangan besar iaitu untuk membesarkan baby…

 

OP pun masuk semula. lega sangat tengok muka OP. hilang sakit semua. huhu. tengok baby pulak, alahaiii rasa nak luruh jantung. rasa time tu hidup lengkap… rasa nak cakap kat OP, ok.. jom balik rumah mak sekarang. hee :P

 

OP azankan baby. letak minyak kat kaki saya dan pakaikan socks. then OP pun keluar… saya tunggu masa untuk masuk ward… the rest, korang boleh sambung dengan entry breastfeeding baby al-fateh for the first hour. :)

 

Muhammad Al-Fateh..

yang menyejukkan.

 

fateh a.k.a abang tegap. saya panggil abang tegap sebab umur 2 bulan lebih dah mandi berdiri dalam sink.

 

 

 

till then,

Assalamualaikum! 

Related Posts with Thumbnails
Rating 3.00 out of 5
[?]