Kurniaan Istimewa dari Allah
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.
terkedu. saat saya membaca bait sms dari kakak saya di handphone OP, nafas saya terhenti seketika.
"aku branok doh… aku ok. cuma baby ada masalah skit.blablabla"
apa pula kali ini. 9 april 2010 yang lepas, baby paklong saya telah meninggalkan kami semua tanpa sempat kami melihat wajahnya. jangkitan di paru-paru. sungguh saya tak sanggup dengar berita itu sekali lagi. lidah saya kelu. hati terasa begitu berat sekali. terasa seperti tidak mahu berkata apa-apa… sepatutnya baby muhammad sudah ada geng tahun ini. Perancangan Allah.
"haaaa! kenapa termenung!" OP sergah dari belakang. segera saya membuntutinya ke meja makan… sarapan.
"apa lagi yang Kau turunkan Ya Allah… "
kami bertiga duduk di meja makan. OP segera menalifon mek di terengganu. saya hanya mendengar perbualan OP dan mengagak apa yang dibualkannya. apa yang saya takuti telah terjadi. berita kuman dijangkiti paru-paru pada baby. baby lelaki. saya belum tahu namanya… saya berdoa sungguh-sungguh pada Allah… agar baby kembali pulih secepatnya.
itu satu. selain dari itu, kami mendapat berita bahawa baby mengalami syndrome down. bak kata mek, "oghe muko srupo tu". fahamlah kami. apa maksud mek. terbayang bagaimana kakak saya saat ini. OP kata, suara kakak lemah sahaja. kami baru tahu melalui mek, bukan melalui sms yang kakak kirimkan. patutlah suara kakak lemah.
ibu mana yang tidak sedih bila melihat anak ditahan di ward. bayi yang masih kecil, berselirat wayar… pasti meruntun hati ibu yang melahirkannya. kasih sayang seorang ibu melimpah ruah… tak pernah bersyarat. apa pun keadaan bayi, tetap dia turun ke bumi bersama redha Allah dan seribu satu makna yang tersirat. kakak saya orang terpilih.
saya selalu mengajar diri sendiri, "jangan pandang situasi yang dialami orang lain, seolah-olah ia takkan mungkin berlaku pada kita". it can happen to anyone. sebuah kelahiran yang penuh makna ini, adalah amat istimewa buat kami sekeluarga. istimewa buat tok mek, toh we, maklong dan paklong, maklang dan paklang serta adik-adik kami. Insan terpilih yang cukup istimewa.
buat masa ini saya dan OP belum berpeluang menjenguk baby. InsyaAllah, akan tiba waktunya nanti.
till then,
assalamualaikum.