ammi: say thank you.
bismillahhirrahmaanirrahim.
salam blog and all.
baru pulang dari bahau tadi malam. walaupun tak boleh nak menolong banyak, dapatlah jugak menolong sikit-sikit. (tolong tengok ke?) huhuhu. next week will be the big-day for my cousin. al-maklumlah, rumah kampung saya tu, last sekali kenduri kahwin was pak ude saya punya turn. now anak dia pun dah umur 17. so, bayang ajalah preparation yang nak dibuat.
lagipun, kenduri saya kat sepang last time. bukan bahau. hehehe.
so pasni, sesapa nak kenduri pasti senang. lot parking dah siap, bilik air dah siap macam asrama punya, sekali mandi boleh 3 orang. ada rumah kedai baru yang boleh tumpang tidur sebab boleh tahan luas, plus banyak baik-pulih telah dilakukan ke atas rumah kampung saya. dah takkan ada view macam dulu tapi perubahan mengikut keadaan semasa perlu dilakukan.
dulu-dulu, cucu atok uwan kecik-kecik je. sekarang cucu cicit dah ada family sendiri. maka haruslah expand. sebenarnya, saya tak boleh imagine pun dulu yang family kami boleh expand sampai ke tahap ini. apa yang diorang cakap dulu sumenye benar.
but. that is not it yang saya nak blog hari ini.
when i take a moment to pause myself di kampung… menikmati suasana angin petang tanpa suara disekeliling. saya tersedar akan sesuatu yang saya rasa ramai di antara kita lupa pada hari ini. even me myself lupa most of the time. kita tend to letakkan dan biarkan keadaan yang menguasai kita.
it is about "say thank you" kepada orang-orang yang kita sayang.
i take balqis as a simple example. she never ever forgot to say thank you to me everytime saya beri dia barang or dia mahu beri saya sesuatu. indeed, kadang-kadang terima-kasih seorang budak kecil bukan kena sangat dengan tempatnya. tapi, the thing is, she never forget.
as for me today, saya terfikir semula. how many times i say thank you to my cinta-hati, Optimus Prime for all things he did for me. sometimes saya say thank-you dalam hati je bila dia beri apa-apa pada tangan saya. sometimes i forgot.
semakin lama kita hidup, apatah lagi kalau hidup suami-isteri, semua benda kita rasakan "itu tanggungjawab engkau" lalu kita tak perlu berterima kasih. benarkah? kalau budak kecil seperti balqis, saya selalu lembutkan hati dia dengan ucap terima kasih pada dia, tak lembutkah hati kita yang dah tua ini dek terima kasih?
lebih-lebih lagi dari orang yang kita sayang?
rugi. bukan bermakna itu tanggungjawab kita, kita buat dan kita tak perlu ucap terima kasih untuknya. kadangkala kita takkan tahu, what will be our last words for someone we love. kalau kita sempat berterima kasih, kita tak rasa ralat.
kadangkala, terima-kasih ini kita tak perlu ucap dengan kata-kata. perbuatan juga menunjukkan rasa terima-kasih kita pada orang yang kita sayang. tapi, kita adalah insan biasa. manusia biasa yang penuh dengan khilaf. pasti, sepatah dua perkataan ini akan menimbulkan rasa kasih dan sayang dalam diri kita.
ia juga mengajar kita supaya lebih bersyukur dan tidak meminta-minta. jangan asyik ingat pada insan bernyawa sahaja, malah saya rasa yang pertama sekali kita perlu ucap terima-kasih dan syukur adalah pada Allah S.W.T. Dialah yang menjadikan kita dan mengurniakan kita dengan semua yang kita sayang.
rasa kasih Allah, tidak ada tolok bandingannya dengan apa pun dalam dunia ini. malah, Dialah pencipta rasa kasih itu sendiri.
kita lebih selesa untuk pupuk diri kita dengan ego. malah, kalau emak kita hulurkan duit atas tapak tangan kita pun, kita akan hanya ambil sahaja dan senyum. kadang-kadang tiada terima kasih. sebab? kita berpendapat bahawa itu "tanggungjawab" emak untuk beri kita duit.
iya, emak mungkin tahu kita berterima kasih dengan mendengar semua kata-katanya. tapi tak sama jika kita memberitahu dia bahawa kita "berterima kasih" dengan pemberiannya kerana ia akan sampai terus ke hatinya. sekali kita ucap, orang-orang seperti ibu kita akan ingat selamanya.
jangan kita lupa, untuk berterima kasih pada Allah juga ada ucapan yang perlu kita ucap. seperti Alhamdulillah, Syukur Ya Allah… kita buat sujud syukur.. lalu, apa lagi alasan kita untuk malas berterima kasih?
ucapan yang ikhlas, akan terus masuk ke dalam hati. malah, bisa bikin orang yang menerima menjadi rasa lebih disayangi, diperlukan dan akan berbakti dengan lebih kuat lagi.
Say Thank-you!
Thank You Allah… (^_^)

terima kasih abang. terima kasih kakak. terima kasih emak dan semua orang.
till then, Assalamualaikum!