May 21st, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.

googled
hari ini, buat some arrangement pada ‘kebiasaan‘ waktu petang. masak dulu baru mandikan kids. seems like lose-lose punya situation. nak buat macam mana, baby fateh bukannya boleh disetkan macam jam. unpredictable. ada hari, OK. ada hari, nak berjaga tapi diletak tak mahu. ditidurkan pun tak mahu. ada masa saya sempat sudah masak, ada masa kena start lambat sikit.
dalam pada nak cuba settlekan baby, sudah tentu lah si kakak pun ada halnya yang tersendiri. dia pun bukannya robot. cukup masa, dia lapar. cukup masa, nak susu. apa-apa pun, walaupun saya menerima semua ini dengan hati terbuka. setiap saat saya hanya cuba buat yang terbaik untuk keluarga saya. tanpa syarat. tanpa syarat.
hari ini, genap sebulan selepas pulang berpantang dari rumah emak. sudah sebulan, banyak yang saya pelajari. kalau bahan study kita tu adalah anak-anak kita, memang tiap-tiap hari pun kita belajar kan. sebab diorang ni, hari-hari ada sahaja yang baru.yang perlu kita study. lain umur, lain fasa… lain pula yang kita kena tahu.
bila tengok apa yang kena buat hari-hari, saya jadi teringat pada entry kak Masayu tempoh hari. beza antara surirumah sepenuh masa dan suri yang bekerja dari rumah. kalau jadi surirumah sahaja, tumpuan kita rohani dan jasmani hanya fokus kepada familly dan pengurusan rumah tangga.
tapi, kalau jadi suri bekerja dari rumah… harus. ya, saya bilang HARUS pandai susun waktu. sebab sama sahaja macam kita pergi kerja cuma kita kerja di rumah. kalau tak bijak susun waktu, memang tak akan jadi apa-apa pun. berbeza kalau kita kerja flexible hours tapi anak di taska/babysitter/rumah sendiri. pokoknya tidak berada sekali dengan kita. beza.
saya boleh bayangkan. kalau macam saya pergi kerja haritu, 8jam sehari buat kerja concentrate tanpa gangguan anak-anak. balik boleh concentrate bab anak pula. tapi kalau anak bersama dengan kita 24jam… nak nak pulak masih kecik. belum boleh lepas sendiri dalam banyak perkara… memang kena susun masa lah jawabnya.
nak harapkan masa datang sendiri, memang takkan ada.
kejapnya masa berlalu, umur baby pun dah nak masuk 3 bulan awal jun nanti. pejam celik, nanti dah besar. dah boleh main sendiri dengan kakak. kakak seems like tak sabar-sabar tu nak bergomol dengan baby. ummi pun tak sabar nak tengok korang boleh main berdua so that ummi can have some free time… hehhe. miahahaha.

googled
seems like, jadual yang ada sekarang kena diperbaiki lagi ni…
till then,
assalamualaikum.
p/s: rome wasnt build in a day.
May 11th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
pagi ini bermula dengan telatah kakak yang tak sudah-sudah. pagi ni juga ada perkataan baru yang saya tak pernah dengar sebelum ini, keluar dari mulut kecik kakak. siap dengan gaya tu. kalau boleh bagi markah, saya bagi 20/10. over kan.
"anak udahhhh"
siap dengan tangan bersilang. err ape ek orang panggil hand gesture yang macam ni? lipat tangan? oooo baru ingat. berpeluk tubuh! ahaks. (otak berkarat ok, mulai dari hari ini kena menulis banyak-banyak sampai pekak ;p gurau je) mulut pulak muncungkan. not sure kenapa kakak sebut macam tu. agaknya dia cuba bagi cake kat tangan dia kat baby kot tapi baby tak respond. ahakss lucu skali kamu kakak.
lucu, dalam bahasa indonesia adalah bermaksud comel. while kita, bermaksud kelakar. ingat tu.
hari ini jugak, OP mengalami moral low. muahahaha. (adeke gelakkan) moral low berperasaan malas nak pergi opois (opis). tatkala OP datang meminta sokongan dari saya, boleh pulak saya bagi perbandingan suku dua kata (main taip je). saya kata, mujur orang kerja opois boleh berperasaan malas nak pergi opois, boleh la nak dok rumah (tapi OP pergi kerja ok) tapi surirumah tidak. malas ke tak, poning ko tak haa… buek la kojo tu. ;p OP kata saya tak patut, sebab samakan situasi dia dengan saya.. ahakssss
memang tak patut pun. saje menyakat. well, life macam tu lah. ada masa kita rasa bersemangat sangat sampai tak boleh terima alasan orang lain yang semuanya nampak pemalas je dia mata kita. ada masa konon-kononnya kita amat memerlukan pemahaman orang yang hari ini kita malas. its normal. kalau tak pernah rasa malas tu memang seekor robotlah gamaknya. no doubt!
ubat penyakit malas? kurang tahu. sebab saya adalah dalam mode cergas dan rajin. tapi saya boleh ingat sikit-sikit kalau saya berperasaan malas saya buat apa. lets see;
-
kalau saya tengah malas, sebab selsema pergi ke klinik declare demam. tengok-tengok ehhh memang demam la doc kata. sebab tu berperasaan malas kot? ;p
-
tulis blog banyak-banyak sampai rasa menyesal pastu mesti titibe rajin
-
takmo layan perasaan malas tu. buat-buat tak tahu.
-
cari buku-buku agama yang menyedarkan diri akan tuntutan tanggungjawab atas muka bumi (ni selalu menjadi)
-
baca al-Quran
-
basuh muka banyak kali bagi segar bugar buat pencucuh mood rajin
-
pastikan semua in-order bagi mengelakkan perasaan malas
-
tukar gambar desktop wallpaper kepada sesuatu yang mengetuk jiwa
-
telefon suami/isteri bagi penaik semangat (saya salu buat ni kalau tengah tension urus anak, pastikan hanya betul-betul tension ok. bukan saja-saja)
-
berjoget seorang diri bagi melihat betapa buruknya anda menari dan lebih baik anda buat kerja/rutin dan tiba-tiba mood kelakar datang lalu menjadi rajin
ahhhhh banyak lagi lah kot? ini mungkin cara saya je. tapi paling menjadi adalah membaca. saya akan cari bahan bacaan yang berunsur agama sebab time tu nanti teringat betapa tak bersyukurnya kita kerana berperasaan malas sedangkan orang dalam kubur nak sangat hidup balik atas muka bumi ni untuk buat pahala…
sebab tu kita perlu beriadah. dalam Islam juga menggalakkan kita beridah. tak kisahla hanya jalan-jalan kat depan pintu pagar selama 5 minit or else. pokoknya kita perlu bawa otak ke tempat lain seketika. ianya untuk keep ourself centre. betul. jangan cuba bangkang. ;p

googled
sedangkan kucing pun ada perasaan malas, inikan pulak manusia. ;p give yourself some time. you’ve been working too hard!
till then,
assalamualaikum.
April 20th, 2010 by LeeN
bismillahhirrahmaanirrahim
.
salam blog n all
.
semalam adalah harinya saya on-training menguruskan rumah sendirian selepas OP pergi kerja. phew! what a day. tapi, dalam banyak-banyak hal yang berlaku semalam, ada satu perkara yang buat saya tersengih sampai ke petang… wahaha
.
lepas suap balqis makan dalam pukul 3pm macam tu, saya rasa tak sampai hati nak buang tulang-tulang ikan yang masih ada isi sikit-sikit sana sini tu. teringat pula kat belakang rumah ada banyak alley-cat.. baiK sedekah je kat kucing-kucing tu.
.
kalau di rumah emak saya, leftover lauk tak payah risau atau rasa membazir. mak saya ada ‘bapak’ ramai anak angkat. hahha. tp kat rumah saya ni hanya ada alley-cat je.. gary saya dah tak ada =( sob sob (eleh.. gary tu macam le reti makan nasik)
.
by the way!
.
saya pun letakla leftover tu di pintu dapur belakang.. tak lama lepas saya ke hulu ke hilir dalam rumah, tiba-tiba nampak seekor kucing berbulu putih (tengok dari bentuk badan dia memang confirm ‘mak kucing’) datang makan. hah tak payah tunggu lama nampaknya.
.
jadi saya biarkan dia menikmati makanan. tak lama selepas itu, saya check balik, tengok-tengok kucing tu dah tak ada. ikan masih bersisa. kepala ikan je yang hilang. aik? dah kenyang kot? jadi saya pun ambillah leftover tu dan buang.
.
the moment saya nak sambung basuh pinggan, saya mAcam nak tergolek kat sinki tu. sebab kucing tadi datang balik…
.
BERSAMA LAGI DUA EKOR kawan dia. muahahahahahaha.
.
wahhh. pergi panggil kawan ghupenye! mahapla ye kucing-kucing ku sayang, korang tak cakap awai-awai nak bawak suku-sakat. den dah terbuang ha ikan-ikan tadi.
.
;p cute gile kerjasama dan sifat tolong-menolong sesama kucing ok. amacam? haiwan pun tahu berkongsi kan? contohilah kucing! ;p
.
.
.
till then,
assalamualaikum.
.
.
.
-via hp ipaq
April 2nd, 2009 by LeeN
**auto published entry**

tempat yang bakal OP rindu lepas ni… =)
salam!
aiwahhhhh rindunya nak update blog. tp lately mmg sesaje ignore blog. supaya takmo tensen. =P yelah, saya ni mmg terus aja akan tensen if tak ada masa dan takde kesempatan atau aral melintang tp sebenarnya siyes nak apdet blog. mmg akan mengundang stress.. haha
so, tepat la kalo kata ‘ignorance’ is a bliss?
bukan ignorant ok? hehe.
lagipun, kat rumah skang ni almost (almost ok) tiap2 malam, start area kol 8 ke 9 ke camtu.. sampai kol 12 lebih kang titibe ade intenet balik. omak kata ramai sgt tgh guna time2 kol 8-12 kot… btw, kalo tak boleh tampung user kan TELEKOM MALAYSIA, buat apa provide service? btul tak? sori la. saya dan TM mmg dah tak bole berbaik2.
salah satu yang saya pelik ngn TM is, kalo nak subscribe service dia, boleh just call je diorg tp nak terminate, kene g TM Point. apa salahnya, buat servis yg munasabah? nak subscribe or unsubscribe kene g TM Point, nak or tak nak. kan senang?
btw, cube korang teka berapa hari lagi OP mahu pulang kepangkuan isteri tercinta? ahehehehe (ye ye ada kat ticker atas ni…)
sungguh saya tak sabar.
tgh hari semalam, turun bawah utk tapau lunch. ntah kenape, lauk dia sedappp sgt. ikan masak mcm nak kata taucu tu tak pulak tp rasa mcm taucu tp kuah dia merah2 sikit tp bukan mcm masak merah.. kuah dia cair.. tp yg bestnya, perasa lauk tu masuk lam ikan. saya just tapau nasi putih + ikan je… wasatiah sket. (tapi nasi full bukan half, wasatiah kah saya???)
sila fikir sendiri ya leen.
(saya masih tak ilang rindu kat blog ni…. aduh)
lately, saya hanya sempat bloghopping kat blog korang-korang. sometimes tinggal komen tp sometimes tak. which means, tak tu line tak clear la tu. =P btw, so many things happen kan? oh ye puan muni… saya dah sound usben anda soh anda konfemkan cepat2. hahahahahaa..
ape ek?
oh ye.
tgh hari semalam kan, time turun bawah, beli lunch. saya sungguh-amat-cinta-suka cuaca mcm td. matahari terik.. panas so-so.. suasana heningg sgt. senyap sunyi. sepi… yg dgr, bunyik daun gugur bila kena tiup angin je.. kalo lepak kat bawah pokok, pergh!. zassss otak saya rewind satu menda…
hobi saya dulu, lepas balik sekolah kebangsaan, is melepak bawah pokok kat belakang rumah sambil bentang tikar dan buat homwerk. takpun, kerja saya is, meng-convert ada bbrp buku yg ada lam rumah saya, buku cord lagu, saya convert jadi note yg A-B-C-D-E-F-G blablabla tu supaya saya boleh mainkan lagu tu dengan recorder… siyes saya suka.
saya dulu tak g skola agama petang2 since habis peperiksaan penggal pertama darjah 5 kat skola agama. tu pasal petang2 saya ada aktiviti mcm ni… tgh hari kan hening. senyap sunyi. rumah lama saya dulu, rumah taman sebuah-sebuah. kan type taman perumahan lama-lama kan sume sebuah-sebuah mcm tu kan. so, design rumah tu, petak. bhgn belakang rumah tu mmg dinding SAHAJA. bukan mcm belakang rumah kita sekarang ni ada dapur la, pintu belakang la.. wet kitchen la.. just walls. kitchen sume sebelah kiri rumah dan pintu belakang juga adalah sebelah kiri rumah. so kawasan belakang bersih. dan hanya ada pagar yg memisahkan antara rumah depan ngn blakang. that is why kat belakang omak buat kebun kecik, pastu ada pokok pisang (yg ada biji tu) dan ada lah several pokok. that is why i love lepak sorang2 kat belakang time tengah hari buta tu…
omak saya mmg, time waktu gitu, lepas balik skola dia lelapkan mata sebentar (hingga sekarang pun) dan waktu tu la saya free sekejap dr omak.. hahahahahah. kalo tak asal nampak saya je, “alin? kerja rumah dah buat? math dah siap? soalan mana???” hahahaha. mane lah saya ni tak asik amik adiah je tiap-tiap tahun. bukan nak riak atau nak kata saya pandai, tp kalo idup kita ni dah asik keje “sugun” (kalo org N9 ckp tu mcm asak budak tu) ngn buku hari-hari, mmg la kene belajar kan?
sebenarnya, pandai atau tak, bukan ‘born genius’. saya lebih percaya kepada usaha.
success is 99% effort dan 1% luck.

the view when i drive…
(gamba takde kene mengene ngn entry)
selama OP pergi ni, saya rasa saya dah banyak amik tempat OP.
means, tempat di depan pc. =P
kalau masa OP ada, setiap hari saya hanya ada masa untuk ‘menjeling’ laptop aje. haha. saya mmg tak punya masa nak dok depan pc. by the time saya nak surfing2, mata dah pun ngantuk, that means tengah malam. inilah penangan balik lewat. kikiki. kan hari2 kerja mcm biasa tu, kalau balik dah lewat, dan macam2 kita nak buat… masa suntuk je. cube korang pkir, kalo dah sampai rumah nak dekat kol 8 tu… kdg2 lebih, balik tu nak tdokan cibi lagi, nak makan malam lg ngn OP… itu ini… tgk tibi sket.. dahhhh kol 12. (nak-nak pulak kalau ada movie best malam-malam… provide OP tak conquer tv la kan. =P)
tp since OP takde. wahhhh saye lahhh raje. lepas put cibi off to bed je, maka bermulalah sesi merelease tensen acik… heaven kan. mana tak nya, balik2 kerja dah tak de mende nak dibuat sgt… mende kecik2 tu bese la.. then, ape lagi… zaaaaasss la depan tenet. sambil2 melayan omak wat kojo skolah eh dan sambil menyakitkan jiwa raga adik kecik saya… hihihihi. Diam la budak skola.. =P
my everyday clutch bag…
(lagi sekali takde kene mengene)
but, its just my escape from missing OP too much.
huhu.
nanti, on 7th April ni, Insya’Allah saya akan bakalan tengok beg ini lagi. tengok… tengok…
yang bawah ini pula, tag utk bag OP yg saya dapat time beli vico 3 in 1… ade lagi ke tu OP? terus eksaited sbb kat tag tu ade name Optimus Prime, wahhhh mmg tepat dan berkenaan gitu. kan?
apart of pengalaman saya ditinggalkan OP menjadi ’single mother’ bak kata kak mah, ahahahaha.. saya rasa lepas-lepas ni saya dah tak kisah kalau OP have to outstation lagi. kalau la. tp rasa2nya mcm tak sanggup gak. kalau tak takde la. tapiiii… kalau ada pertambahan ahli, mmg saya kisah… =(
being thousands & thousands miles apart, banyak membuka mata OP dan saya upon how each of us complete each other (apekah ayatku ini OP?). it makes us realise so many things yang tak pernah kitorg fikirkan pun… bila dah sendiri mcm ni, mmg banyak mengimbas balik bagaimana kita terhadap pasangan kita…
kekasih2 saya…
berjauhan juga, mengajar saya kehidupan yang sebenar-benarnya. macam apa yang terjadi pada saya dan OP… hidup ini mmg bukan berjalan mengikut kehendak kita sebenarnya. sama ada kita sedia atau tidak, kita harus tempuh apa yang ada dihadapan kita. lets say Allah yg maha penyayang itu mahu menduga atau menarik nikmat yg dipinjamkan ke kita, Allah akan tarik. begitu sahaja… begitulah kuasa Allah.
banyak benda yang kita tak terduga selalu terjadi. saya dan OP tak pernah sekali pun terfikir yang OP akan ke luar negeri meninggalkan saya dan balqis (boleh dikatakan terkontang kanting gak la) berdua sendirian… tiba-tiba, tup.. januari OP harus ke sana. peluk lah OP mcm mana pun, dah itu suratan yang ditakdirkan.

di sekitar malawi…
lalu, terfikirkah anda… jika suatu perpisahan yang kekal itu datang kepada kita? usah fikir pasal orang lain, tp jika kitalah orangnya? siapa yang mampu halang? Allah itu maha berkuasa. usah plan hidup kita macam kita tak mati-mati…
ini, memberi kesedaran kepada saya. kita bukanlah seseorang yang terlampau istimewa seperti nabi junjungan kita… kita banyak khilaf dan sarat dengan dosa.
saya lama dah tak kene ‘camoh’ ngn OP. haha.
tapi mcm tak sanggup rasanya… huhuhu. peace OP =P

adakah awak gunung yang selalu kawan ngn OP tu???
masih lagi dlm topik mengambil tempat OP.
selain dari ambil tempat OP di depan pc… saya juga amik tanggungjawab OP dlm hal2 drive nih. grocery hal. loan payments punya hal. semua2 hal OP buat saya buat. termasuk la cek air api or angin utk kete.. hahahaha. tp servis kete, saya soh abah saya wat aritu. malas la sbb org2 kat bengkel ni karang dia cong ceng byk ngn org puang yg anta kete. saya ni mane le tahu ape yg dia cong ceng ke tak… ahehehehe.
so that, masa saya dah jadi tight. buat macam2 mende. tu tak masuk lagi kalo saya futher study tu… hahaha. mmg saya akan gelakkan diri saya sorang2. (lately saya mental) sometimes, i wonder how some of the mothers survive alone… lebih2 lg anak ramai. ohh.. i know 1 person. =)
banyak yang berlaku bila OP takde.
ade sekali tu, balqis punya batuk tiba-tiba jadi chronic sgt2. satu hari tu, dia muntah sebanyak 6 kali dan berserta dengan cirit-birit. saya agak ni sume pasal kahak dia. coz the poo poo dia ada kahak… korang tahu? tekstur dia mmg tak mcm biasa. ada byk kahak yang melekit2 sekali keluar dgn poo poo dia. saya belum cerita pun kat blog… takde mase. takde org yang suruh saya anta dia g buat suction utk kahak… tp itulah yg saya fikir terbaik waktu tu. lepas buat suction terus reda… dan bertambah baik.
utk information, mmg ada babies yang tak boleh go dengan VENTOLIN. balqis adalah salah seorang…
selain dari kejadian itu, byk juga yg berlaku pada kereta.
ada satu pagi tu… kete titibe je takleh start dan saya dah lambat gile nak g opis.. so aritu, dr wasting time saya trus je setelkan check up balqis awal 2 hari sbb takyah nak minta excuse dah… rupenye bateri kereta wat hal. so tuka la bateri.. maka cutilah saya pada hari tersebut.
ade satu hari pula.. klac kereta saya patah. pernah tak korang patahkan klac? ya. saya pernah… hahahaha. kereta saya berhenti betul2 jalan tengah naik bukit dah di tengah2 highway lepas keluar tol kajang. hihi. nasib baik hero penyelamat ada rumah.. ahehe. mmg nasib saya baik waktu tu..
ade sekali tu, time tgh jammmm gile kat kajang silk hiway, saya sibuk dok layan balqis dlm kete, titibe terlepas brake… bang kereta belakang. tp bang yg perlahan aje sbb saya sempat tekan brake semula. takde apa2 yg kemek antara saya n dia. tp orang perempuan tu, mmg le hangin ngn saya… ngeeeeeeeeehehehehe. but then again, saya yg salah kan. so saya ckp la sori kat tingkap sbb lepas saya tgk dari cermin atas yg kete dia takde mende pun.
dan… cerita sedih juga
byk berlaku. antaranya… balqis stop direct feed dengan saya. for the unknown reasson. bila unknown itulah yg buat saya tension. tp itu semua ketentuan Allah… bila kita ready untuk wean diorg dengan tiba2 aje dia wean, mmg satu perbezaan yg nyata. pressure dia Allah aja yg tahu… saya sendirian. bertemankan kawan2 yg faham dan keluarga… tp ada juga bbrp komen yang tak membina yang saya terima. geram betul saya. tp biarlah. orang tak kena tak tahu kan?
hari ini balqis fully FM. tp, selepas 2 bulan, percaya tak kalau saya cakap susu badan saya ada lagi? takde la banyak, tp kalau dikeluarkan mmg ada. pekat pulak tu. mungkin, hanya keinginan saya shj yg tinggal dalam diri dan meransang hormon utk lactate… selain dari itu tak ada.
sedih la cerita pasal ni…
really a traumatising experience.
tp itulah yang mengajar saya, betapa semua menda tak boleh kita rancang. mmg, family saya mmg semua support bf ni. makcik saya menyusukan anak dia sampai anak dia nak dekat masuk darjah 1… tapi semua ini rezeki masing-masing. my omak said i’ve done good enough dari dia. suatu penghargaan bg seorang ibu… tp jauh dlm lubuk hati saya… saya mcm tak buat apa2 pun utk balqis… =(

waktu lepas kua labor room…
selama OP tinggalkan saya n balqis juga,
balqis pernah susut badan dia dek muntah2 n cirit2 chronic tu. mujur, time dia kena mcm tu, saya tak fikir panjang terus amik cuti… maka jumaat sabtu ahad dia cuti dari nursery dia.. kebetulan masa hari isnin tu saya hantar balqis g skola dia, akak feveret dia ckp ade sorg baby masuk spital.. reason dia sama mcm balqis. muntah2 n cirit birit. saya mcm ???????????
bukankah kalau cirit birit among babies mmg boleh berjangkit? adakah balqis dpt dr nursery pada hari khamis sebelumnya? Wallaaahualam. but, isnin tu balqis dah ok dah.
peringatan utk sesiapa yg baby dia cirit2 n muntah, stop bagi susu sebentar ok. means yg on FM la. BM saya rasa ok je. kita kalau sakit perut n muntah2 kan bila consume susu akan jadi worsen kan? bila perut tgh disfunction, susu tu adalah satu bahan yang amat memerlukan ‘tenaga’ utk diuraikan. senang citer, satu mende yg kompleks utk diurai kan.so, hold susu just for a while sampai muntah2 dia stop..
si bebe ngn sweater baru…
satu hari tu, balqis saya hanya bagi air glukose je. dari pagi sampai malam. nak tdo, setelah saya tgk dia dah ok.. stabil.. dah tak melepek.. muntah pun tak cirit birit pun tak, baru bagi susu balik. lepas tu mmg Alhamdulillah ok. but… if ada sesiapa to correct me, dipersilakan ya.
pendek kata, time baby sakit perut, jgn bg apa2 yg kompleks kat dia. termasuk solid food. bagi la air glukose suam. jgn sejuk pula.
tapi, Alahmdulillah… lepas je dr balqis kena mcm tu.. dia jadi makin kuat makan n menyusu. badan sekarang ok. dia sekarang sekali nyusu 8 oz. penuh sebotol. Alhamdulillah ya balqis…
lebih haru bila…
saya check balqis punya baju harian, semua nya hanging. nampak pusat dia… ahahahahaha. semua tau. sbb baju balqis kalau saya beli,semuanya 6-12 mths. biasalah budak2 kan. bukan semua saiz sama. so, terpaksa lah buat wardrobe make over utk balqis. saya beli kat giant je. t-shirt basahan buat duduk rumah, sgt2 colorful. RM5 je selai.. so mula2 ni amik je la 10 helai… sluar tight 4.. amik yang murah2 je sbb nak beli byk kan. lg pun ntah lama mana lah tahan baju2 dia tu… tgk2 lg 2 bulan kene dah senteng semula… btw, suka tgk balqis with her new image. (sila gelak sekalian) balqis with baby tee yg ala2 fit… dan sluar tights yg ala2 ketat… kekekekeke.
kecik2 bole la kannnn…. cute.
erm, ape lg ye?
oh ya, wanna say thank you to semua yg tolong saya semasa ketiadaan tok laki saya ni… terima kasihhh sgt2 k… saya serahkan pada Allah utk membalas semua jasa kalian… =) terutamanya pada omak saya… terima kasih omak….. mwah mwah…
inilah rupe bebe… ahehehe
ok lah. sampai sini je la… nanti update lagi.
daaaaa~
connie? ini kan? same takk?