jadual harian; it works for me.
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
lately, i am not in touch with myself. seriously not. tak boleh nak habiskan satu entry. believe me or not, ada satu list panjang about what to blog about, tapi saat ini saya tak tahu ke mana confidence saya pergi. hilang macam tu aja…
banyak kali saya cuba habiskan entry, tapi selalunya apa yang jadi, saya akan klik "save as draft" sahaja. mood berblogging ada cuma, itulah… i am not in touch with myself. lost connection. saya cuba mencari reason yang rasional kenapa stage ini terjadi kepada saya. dan satu sebab yang mungkin adalah, saya telah hilang fokus.
mungkin terlampau memikirkan sesuatu kot?
nah. nevermind.
oh well. hari ini saya masih lagi cergas dan bersemangat. tadi chores banyak yang dah settle. so saya duduk depan laptop sebentar. baby pun masih lagi tidur. tapi once dia jaga… haa, siaplah. miahahaha.
macam mana life saya? ermm.. macam surirumah lain juga. hari-hari uruskan rumah dan family. kalau surirumah dulu-dulu, diorang tak fikir pun nak berblogging. kalau ada free time, nak menjahitlah… cross-stich la… macam-macam kraftangan kot? tapi surirumah zaman sekarang, pergh… siap berfacebook ok. miahaha…
berbeza betul masa saya mula-mula handle dua orang budak kecil ni sendirian dengan hari ini. masa mula-mula tu, nervous memang ya. bila OP pergi kerja… mulalah rasa tak confident. risau macam-macam. funny is it? tapi hari ini, Alhamdulillah. semua dalam kawalan. dah pandai tackle satu persatu.
OP pun tak kisah, dia tahu saya akan buat mana saya sempat. yang mana tak sempat, tunggu dia balik baru saya buat. time dia ada, boleh tolong entertain baby sekejap. sebenarnya, waktu siang memang saya fully spend masa dengan anak-anak. chores buat mana yang dapat cater je. janji saya dapat kejar masak untuk kakak dan saya sudah. yang lain-lain tu boleh adjust petang nanti.
saya ajar kakak supaya mengerti saya harus masak, sidai kain blablabla whatsoever. mula-mula memang haru juga. tapi bila buat semua kerja tu sama-sama dengan kakak, alhamdulillah la. ok sikit. kalau nak masak, bawak dia dok dapur. main bawang ke. bagi dia makan kat dapur sambil tengok ummi masak ke. kalau sidai kain, bagi dia main bola kat luar ke. stuff macam tu lah…
then, bila tiba masa untuk layan baby… time tu entertain kakak cara lain pulak lah. baca-baca buku ke, main toys ke… apa-apa je lah supaya dia tak rasa left out. kalau balqis dah rasa left out tu siaplah… ada lah tu yang akan kena tepuk kepala sampai nampak cap lima jari dia tu. ;p
dan! saya sudah ada jadual. miahahahahahaha. saya tahu, surirumah lain terel tak macam saya kena ada jadual bagai. ;p tapi hidup memang terasa lebih bermakna bila ada jadual. jadual saya takdelah saya letak, pukul 8am kena mandi 9am kena goreng nasi… takde! takde!. tapi jadual tu more on major stuff yang saya kena buat untuk certain days. berguna juga jadual ni sebab saya boleh tengok apa yang saya dah buat dan manage untuk buat sesuatu.
contoh macam, hari ini kena tukar cadar, hari esok kena tukar langsir, hari ini kena mop blablabla. just list down major stuff je. yang macam hari-hari buat seperti menyapu, kemas katil, masak, sidai baju, basuh baju blablabla tu takyah la gedik nak masuk jadual.. haha. apa yang saya lihat, saya ada masa banyak untuk melakukan semua ini. tanpa terkejar-kejar.
ya. sebab itu saya buat jadual. sebab tak mahu terkejar-kejar buat semua stuff dalam satu hari. so boleh spend masa dengan anak-anak tanpa tension. tak sempat ok kalau asyik nak buat semua benda. dan bila dah ada jadual, saya boleh dah isytihar hari sabtu dan ahad adalah masa ‘lebih’ masa dengan family. no house chores. no ironing whatsoever. basic stuff sahaja untuk sabtu dan ahad…
so, sabtu dan ahad boleh la nak fikir untuk masak benda yang lain dari hari biasa. bila dah jadi surirumah ni, hari-hari masak memang boleh blur kadang-kadang nak masak apa…haha. tapi alah bisa tegal biasa. lama-lama ok lah.
saya memang tak banyak tips upon how to be a good housewife. tapi boleh bagi mana yang saya buat je. so far, menyusun jadual harian untuk cater hal anak-anak dan chores adalah solution yang paling bagus setakat ini. kalau yang ada masalah sama macam saya, why not… mulakan dengan jadual?
till then,
assalamualaikum


