balqis is 2 years old today
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
alhamdulillah segala puji hanya untuk Allah. balqis hari ini telah genap 2 tahun. can you believe it? dia dah dua tahun. tambah lagi 20 tahun, dia kawen. tambah lagi 15 tahun, dia masuk universiti. cepatnya masa berlalu… (ok over).
tadi. teringat. betapa kuasa Allah yang Maha Besar. dan Dialah yang sebaik-baik perancang bagi setiap perancangan. bila saya renung kembali, tatkala saya menyambut hari lahir saya yang ke-25 tahun, tak sampai setahun untuk masuk umur 26 tahun… saya sudah mendakap balqis ditangan saya. Subhanallah!

masa baru keluar dari labor room
betapa moleknya perancangan Allah…
anak kecil saya itu hari ini, sudah banyak cerdik dan akalnya. bercakap tu tak usah ceritalah. same old stories yang meninggalkan kesan pada diri dia akan dia cerita pada saya berulang kali. bukan sehari 8 kali. tapi, kisah itu akan diberitahu saya esok sekali. dua hari lagi, sekali. seminggu kemudian, sekali. ha macam tu.

masih dalam hari, tapi ummi n abbi dah bawa keluar makan.
seronok betul bila lihat kakak sudah boleh bercerita walau dengan satu ayat setiap kali. saya faham setiap patah yang keluar dari mulutnya. saya jadi tukang elaborate dan mengembangkan isi ceritanya. seringkali, ada kepuasan di situ. mencipta wajah kepuasan itulah tugas saya. hari-hari…
hari ini, entah apa kena kakak excited agaknya sudah semakin lancar buka seluar sendiri. 3 kali dia buka seluar sendiri. geleng kepala sahaja saya dan OP. lucu ok. elok-elok dah mandi dan pakai seluar, tiba-tiba berjalan ehhh? seluar dah takde. haha.

2 months old.
terasa dia sudah tinggi benar dari baby balqis yang saya cebokkan dalam bilik air bila beri-beri haritu. seingat saya, haritu cuma tinggi sikit sahaja dari lutut. sekarang, wahh. seluar semua senteng. dah besarnyaaa anak ummi
sekarang ni, agaknya saya bersama dia 24jam sehari… kalau bercakap dengan orang lain pun, semua orang kena panggil "ummi". i think that is a silent compliment untuk diri saya. itulah yang saya dapat bila bersama mereka hari-hari. walaupun kitorang hari-hari berebut channel tv. ;p

masa baru belajar meniarap. muka puas misi accomplished!
bila saya duduk melepas lelah, voluntarily akan datang picit-picitkan bahu. urut-urut belakang… its the best feeling ever bila diurut oleh tangan kecil molek yang halus mulus itu. Subhanallah!
sekarang, membilang sudah sampai Sixteen. alif ba ta pun boleh. walaupun ada huruf yang dia jana sendiri. haha. ABC pun oklah. kelakar je dengar. haha. lagu nyanyian dah macam-macam. siap boleh buat kasetlah kalau nak. tapi, tang meniru apa yang kita cakap tu memang kadangkala kelakar.

raya pertama di kelantan with abbi n ummi
ada satu petang tu, saya tangkap dia cakap;
"amikkk kauuuuu" sambil baling bantal.
i was like, WHAT? entah mana dia dapat tu. apa lagi. kene la tarbiah sekejap cik balqis kita. hahaha. nasiblah. siapa suruh keluar ayat comel macam tu. tak comel langsung ok.

6 bulan. di penang. teman abbi exam.
itu tak masuk lagi perkataan "lahhh" kat setiap hujung ayat. contoh macam;
"ummiii… nak susulahhhh"
"eh.. tak adelahhhh"
and so so on.

budak pipi merah bila kat oversea.
last year, balqis masih tak banyak vocab macam hari ini. gelak-gelak pun gigi masih tak penuh lagi. tapi, first birthday balqis, memang suatu detik yang saya dan OP tak dapat lupa. sambut birthday dia di Malawi. kami bertiga… young n naive parent, bersama seorang baby. jauh nun di perantauan. Remote area pulak tu… it was the best moment ever.

masa mula-mula nak berjalan.
balqis, cinta ummi dan abbi terhadap balqis adalah cinta tanpa syarat. semoga, kami sentiasa dimurahkan rezeki untuk memberi yang terbaik untukmu anak. semoga kamu diperluaskan ilmu pengetahuan… dicerdaskan hati dan fikiran, serta sentiasa sihat selalu. kerana, bila engkau sihat, engkau akan cepat belajar. ya, tugas ummi itu untuk kau sentiasa sihat
ok ya cinta hati ummi…
Selamat Hari Jadi yang ke 2!!!

latest pic. sehari kulu-kilir dengan beg sandang hello kitty
BYE SEMUE!! (kata balqis)

till then,
assalamualaikum!