post mortem: doughnuts
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
ha. chewah. ade post mortem pulak ya.
to date, dah 4 kali saya buat donat. since saya tempek resepi donat itu hari lah. dalam 4 kali tu, 3 kali so-so je tapi kali ke-4 yang memang jadi betul… naik cantik je donat tu haritu.
first attempt
tak ada yang salah. cuma donat tak berapa naik, masih lagi gebu dan lembut. dan cuma terbanyak susu tepung membuatkan donat itu berbau susu tatkala mahu menyuapnya ke mulut. dalam pada bau susu tu pun, 16 ketul donat itu licin. hee hee.
second attempt
bau susu dah kurang. tak ada langsung. saya cuba nak bagi donat tu naik betul-betul gebu dan tak padat, so bila uli-uli tepung tu, saya biarkan doh tu macam tu aja. tanpa buat bentuk donat. it turns out, doh tadi naik. memang naik. tapi, bila dia dah naik ada satu masalah pulak timbul. bila doh dah naik, susah pulak nak buat bentuk donat.
cemane ek nak eksplen. ok. cemni, bila kita amik doh sikit-sikit untuk buat donat tu kan, bila kita amik lagi sikit doh dalam bowl tu nak tambah doh yang kat tangan kita tu, dua-dua doh tu macam payah nak melekat. err faham ke? diorang macam dah tak bersatu selepas diceraikan. haha. whatever.
so, nampak sangat taktik saya supaya biarkan doh tu naik dulu baru buat donat adalah silap. memang bila dah jadi doh, kena terus buat donat dan biarkan doh tu naik.
third attempt
kali ke-3 ni, donat naik elok gila. sebabnya, saya biarkan sekejap doh tu, dan stage campurkan air suam dengan yis tu, saya biar lama dan sampai berbuih. lepas biarkan sekejap doh tu, then tros buat bentuk donat dan biarkan lagi. kalau nak biarkan seharian pun takpe. haha.
tapi yang potongnye, saya cuba kurangkan gula bila nak buat doh. the lesson wasssssss "JANGAN SESEKALI KURANGKAN GULA DALAM DOH DONAT" sebab memang totally tak sedap bila tepung yang kita goreng itu rasa tawar. konon nak kurangkan gula lah, sekali. haaa. amik. tak SODAP ok. tensen acik.
then, saya cuba cover dengan chocolate waterfall atas donat itu.. oklah rasanya sikit sbb ada manis-manis coklat tu. kalau tak, erk, tak boleh makan ok. macam kene cicah dengan gula baru leh makan.
kelakar gila.
fourth attempt
ha. yang kali ke-4 ni baru lah molek sikit. cukup naik. cukup gula. kira ok lah sikit dari yang lepas-lepas. miahahaha,
jadi lepas ni, saya nak try pelbagaikan pulak doh tu. kan boleh buat kuih bulat yang tengah-tengah dia ada sambal dan timun tu kan. pastu leh buat kuih-kuih lain jugak. tapi doh dia sama je…
so, inilah cerita saya buat donat. maklumlah… orang tak pernah buat donat. rupanya tricky juga buat donat ni ek?
tapi, ada cerita kelakar juga bila saya buat kuih Che Mek Molek. hahahahaha!

google-ed. inilah rupa kuih che mek molek.. sodap wooo.
till then,
Assalamualaikum!