Archive for the 'Health & Beauty' Category

air gas

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all

 

abah saya kata;

 

"long, anol kan petang-petang main basketball tu. lepas habis main, dia mesti beli satu botol air gas $prite. duduk minum. bila abah tanya, dia kata dah habis"

 

hah? satu botol 1.5L tu habis? semacam tak percaya. tapi kalau tengok saiz adik saya yang bagak tu, memang boleh difikirkan jugak. boleh la dia nak habiskan satu botol 1.5L tu tanpa rasa susah. sekali teguk je dah parat mana dah. logik.

 

google-ed

 

tapi yang tak logiknya, air yang dia telan selepas penat bersukan tiap-tiap petang. not sure ini adalah habit terbaru dia ke apa sebab masa abah saya cakap macam tu, dia takde rumah pun. abah mengadu. haha. kalau anda jenis yang kerja office, hari-hari kebanyakan masa anda habis dengan menghenyakkan punggung anda di atas kerusi, memang habit ini anda tak patut buat.

 

walau macam mana pun, adik saya yang jarang-jarang sekali dia miss main basketball petang-petang sampai berpeluh sebaldi tu (sampai kalau nak drive kereta mak saya balik dari stadium, mak saya akan pastikan dia tukar baju sebelum drive balik rumah jadi nanti peluh tak melekat pada seat kereta) tak elok buat perkara ini sebagai habit. sungguh air gas adalah pemusnah nusa bangsa.

 

tahu tak kamu semua, satu cawan standard minum air kopi tu (200ml) kalau air gas bersamaan dengan 5 sudu gula? dan, if you really want to lose weight, perkara pertama yang paling-paling anda perlu elak (selain dari nasi lemak; yang paling utama) adalah air gas. if kamu kamu perasan, warga malaysia banyak sangat yang berperut gendut. saya berani kata, mostly ia berpunca dari air gas.

 

itu baru minum 200ml, secawan kecil. kalau satu mug? nak-nak pulak tambah ais ketul, memang tak rasa terminum banyak. so, total gula yang tak terbakar jadi calorie dah berapa? then simpan semua itu sebagai lemak. 

 

itu baru air gas. kalau nasi lemak, kamu makan. total lemak yang dibawa masuk badan, hanya akan habis digunakan selepas seminggu kamu makan nasik lemak. seminggu ya. jadi cuba bayangkan kalau makan nasi lemak hari-hari. sila bayangkan. makanlah benda lain, tapi jangan nasi lemak.

 

google-ed

 

tapi, pagi tadi saya baru je bedal sebungkus nasi lemak. oh sekarang saya belum fikir pasal diet lagi. so jangan risau. biar saya risau sorang-sorang. :P

 

ah. diet ya? belum. saya belum mula. otak saya sekarang hanya pada menyusukan si abang tegap. keyakinan untuk kurus semula tu tidaklah luput atau pudar. kakak saudara saya yang dua kali bersalin operate, weigh 80kg tu boleh turun jadi 50kg je sekarang. dia pun hanya mula selepas tamat tempoh anak menyusu. jadi saya mestilah boleh. cuma, belum mula. jadi, nyah topik pasal kuruskan badan.

 

bila dinner dengan OP dan abah, berbual-bual pasal air gas ni, saya jadi teringat. 

 

dulu masa di sekolah rendah. selalu lawan-lawan dengan kawan testing air gas campuran apa yang paling sedap. zaman saya sekolah rendah dulu, kalau beli air gas kat kantin, boleh minta pakcik kantin campur-campur air tu. alah, kan mesin air gas tu sederet. cakap je kat pakcik kantin tu, nak campur apa dengan apa. itu zaman dulu lah, tak tahu pakcik kantin sekolah sekarang entertain lagi tak perkara macam tu.

 

pastu sebok lah try, arini coke campur oren fanta. esok pulak grape campur sprite. esok lagi grape campur strawberry fanta. macam-macam lagilah. kalau nak mintak pakcik kantin campur sederet air gas tu pun boleh. sume jenis air sikit-sikit. yang paling tak sabarnya, bila tengok air gas tu jadi warna apa! haha. dah jadi macam satu eksperimen lah pulak kan time tu.

 

mak saya adalah orang yang paling anti bila saya masuk bilik guru bila sekolah dah tamat. ape lagi kalau duit dah habis, tapi nak lagi 50sen sebab nak beli air gas. haha. memang mak cukup hangin kalau dengar permintaan yang satu ni. tahulah air gas bukannya elok untuk minum hari-hari. bukan apa, saya kadang-kadang cukup suka bila pakcik kantin campurkan strawberry fanta dengan sprite, warna air tu jadi merah jambu. CANTIK ok.

 

dalam banyak-banyak campuran, saya memang tak boleh lupa bila coke campur oren fanta tu. menarik sungguh rasa dia. bila beli air dalam plastik jernih tu kan, saya ada satu habit yang tak boleh buang sampai sekarang. iaitu menggoncang plastik tu sebab dalam otak fikir, bila ais dah mula mencair, air gula akan mendap ke bawah, jadi nanti air akan jadi tawar. so nak evenkan air satu plastik tu saya suka goncang sebelum minum.

 

OP mendapati ia adalah suatu perkara yang annoying. hahaha.

 

yang paling kelakarnya. macam mana cara saya goyang plastik atau cara saya kacau air kotak guna straw dia, macam itulah balqis goncang dan kacau air dia jugak. sebijik. heh!

 

 

till then, 

Assalamualaikum!

Rating 3.00 out of 5
[?]

Jadual Imunisasi untuk anak-anak Malaysia

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all

 

Kenapa Perlu Ikut Jadual Imunisasi?

Dr Nor Shahidah Khairullah, Pengarah dan Ketua Jabatan Virologi, Pusat Kajian Penyakit Berjangkit Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) berkata :

"Suntikan imunisasi diberikan secara berperingkat dalam jangka masa tertentu kerana badan bayi belum dapat menghasilkan antibodi mereka sendiri.

Jika anda melengahkan pemberian imunisasi kepada anak, antibodi dalam badan mereka akan berkurang dengan cepat dan mungkin tiada langsung jika suntikan vaksin seterusnya tidak diberikan.

Hanya selepas jadual imunisasi dipenuhi, baru badan kanak-kanak dapat menghasilkan antibodi secukupnya untuk melawan serangan virus atau bakteria. Sebaliknya, jika suntikan vaksin kedua atau ketiga dilengahkan sehingga beberapa bulan, keseluruhan proses imunisasi bagi sesetengah penyakit mungkin perlu diulang kembali bagi mengelakkan si kecil mendapat jangkitan."

 

Jadual Imunisasi Yang Disarankan Kementerian Kesihatan Malaysia

VAKSIN
UMUR(BULAN)
UMUR(TAHUN)
Ketika Lahir 1 2 3 4 5 6 12 18 7 12 15
BCG (Tibi)                   tiada parut    
Hep (Hepatitis B)                        
DTP (Difteria, tetanus, pertussis)                        
Hib (Haemophilus influenza type B)                        
OPV (Polio)                        
MMR (Measles, mumps, rubella)                        
Measles (Campak)                        
DT (Difteria)                        
T (Tetanus)                        
PETUNJUK
  Imunisasi Primer
  Dos Tambahan
  Sabah Sahaja
 

Sumber :

  • Risiko Alpa Imunisasi Anak, Harian Metro, 5 Februari 2006
  • Portal Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia

 

p/s: i think ini carta lama, so ada ralat sikit pada maklumat sebab suntikan pada 6 bulan, bukan hanya untuk Sabah sahaja. semenanjung pun ada. 

 

till then,

assalamualaikum!

Rating 3.00 out of 5
[?]

batuk.

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all

 

nyaman sungguh pagi ini kan? cuaca saya rasa, pagi inilah yang agak sejuk sikit berbanding kebelakangan ini. 26 darjah. kalau tak tu, bangun pagi pun rasa berpeluh-peluh. bikin hot ;p

 

sejak semalam, saya dengar balqis macam nak mula batuk. not good. not good. penyebab? saya tak tahu. dua hari ni memang saya sefamily tak keluar rumah. saya tak berapa sihat. tapi saya tak batuk. not sure mana balqis dapat batuk. mungkin dari air yang OP ambil tu kot? selalunya kitorang amik air tapis kat rumah emak, tapi kali saja nak try ambil air tu. dekat je dari rumah ni.

 

saya tak tahulah pendapat kamu bagaimana, tapi saya kurang berkenan dengan air Reverse Osmosis (RO) ni. selalu saya akan sakit tekak minum air tu. dari dulu lagi. sebab tu kalau beli air mineral, saya akan tengok betul-betul bekas tu. biar dia tulis mineral water dari RO. but, actually… saya pun kurang tahu kebaikan air RO.. ape ye? tak pernah kaji.

 

setahu saya RO adalah air suling. betul ke? ;p

 

erm, nampaknya kena cepat-cepat bagi balqis vitamin c nih… kalau biar, boleh melarat. sometimes dia hanya batuk main-main je. baru kali ini pertama kali saya dengar dia batuk since saya duduk rumah. kalau tak treat balqis, soon baby pun ada possibility nak dapat. ape lagi kalau bukan suka kiss baby.

 

ok. got to go. a quick one for this morning to freshen me up.

 

 

till then,

assalamualaikum.

 

 

Rating 3.00 out of 5
[?]

Berpantang: sendiri atau dibantu?

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all

 

hari ini sudah hari yang ke 41 berpantang. orang kata pantang 44 hari ya. tak sure lah berapa hari sebenarnya tapi selepas 30 hari tu rasanya energy dah restored balik dah. dah ok. cuma berbengkung memang diteruskan. saya guna nona roguy je. lain-lain takde. regular intake vitamin adalah sebab breastfeed baby. plus madu. 

kali ini, disebabkan saya sungguh strict dalam hal bengkung dan ikat komain ketat tak kira berpeluh sebaldi pun (sebab lately panas), maka sakit pinggang orang lepas bersalin adalah sangat kurang. terima kasih bengkung moden. hehhe. 

 

sehingga hari ini saya masih dirumah emak. tak macam last time, hari ke 14 je dah mula berpantang sendiri di rumah. kali ini saya memerlukan bantuan sedikitlah dari emak. banyak beza dulu dan sekarang. 

 

ini saya punya cara dan pendapatlah. lain orang lain caranya.

 

ada bestnya bila berpantang sendiri dirumah sendiri. yang best, kita ada "peace of mind" la sebab tenang je. hanya betul-betul kita dan baby. kita boleh concentrate betul-betul jaga dia. breastfeed baby pun saya rasa lebih tenang. takde orang nak kacau-kacau. saya suka environment yang senyap time bf ni.

 

jangan katakan emaknya, baby pun tak suka environment bising bila dia lapar. paling tak suka bf baby dalam keadaan tension. 

 

bila kita sendiri dengan baby, kita banyak tumpukan perhatian pada baby. tiada gangguan. so bonding mother & baby memang strong. jangan risau kalau kita pantang sendirian dengan baby (untuk anak pertama) sebab baby ni senang je nak dijaga. cukup makan dan pampers tak basah, dia okla. senyap.

 

saya perhatikan dulu, saya amat banyak masa untuk membelek baby. belekkk la baby tu sepuas-puasnya. seronok. nak arrange diri sendiri pun tak susah. time dia tidur, pergilah toilet ke, mandi ke makan ke whatsoever. lain-lain beleklah baby.

 

tapi kena pandai set masa lah. pagi-pagi tu masa husband pergi kerja siap-siap lah mandi semua, nanti lepas hubby pergi kerja uruskan baby.

 

ingat, yang paling penting bila buka mata, kita kena siap-siapkan diri dan MAKAN dulu sebelum apa-apa sekali. kalau dah mula melayan baby, cubalah. tengok-tengok karang pukul 11am baru nak makan. time tu dah lapar gila. mood pun lari nak layan anak. 

 

tapi. ha ade tapi.

 

itu kalau kita berdua dengan baby sahaja. (bagi sayala). 

 

bila saya fikir, berpantang sambil menjaga baby yang belum berumur 2 tahun ini adalah suatu yang agak berat la bagi saya. hehhe. selepas 2 minggu, mungkin kita rasa badan dah ok, tapi sebenarnya memang totally belum ok. anak saya yang berumur setahun lebih tu tahu apa… itu nak ini nak, suruh lukis itu ini, nak susu nak makan…

 

kalau saya sendiri saya rasa saya belum mampu.

 

lainlah kalau balqis dah faham bahasa. means dah besar sedikit kan. dah boleh pergi toilet sendiri ke. dah boleh ambil roti kat atas meja dan makan sendiri (hehhehehe balqis tak reti lagi la sebab ummi dia je yang hulur). saya terasa agak keberatan untuk berpantang sendirian macam dulu sebab saya betul-betul nak concentrate dalam hal "breastfeeding" ni.

 

seriously. sebab itu saya minta cooperation semua orang sebab saya nak tumpukan perhatian betul-betul.

 

jadi. sebab itu saya agak keberatan untuk berpantang sendirian kali ini. keskeskes. 

 

i just cant imagine bila OP balik kerja nak dekat malam tu, saya dirumah carca-marba dengan toddler n baby. keberatan sebab baby kan feeding on demand. baby baru lahir manalah boleh nak di set masa bagai. kita kena ikut jam dia. mula-mula memang sungguh "suatu pengalaman" bila saya jaga dua orang anak sementara emak balik dari sekolah.

 

with balqis, bila saya baring nak bf baby mulalah dia suruh itu ini. memerlukan kesabaran tahap dewa ok. kalau tak… dengarlah suara hi-pitch tu ;p

 

berpantang ni kena beri emaknya itu sihat betul-betul. jangan stress kan diri sendiri 24jam dengan hal rumah. minta tolong suami dan family kalau ada. jangan fikir nak buat sendiri semua. kita kalau ikutkan hati (orang perempuan) memang semua nak buat, tapi later on kita sakit… kita sendiri susah nak jaga family. hengat tu. 

 

tapi hari ini, selepas sebulan, saya dah dapat cara untuk menguruskan mereka. biarlah saya bergantung sebentar dengan bantuan orang sementara hal bf jadi stabil dan saya dapat cara untuk menguruskan mereka. sebenarnya, tempoh berpantang ini bagi saya adalah lebih kepada "masa penyesuaian" ibu dan anak.

 

bila anak bertambah, semua hal akan berubah. layanan terpaksa dibahagi. perhatian terbahagi. anak pertama yang masih tak mengerti apa-apa itu juga harus menerima semua ini dan tolentrate dengan umminya. alhamdulillah, balqis hari ini lebih ok dari yang mula-mula dulu. kalau baby menangis, dia yang akan panggil saya;

 

"ummmiiiiii… bibi angish!"

 

sejuk hati dengar. hahha. walaupun saya masih ingat lagi mula-mula tinggal bertiga, dah jadi macam puzzle "peladang-harimau-kambing" yang nak menyeberang sungai. nak kehulu kehilir dalam rumah, saya perlu heret balqis sekali kemana pun saya pergi. tak boleh tinggalkan dia berdua dengan baby. lucu ok. pegi dapur ikut. pergi bilik saya tarik. pegi depan saya heret. ;p

 

berpantang bersama bantuan juga membenarkan saya ambil masa sendiri untuk menyusukan baby selama mana yang baby mahu tanpa risaukan balqis. itulah yang amat saya perlukan. masa untuk menyusukan tanpa gangguan. dalam bilik. just me and baby.

 

saya takkan dapat masa sebegitu jika saya berpantang sendirian sambil menjaga balqis. balqis, nak suruh dia apa-apa pun belum boleh sangat lagi. simple-simple tu boleh la.

 

itu pun sekarang dah pandai "takmooo" bila nak minta tolong ok. sekarang saya HARUS puji-puji dia untuk minta tolong. hadeih. lucu-lucu. tapi ingat, keyword comel-cantik whatsoever tidak dilayan. hanya keyword "pandai" sahaja dilayan. ;p (ok sekarang korang sume boleh suruh dia sebab dah tahu keyword hahha)

 

sekarang, saya sudah bersedia untuk bergusti dengan dua orang makhluk kenit dirumah sendiri. ;p

 

 

till then,

Assalamualaikum.

Related Posts with Thumbnails
Rating 3.00 out of 5
[?]