Archive for the 'Islam Agamaku' Category
May 14th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
malam semalam, semanis kurma bincangkan topik ini. berkenaan dengan isu ibubapa derhaka. menarik sungguh tapi pukul 10pm tu faham-faham sahajalah. waktu menidurkan kakak dan bf si baby. jadi, dengar dari dalam bilik je lah. itu pun sayup-sayup je.. dengar tak dengar. heh
majalah Solusi, isu ke 16 juga membincangkan topik menarik ini.

googled
jangan buat-buat tak tahu. bukan anak sahaja boleh derhaka. ibubapa juga boleh derhaka pada si anak. selalu darah kita tersiraplah, rasa nak marah lah, rasa nak tempelenglah muka anak tu sebab melawan cakap kita. sebenarnya, sebelum si anak derhaka kepada kedua orang tuanya, mereka terlebih dahulu derhaka kepada anak mereka.
malam tadi juga, semanis kurma share cerita ni to the audience;
Seorang lelaki telah datang menemui Khalifah Umar al-Khattab r.a. mengadukan hal kederhakaan anaknya. Lalu Umar memanggil anak lelaki itu dan memarahinya kerana derhaka kepada bapanya serta lupa kepada hak-hak bapanya. Anak itu menjawab: “Wahai Amirul Mukminin, tidakkah anak mempunyai hak ke atas bapanya?” Umar menjawab: “Ya.” Dia bertanya lagi: “Apakah ia wahai Amirul Mukminin?” Jawab Umar: “Memilih ibunya, memberikan nama yang baik dan mengajarnya al-Kitab (al-Quran).” Anak itu berkata: “Wahai Amirul Mukminin! Sesungguhnya bapaku tidak pernah melakukan satu pun perkara tersebut. Mengenali ibu saya, dia dahulunya seorang hamba berkulit hitam dan tuannya seorang Majusi. Saya pula dinamakan “Ju’olan” iaitu sejenis kumbang biasa berwarna hitam. Dia juga tidak pernah mengajarkan aku walau satu huruf pun dari al-Quran. Umar lantas berkata kepada lelaki itu: “Kamu telah datang mengadukan kederhakaan anakmu, walhal kamulah yang telah menderhakainya. Kamulah yang telah berlaku buruj dan jahat sebelum dia berlaku demikian terhadapmu.” Begitulah, Saidina Umar meletakkan kesalahan kepada si bapa, lantaran kecuaiannya dalam mendidik anaknya sendiri.
ada tiga perkara yang bapa patut buat;
1. pilih isteri yang baik-baik, supaya dapat didik anak-anak dia dengan sempurna
2. beri nama yang baik-baik pada anak supaya menjadi doa
3. ajar anak-anak dengan al-Quran
tiga perkara ini perlu seorang lelaki itu buat sebelum dia menikah lagi. iaitu dengan mencari seorang wanita yang baik-baik untuk dijadikan isteri supaya kelak anak-anak boleh dididik dengan baik. esok lusa, isteri boleh bantu kita didik anak-anak. kalau isteri kita masih banyak perlu diperbetulkan lagi, memang banyak lagi kerja yang perlu kita buat. nak didik isteri lagi. nak didik anak lagi. dan kita perlu ingat, orang yang paling dekat dengan anak, ialah ibunya. sebab tu perkara ni penting.
bukan senang ya nak didik seorang isteri. didik anak, sudah tentu dari kecil. didik isteri yang besar panjang ni… hanya suami-suami sahajalah yang tahu.
kedua, pilih nama yang baik-baik. itu memang penting sebab hari-hari kita panggil dia, means hari-hari kita doakan dia. jauhkan nama-nama yang tak punya makna. apatah lagi nama yang bermaksud buruk. esok lusa, di padang mahsyar kita ditanya mengapa kita tak menjalankan tanggungjawab kita yang satu ini dengan baik. dari kita menjawab di sana, baik kita buat betul-betul disini. saya rasa, kalau boss kita tanya kita sebab kita dah buat salah, kita pun takut gila nak jawab kan? apatah lagi bila Allah tanya…
seterusnya didik anak dengan Al-Quran. inilah tunjang segala didikan. kalau kurang didikan agama, memang susah kita nak jamin yang anak-anak kita akan selamat walau kemana pun dia pergi. sebelum kita didik anak kita, kita diri sendiri memang kena strong kan dulu part ni.
Petikan dari majalah Solusi," ironinya, jika ada segelintir ibu bapa yang sanggup mendera anak-anak mereka dengan api daripada puntung rokok di dunia, namun lebih ramai ibu bapa yang bakal mendera anak-anak mereka dengan api neraka. Ibu bapa ini adalah ibu bapa yang tidak menunjukkan teladan yang baik dalam mendidik anak-anak. Inilah ibu bapa yang derhaka!"
saya: masih banyak dan masih banyak perlu saya belajar….
till then,
assalamualaikum.
March 1st, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.
saya masih di sini. ahaks. tapi, sejak semalam cuak saya dah makin menjadi-jadi. teringat-ingat level of pain macam hari itu kan. haih. seriously i am neves.
dan. sekali lagi saya dalam stress apabila percubaan untuk membetulkan RSS feed saya tidak menjadi. entah mengapa ya. tukar layout pun tak menyelesaikan masalah. hee. geram. sebab OP pula dah tidur. kalau tidak boleh saya ganggu dia untuk kerja-kerja pembaik-pulih blog.
oleh kerana itu tuan puan, blog saya akan kelihatan tidak berupdate langsung walhal saya dok meng-hapdet blog ini once in a while.
dan.
malam semalam, selepas menonton cerekarama (yang duhhhh tu) kami tune to Astro Oasis Channel. just tukar-tukar channel aja. from this to that. that to this. and suddenly keluar "khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW" di channel Oasis. saya hayati baris demi baris. terasa pendek betul nyawa…
oleh itu, saya mahu kongsi apa yang saya lihat, baca dan hayati kepada pengunjung blog ini (kalau ada). saya juga minta anda hayati satu persatu ayat ini.
***********************************************
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. (kembalikan harta yang ada pada kita pada yang berhak… zakat… sedekah… menolong orang yang di dalam kesusahan, bayar hutang… etc)
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. (maka kita akan dihisab walau dosa dan pahala yang tersembunyi dan paling kecil sekalipun…)
Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil. (banyak perkara kecil hari ini yang telah dipandang ringan, contohnya ‘memakai baju labuh tetapi tidak mengikut kehendak syariat’ etc)
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, (sekiranya) maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Soleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. (segala-galanya yang kita lakukan. semuanya. hari ini. detik ini. esok. dan selepas itu… juga semalam)
Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku.
Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. (kerana inilah saya post entry ini, supaya anda semua beringat kembali)
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. (insyaAllah!)
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU. ins
apakah kita kasihkan Nabi Muhammad SAW kita sebagaimana baginda kasihkan kita. sekadar peringatan untuk diri saya sendiri: melakukan dosa secara sedar, adalah menzalimi diri sendiri. dan menzalimi diri sendiri adalah tersangat rugi.
till then, Assalamualaikum!
p/s: doakan saye ek… guwe neves la. ;p
February 10th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.
adakah kita benar-benar tahu siapa mahram kita? kadang kala memang akan ada yang confius sebab secara sedar atau tidak, ramai di antara kita tidak aware mengenai mahram. i just want to share about mahram hanya untuk pengetahuan am untuk muslimah-muslimah semua.
ini hanya info untuk muslimah sahaja. bukan mahram bagi lelaki atau yang haram dikahwini bagi lelaki.
APA ITU MAHRAM?
Mahram adalah semua orang yang haram untuk dinikahi selama-lamanya dengan sebab nasab, persusuan, dan pernikahan.
YANG DIANGGAP MAHRAM WALHAL HALAL DIKAHWINI
ataupun budaya kita telah menghalalkan mereka atas dasar sebab dah kenal lama, dah terlampau rapat dan sebagainya.
- ayah/anak angkat = macam mana pun, ayah angkat ke anak angkat ke, abang angkat ke… adik angkat ke takkan pernah jadi mahram kita. scenario biasa yang kita lihat dalam budaya sekolah. lebih-lebih lagi budak asrama. ;p
- sepupu = ya, ramai di antara kita yang rapat dengan sepupu sepapat macam family besar saya. dari kecik salu bebeno jumpa. tapi mereka bukan mahram kita. kalau tak dibiasakan dari kecik untuk melindungi aurat dari sepupu memang rasa pelik. ialah, dah tu main same-same, balik kampung same-same, g event sane sini same-same kan. tapi, mereka memang bukan mahram kita sebab sah dikahwini.
- ipar = saya rasa semua orang faham kan. walaupun kita adalah isteri kepada adik lelaki mereka, dan perempuan tak boleh kahwin lebih dari satu, tapi aurat memang aurat pada suami akak ipar kita. ataupun adik/abang kepada suami kita. contohnya.
- mahram lakonan = ni biasanya kalau ada orang perempuan yang hendak menunaikan haji, dia mengangkat seorang lelaki untuk berlakon jadi mahram dia. sangat-sangat tidak boleh dan dikeji.
ada beberapa jenis mahram.
MAHRAM KERANA NASAB (keturunan/keluarga)
mengikut surah Annur, ayat 31... disebutkan:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada
suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara lakilaki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, "
bagi menjelaskan ayat ini, susunan bagi mahram kerana nasab adalah:
- ayah = ayah kita, termasuk datuk sebelah ayah dan sebelah ibu kita dan ke atas, contohnya moyang kita and so so on.
- anak lelaki = anak lelaki kita, termasuk cucu kita baik dari anak lelaki atau anak perempuan kita dan keturunan mereka.
- adik-beradik lelaki = sekandung, se-ibu ataupun se-bapa
- anak saudara = anak buah kita, iaitu anak kepada adik atau abang atau kakak kita dan anak kepada anak buah kita.
- pakcik = bapa saudara kita, means adik atau abang kepada emak kita dan ayah kita.
MAHRAM KERANA MUSHAHARAH (pernikahan kita dengan suami kita)
kalau tadi mahram kerana keturunan ada 5, mahram kerana pernikahan juga ada 5 iaitu:
- suami = duhhh. perlukah saya eksplen lagik ;p
- ayah mertua = iaitu ayah kepada suami kita termasuk datuk iaitu ayah kepada ayah mertua kita ke atas
- anak tiri = iaitu anak dari suami bersama isteri yang lain
- ayah tiri = suami kepada ibu kita yang bukan ayah kandung kita
- menantu lelaki = iaitu suami kepada anak perempuan kita
MAHRAM KERANA PENYUSUAN
- bapa susuan = suami kepada ibu susuan kita, malah ayah kepada ibu dan bapa susuan kita ke atas.
- anak lelaki dari ibu susuan = termasuk cucu dari anak dari ibu susuan kita itu serta kebawah.
- saudara lelaki sepersusuan = means kalau dia pun menyusu dari ibu susuan yang sama dengan kita, baik kandung, se-ayah ataupun se-ibu
- anak saudara sepersusuan = baik dari saudara susu kita yang lelaki ataupun perempuan dan juga keturunan mereka ke bawah
- pakcik persusuan = iaitu adik beradik lelaki kepada bapa atau ibu susuan kita
amacam, jelas tak? kalau ada salah kat mana-mana harap dapat betulkan saya dengan segera ya. selamat menutup aurat dengan lebih yakin dan jelas ya semua.

sepasang kekasih di teluk batik
till then, Assalamualaikum!
January 25th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim…
salam blog and all.
it was 8 o’clock and i am about to perform my maghrib. time tu, kepala menerawang teringat kampung bahau yang bakal memulakan sambutan jubli emas makcik saya. entah apa menu mereka malam itu, fikir saya. tiba-tiba "BHAMMMMMM!"
berderau darah saya. teringat OP parking kereta kat luar pagar. Ya Allah, janganlah ada sesuatu yang berlaku pada kereta itu!
seketika, terdengar OP melompat dari sofa (baru nak tengok berita) untuk membuka pintu rumah. terdengar dia bertanya pada jiran sebelah dengan suara yang kuat. Ahhh kereta siapa pula nih!
saya tak sedap hati. terus sarung tudung dan melangkah keluar dari bilik. mujur sahaja Balqis telah lelap. kepenatan sebab seharian terlampau dibiarkan bermain. susu pun lupa nak minta. lelap macam itu sahaja selepas dimandikan oleh abbi dia.
kelihatan, sesuatu yang tak enak telah berlaku dirumah jiran saya. benar sangkaan saya bunyi kuat tadi angkara perlanggaran kereta dengan sesuatu. kalau tak, masakan kakak sebelah rumah saya terjerit setelah bunyi kuat tersebut kedengaran.
rupanya… kereta jiran sebelah kanan saya telah meremukkan pintu pagar rumah yang bertentangan dengannya. ape lagi. satu lorong semua keluar. keluar semata-mata nak mengepoh…
hee. dari apa yang kakak sebelah rumah kanan saya cerita, husband dia nak betulkan kereta akak diorang sebab jiran depan rumah saya nak keluar. weekends memang ramai orang park kereta luar rumah. kereta tu persona auto, lepas husband dia masuk gear reverse, bila turunkan hand-brake je, kereta tu terus melompat kebelakang.
smashed pintu gate rumah depan dia. pintu gate tu memang rosak teruk. time tu dia tekan brake, tapi brake jammed time tu. so bila gear jammed, brake pun jammed untuk kereta auto,memang lost control lah kan. pintu gate tu saya tengok, sebelah yang ada tempat letak sampah tu memang hancur. gate terangkat. tinggal sebelah lagi gate sahaja yang ok sikit. tu pun senget dah.
sebetulnya, malam itu ramai yang mengucap syukur kerana waktu kejadian adalah pukul 8pm. waktu dimana semua orang berada di dalam rumah. waktu dimana seluruh kanak-kanak dilorong ini berada di dalam rumah. kalau ada kemalangan jiwa, pasti kekesalan tidak berakhir disitu.
saya suka kediaman saya ini. kelihatan seperti saya dan OP adalah couple paling muda yang sudah ada anak. lain-lain semuanya pangkat akak-akak. waktu petang kami, akan kelihatan meriah dengan kanak-kanak yang bermain. saya rasa, this is one of the advantages bila kita duduk bukan di main-road dalam taman. (huhu. rumah sepang saya main road. bising kadang-kadang)
kereta kurang nak lalu lalang depan rumah. anak-anak bebas bermain. apa-apa yang berlaku, semua boleh tahu dan dengar. (macam kes kakak sebelah kiri saya yang rumah kena pecah masuk time saya tinggal berdua sahaja dengan balqis and OP kat malawi tu). apa pun yang berlaku, dari hujung ke hujung pasti akan mengambil tahu.
apa lagi, malam tu dengar suara kakak sebelah rumah saya sahaja yang kuat. hee hee. setelah beberapa minit melihat keadaan, saya pun masuk ke dalam menunaikan solat maghrib saya dan kemudian sambung keluar semula. untuk melihat apa sebenarnya yang terjadi. tadi saya hanya keluar untuk melepaskan kerisauan jika sesuatu berlaku atas kereta kami… Nauzubillah.
inilah qada’ dan qadar Allah yang kita takkan boleh ubah. masa dan ketikanya untuk kejadian seperti ini telah disuratkan. akan tetap berlaku bila sampai masanya. walaupun kita cuma singgah sebentar di sesuatu tempat untuk sesuatu tujuan, jika sesuatu hendak berlaku atas kehendak-Nya, pasti akan berlaku juga. cuma, kita boleh ubah nasib diri kita sendiri. kan?
oh ya, untuk acik jee (upon request) nun jauh diperantauan…

selepas pulang dari kenduri, singgah taman titiwangsa untuk mengambil angin sebentar.

"nama siapa?"
"A-qishhh"
"aqish ape?"
"allaaa"
in her words of Nurbalqis Humairaa.
till then, Assalamualaikum…
p/s: syabas iluvislam!!! (^_^)
January 20th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim.
salam blog and all.
phew. what a day. lately dah terasa macam penguin dah. ;p tapi, tonight saya mahu share penemuan article ini di website iluvislam.com pagi hari tadi. ingat nak share terus pagi tadi tapi ada sedikit aral yang melintang jadi malam ini sahaja saya share…
agak-agak pasal apa?
suatu ketika dahulu, semasa umur saya menginjak akil baligh, ada seseorang pernah berpesan pada saya, dalam dunia ini, "solat"lah yang menjadi ukuran segalanya. kalau solat tak dapat mencegah kita dari mengumpat, makanya YA. there is something wrong dengan solat kita.
so, which level are you now?
Golongan 1.
Kita boleh lihat hari ini sudah ramai umat islam yang tak sembahyang, bahkan ramai juga yang tak tahu nak sembahyang, mereka telah jatuh kafir. Imam Malik kata jatuh kafir kalau tak sembahyang tanpa sebab. Imam Syafie kata jatuh fasik kalau ia masih yakin sembahyang itu fardu.
Golongan 2.
Orang yang mengerjakan sembahyang secara zahir sahaja, bacaan pun masih tak betul, taklid buta, main ikut-ikut orang sahaja. Tidak mempelajari cara-cara untuk solat secara rasmi atau tidak. Ilmu tentang sembahyang tiada. Golongan ini tertolak bahkan berdosa besar dan hidup dalam keadaaan derhaka kepada Allah Taala.
Golongan 3.
Orang yang mengerjakan sembahyang, bahkan tahu ilmu mengenai sembahyang, tetapi tak boleh lawan nafsu terhadap tarikan dunia yang kuat. Jadi mereka ini sekejap sembahyang, sekejap tidak. Kalau ada masa dan mood baik ia sembahyang, kalau sibuk dan terkocoh kacah, ada program kenduri, pesta ria, berziarah, bermusafir, letih dan penat, maka ia tak sembahyang.Orang ini jatuh fasik.
Golongan 4.
Orang yang sembahyang, kalaupun ilmunya tepat, fasih bacaannya, tetapi tak khusyuk kalau diperiksa satu persatu bacaannya, lafaznya banyak yang dia tak faham, fikirannya tak terpusat atau tak tertumpu sepenuhnya pada sembahyang yang dilaksanakannya itu disebabkan tak faham apa yang dia baca. Cuma main hafal saja. Jadi fikirannya terus tertumpu pada dunia dan alam sekelilingnya. Fikirannya mengembara dalam sembahyang, orang ini lalai dalam sembahyang. Neraka wail bagi orang ini.
Golongan 5.
Golongan yang mengerjakan sembahyang cukup lima waktu, tepat ilmunya, faham setiap bacaan sembahyang, fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tapi tak dihayati dalam sembahyang itu. Fikirannya masih melayang mengingatkan perkara dunia, dek kerana faham saja tetapi tidak dihayati. Golongan ini dikategorikan sebagai sembahyang awamul muslimin.
Golongan 6
Golongan ini baik sedikit dari golongan yang ke lima tadi, tetapi main tarik tali didalam sembahyangnya, sekali sekala khusyuk, sekali sekala lalai pula. Bila teringat sesuatu didalam sembahyangnya, teruslah terbawa bawa, berkhayal dan seterusnya. Bila teringat Allah secara tiba tiba maka insaf dan sedarlah semula, cuba dibawa hatinya serta fikirannya untuk menghayati setiap kalimat dan bacaan didalam sembahyangnya. Begitulah sehingga selesai sembahyangnya. Ia merintih dan tak mahu jadi begitu, tapi terjadi jua. Golongan ini adalah golongan yang lemah jiwa. Nafsunya bertahap mulhamah (ertinya menyesal akan kelalaiannya dan cuba baiki semula, tapi masih tak terdaya kerana tiada kekuatan jiwa). Golongan ini terserah kepada Allah.Yang sedar dan khusyuk itu mudah mudahan diterima oleh Allah, mana yang lalai itu moga moga Allah ampunkan dosanya, namun tiada pahala nilai sembahyang itu. Ertinya sembahyangnya tiada memberi kesan apa apa.
Golongan 7.
Golongan yang mengerjakan sembahyang yang tepat ilmunya, faham secara langsung bacaan dan setiap lafaz didalam sembahyangnya. Hati dan fikirannya tidak terbawa-bawa dengan keadaan sekelilingnya sehingga pekerjaan atau apa pun yang dilakukan atau yang difikirkan diluar sembahyang itu tidak mempengaruhi sembahyangnya. Walaupun ia memiliki harta dunia, menjalankan kewajiban dan tugas keduniaan seperti perniagaan dan sebagainya namun tidak mempengaruhi sembahyangnya. Hatinya masih dapat memuja Allah didalam sembahyangnya. Golongan ini disebut orang-orang soleh / golongan abrar / ashabul yamin.
Golongan 8.
Golongan ini seperti juga golongan tujuh tetapi ia mempunyai kelebihan sedikit iaitu bukan saja faham, dan tak mengingati dunia didalam sembahyangnya, malahan dia dapt menghayati setiap makna bacaan sembahyangnya itu, pada setiap kalimah bacaan fatihahnya, doa iftitahnya, tahiyyatnya, tasbihnya pada setiap sujudnya dan setiap gerak gerinya dirasai dan dihayati sepenuhnya. Tak teringat langsung dengan dunia walaupun sedikit . Tapi namun ia masih tersedar dengan alam sekelilingnya. Pemujaan terhadap Allah dapat dirasai pada gerak dalam sembahyangnya. Inilah golongan yang dinamakan golongan Mukkarrabin (Yang hampir dengan Allah)
Golongan 9.
Golongan ini adalah golongan yang tertinggi dari seluruh golongan tadi. Iaitu bukan saja ibadah sembahyang itu dijiwai didalam sembahyang malahan ia dapat mempengaruhi di luar sembahyang. Kalau ia bermasalah langsung ia sembahyang, kerana ia yakin sembahyang punca penyelesai segala masalah. Ia telah fana dengan sembahyang. Sembahyang telah menjadi penyejuk hatinya. Ini dapat dibuktikan didalam sejarah, seperti sembahyang Saidina Ali ketika panah terpacak dibetisnya. Untuk mencabutnya, ia lakukan sembahyang dulu, maka didalam sembahyang itulah panah itu dicabut. Mereka telah mabuk dengan sembahyang. Makin banyak sembahyang makin lazat, sembahyanglah cara ia nak lepaskan kerinduan dengan tuhannya. Dalam sembahyanglah cara ia nak mengadu-ngadu dengan Tuhannya. Alam sekelilingnya langsuk ia tidak hiraukan. Apa yang nak jadi disekelilingnya langsung tak diambil peduli. Hatinya hanya pada Tuhannya. Golongan inilah yang disebut golongan Siddiqin. Golongan yang benar dan haq.
lalu, kita di mana ya? sebab itu, syurga itu bukan murah. bukan senang-senang nak terjah. bukan sekadar solat dah boleh masuk syurga. solat ni perlu kita perbaiki setiap hari. peringatan untuk kita yang bergelar muslimin dan muslimah.
contoh untuk kaum muslimah, jangan sekadar dah pakai tudung sahaja, merasa diri lengkap, dan jangan kerna dah pakai tudung labuh pula, confirm solat kita diterima. harus kita periksa hari-hari.
moga esok lusa, kita tidak lalai.

sekadar gambar hiasan
till then, Assalamualaikum.
source: www.iluvislam.com (klik sini)