Archive for the 'Events' Category
June 6th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
itu boss lama saya kata lah kan. bila dengar, tiba-tiba terus terkembang sikit (sikit sahaja). tak pasal-pasal rasa macam best pula (astaghfirullah…) tapi,sebab boss saya tu memang sudah sangat berusia (69 tahun) might be apa yang dia kata tu hanya melalui pengalaman dia lah kot kan.
ha. saya kembali menggunakan kata ganti diri ‘saya‘. bukan gua. hari itu memang sengaja mahu provoke audience yang ada. kot-kot ada yang mahu bagi feedback. tengok-tengok bukan sekadar ‘mahu’ lagi dah. memang banyak pendapat. terima kasih kamu semua. maaf kerana saya membuat provokasi di sini.
sebenarnya tak berhajat mahu menukat kata ganti diri ni. biarlah saya guna ’saya’ daripada yang lain-lain. even if i am not married yet pun, still tak perlu guna ‘gua’ tu. tak ada ciri-ciri perempuan Islam yang mementingkan kesopanan. haha. apatah lagi bila dah kahwin dan punya anak. esok lusa anak baca blog, tengok-tengok mak dia guna ‘gua’ dalam blog.
satu kerja nak eksplain ‘kenapa guna gua’ pulak. hee. tak mahulah jadi contoh tak elok untuk kids. so tak berapa appropriate lah untuk guna disini. saya akan terus guna ’saya’ walaupun ’saya’ tu kadangkala buat saya rasa saya adalah seorang yang ‘petak’. hee. welcome back ’saya’.
3rd June
was actually the EDD (estimated due date) untuk cik balqis keluar melihat dunia. last two years, 3rd june tu permulaan cuti sekolah. mak, abah dan adik-adik saya siap berkampung kat rumah saya sebab nak tunggu baby balqis keluar. sudahnya, sampai cuti habis (esoknya dah start sekolah semula) baru nak keluar. hee. seminggu ok tunggu baby balqis nak keluar.
5th June
is actually my uncle’s birthday. yang paling gangster sekali punya pakcik. hee. tapi, gangster-gangster dia pun, saya sayang. bila dia kawen dulu-dulu terasa macam kehilangan seorang abang la pulak. tapi cepat-cepat sedar diri kerana kalau dia tak kawen, saya takkan dapat kazen yang ramai macam arini. hakhakhak. ;p
tahun ini nampaknya makin putihla rambut pakcik saya nih. hiahia. saya doakan agar pakcik saya selalu sihat walafiat, bahagia dan murah rezeki sentiasa. nanti kita jumpa kat kampung, alin tolong diorang buat air bancuhan ‘tonik siraman pelebat rambut’ tu ya? itulah namanya sambut hari lahir secara wasatiah.
12th June
adalah hari lahir casper saya yang dah besar. tahun ni dah darjah enam pun. dulu-dulu masa saya asyik dukung dia, masih lagi kecik dan bulat macam casper. seriously macam casper sebab bulat dan putih. nasib baik tak transparent. bila dah besar ni, tengok dia dah macam abang-abang la pulak. harap dapat seiringkan kematangan selari dengan usia. hiahiahia. gurau ok.
28th June
ini adalah tanggal hari lahir keramat seorang budak saiko. sama ok dengan Ning Baizura. ada persamaan ke? haha. takpelah. drop it.
oh by the way.
sungguh tepu kepala otak saya minggu ini. tepu sebab asyik missssss je masa nak duduk depan laptop. inilah jadinya bila kita terlalu dedicated dengan tugasan dan rutin harian. kalau tak set aside masa memang takkan nampak masa mana nak duduk depan pc. tak boleh biar keadaan ini lama-lama. nanti moral memang boleh low.
saya bukan boleh jauh lama-lama dari membebel di sini. nanti sistem saraf urat marikh tak jalan. tension je rasa. ini pun terpaksa curi-curi update dan paksa diri duduk depan pc walaupun mata dah rabak. hurm. looking at my daily schedule, saya tak jumpa mana ME-time saya. oh. mesti buat sesuatu ni.
oh. saya sungguh amat mangantuk. amat.

till then,
assalamualaikum!
February 17th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.
Alhamdulillah. saya telah selamat sampai di selangor tanpa sebarang ’scene’ berlaku di bahau tempoh hari. ;p ialah, kang orang tengah sibuk-sibuk kenduri-kendara saya pulak sibuk nak pegi spital. akekekekeke.
memandangkan tarikh kenduri adalah 14-days away dari tarikh due date, memanglah terasa risau. certain-certain orang, 14 hari away tu memang due dah. but in my case, bila diorang kata dulu balqis overdue, might be this time pun overdue juga. iyoko? saya kurang tahu. tu orang tua-tua lah kata.
apa-apa pun mudah-mudahan saya dan baby selamat semuanya nanti.
last friday, semua orang off to bahau immediately lepas kerja. maklumlah, banyak benda nak dibuat dan diuruskan. Alhamdulillah, kali ini tempat tidur kami semua tersusun dengan baik. sekarang bilik dah ada 7.. bilik air kat luar dah ada 4, toilet ada 2. plus, banyak ruang boleh di-convert jadi tempat tidur.
selain dari itu, rumah bahau sekarang dah ada tempat parking kereta yang memuatkan semua sekali kereta kami. dulu iya, bila balik kampung parents memasing je dirve kereta bawa anak masing-masing. this time, semua anak dah ada kereta/motor sendiri dan balik berasingan. kalau harapkan laman rumah je, memang khemah tu kena letak atas jalan raya lah. ;p
yang nak kahwin this time adalah anak kepada pak long saya. wife dia orang kelantan. tapi dek ramainya orang kelantan yang datang (5 buah kereta), maka pak long sewakan homestay di Kampung Lonek untuk mereka. rumah bahau memang dah tak muat la kan. hehe. kami sedara mara je dah berbelas kereta.
muahaha. nasib this time saya tak kene tidur motel ke ape. ;p
seriously, bila sampai je bahau, saya terharu sangat bila lihat khemah kahwin cousin saya. dah lama tak nampak rumah kampung bahau saya dengan khemah kahwin. lama sangat. saya sampai malam tu, diorang sedang memasang lantai pelamin. semua buat sendiri. idea pun sendiri. barang pun sendiri. time ni la nampak siapa kretip.. ahahaha.
then, esok pagi, hari sabtu, 130210.
hari ini tiada event, kecuali pada sebelah malamnya ada majlis tahlil untuk arwah uwan dan atuk, juga khatam al-Quran untuk anak pak anjang saya.
pagi lagi, mulalah kerja final untuk susun atur segala stuff. awal-awal pagi lagi diorang dah gather untuk melapah 3 ekor kambing dan 2 ekor lembu. mujur pak long bawa ramai konco-konco dari gua musang untuk menolong. part melapah daging tuan rumah dah tak pening nak fikir sebab banyak lagi benda nak dibuat.
saya? hee. dok tolong tengok dan urus balqis aje ;p
hari sabtu semua orang busy. kemas perkarangan rumah. siapkan pelamin, masak and so so on. yang bestnya kalau kenduri kat kampung macam ni, semua kita boleh buat sendiri. mujurlah, kami anak beranak ramai. kalau harapkan pertolongan orang kampung sahaja memang takkan terlarat.
scenario sekarang dah banyak jauh dari dulu.
dulu saya ingat lagi, time ude saya kawen, ramai gila orang kampung datang rumah untuk tolong tuan rumah masak dan setting khemah semua. saya ingat lagi khemah untuk memasak, basuh pinggan, whatsoever bapak besar. this time, scenario tu dah berkurangan.
bukan tak ada orang datang tolong. ramai. tapi tak seramai dulu lah.
then, malam pun berlangsunglah majlis tahlil dan khatam quran. suka sekali saya tengok balqis pakai baju kurung. hari itu, time raya masa sarung baju kurung dia masih belum banyak akal macam hari ini. sekarang, bila sarung baju cantik aja mulalah senget sana senget sini. nak posing… kan. pastu suruh orang puji dia. keskes.
ahad, 140210.
hari ini semua kena pantas. upacara nikah bermula pukul 10am. saya pun ikut ke masjid. ada certain antara kami tak ikut ke masjid untuk menyelesaikan tugas-tugas dirumah. tok kadi itu agak strict saya lihat. banyak tanya-tanya itu ini. hee. bila dah selamat nikah tu, saya titibe rasa terharu la pula…

selesai sudah
sebabnya. dengan suatu lafaz yang sah di sisi Islam, segala naungan kuasa akan boleh berubah. dari segalanya ditanggung ayah, akan berpindah ke suami pula. berat sungguh tugas orang lelaki. masa tu, saya terpandang wajah abah dan OP. OP sesekali kelihatan mengangguk-ngangguk. hai lah abang…
balqis in the other hand, sibuk berlari ke sana ke mari dengan anak-anak kazen saya yang lain. humang, bapak seronok si balqis balik bahau sebab jumpa kawan-kawan. seriously, balqis memang excited hari-hari dengan kehadiran mereka. ialah, balqis ni takde adik beradik (lagi), plus tak ramai cousin lagi. furthermore, dah tak duduk taska lagi.
bila anak kita dah mula bergaul macam ini, sure pressure tu lagi terasa kan? macam-macam dia dah belajar dan macam-macam perangai dia nak ikut. we as a parents kenalah sabar dan tahu nak tackle anak kita macam mana. tak guna sekat dia banyak-banyak pun. biarkan dia bergaul. soon dia balik rumah semula, dah seorang balik, time tu dia rasalah. heheheh.
selesai nikah, saya dan OP singgah sebentar ke kubur arwah uwan dan atuk. melampias rindu sebab dah lama tak menjenguk kubur dua insan yang amat saya rindui ini. Allah sahaja yang tahu betapa saya rindukan mereka. sedikit sebanyak, saya tersentuh kerana tatkala saya mula mengunjungi pusara mereka, saya sudah pun bersuami… kemudian punya anak.. soon, bertambah lagi seorang.
entahlah. makin lama… makin rindu.
saya masih terasa-rasa kehadiran mereka. masih terbau-bau minyak wangi uwan time kenduri. masih ternampak-nampak senyum manis itu…

diperkarangan masjid with my abah
setelah selesai event nikah di masjid, kami pun pulang ke rumah. tak jauh. simpang ke masjid tu pun nampak dari rumah. tapi memang tak dapek la kalau nak suruh ese bojalan kan.. ahaks. suasana makin meriah. apatah lagi ada kumpulan Bongai dari kampung Lonek yang memeriahkan suasana.

ayam den lapeh ai aiiii..
seronok sungguh saya tengok kumpulan bongai ni wat persembahan. kekekeke. lagu-lagu dia pulak lucu-lucu. memang itulah penyeri majlis kahwin kali ini selain dari stesen cendol.. ahakssss.

Kumpulan Bongai Kampung Lonek. sapo nak tompah, koba’an kat den.
pukul 130pm, perantin pun sampai. mereka berarak bersama sampai ke pelamin dan seterusnya upacara menepung tawar. then macam biasalah, makan beradap, bergambar-gambar. saya jadi tukang menyibuk je. mujur sekali, around peak hours yang sibuk itu balqis tertidur kepenatan dalam bilik. dapatlah saya makan berdua dengan OP.. acewah. ;p

perantin sampai. belah kiri tu khemah cendol. slurp.
nick name saya sepanjang majlis adalah "Mak Yong" ok. sangat berbulu telingar mendengar. hahahaha!
petang itu, majlis pun selesai berlangsung dengan meriahnya. seronok amat dapat melihat orang ramai-ramai macam ni. hehe. lain benar kalau kenduri kat area taman perumahan macam time saya dulu. nak buat majlis karaoke 4 hari berturut-turut pun kena fikir orang kiri kanan. kalau kat rumah kampung macam ni… pergh. non-stop. ;p
rumah kita. kawasan kita. feduliks kan? lagipun rumah jauh-jauh. keskes.

model tak berbayar pada tahun baru cina (baru bangun tidur)
till then, Assalamualaikum!
p/s: gambar semua diambil dari fb OP.
January 4th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim.
salam blog and all.
its been a while i’ve been trying to update about this. huhe. perkara yang selalu buat saya delay in posting any entry adalah gambar. ;-p lagi pula, saya baru pulang dari berkhemah di Bagan Lalang. penat tu dah surut tapi sakit badan tu masih ada. i can say, this time punya camping adalah paling memuaskan walaupun rebas sikit sekitar sebelum 12 malam. apa-apa pun Alhamdulillah, syukur saya dapat melunaskan this one.
back to the story shall we.
last disember, on 12th. me and OP serta balqis menjenguk Taman Pertanian Malaysia di Bukit Cahaya Seri Alam, Shah Alam. it was unplanned. petang tu tengah sedap-sedap melayan hari sabtu, OP berbunyi ’suruh siap’. me on the other hand yang pantang diajak ni, tak melepaskan peluang la kan. dah la time tu seingat saya dah amat sangap tak keluar.
kami sampai sana pukul 1pm. time orang tengah mengadap nasik. perut sudah diisi dengan snacks on the way ke sana hanya untuk bertahan cukup dalam 2 jam. hihi. masa sampai sana, nampak kebanyakan orang sedang ‘mengeluarkan’ diri dari taman tersebut. must be mereka dah datang dari pagi.
i thought taman pertanian ni adalah tempat yang orang paling malas nak pergi sebab setahu saya tempat ini tak ada apa-apa sangat pun. tapi memang salah. ramai juga yang pergi sini. tempat ni pun dah banyak sangat berubah dari dulu. masa saya pergi dulu, tempat ni sangat raw. macam hutan baru lepas kena teroka. now, dah banyak improvement. lebih proper.

see. ini tiket masuk saya. budak kecik bawah 4 tahun tak payun.
cuaca tengah hari tu macam panas juga tapi tak terik. bila dah masuk, line amatla panjang nak tunggu naik shuttle bus. then ada seorang ibu mengandung yang berlagak nak jalan kaki jugak. ;p so, berjalan la selagi terlarat kan. nak tunggu-tunggu ni memang malas sih. sebelum berjalan, kena la beli supply air 100 plus dulu. konon-konon nak kasi recharge cepat sikit la kan.
baru je beberapa tapak melangkah dari tempat menunggu shuttle bus, terdengar pula nama saya dipanggil. (time tu dah mengah sikit sebab tak sangka pula jalan dia berbukit bukau..huhuhu)
"kak leen!"
errk. saya pun pandang ke kiri. kelihatan ada satu group muslimah yang seperti hendak pulang setelah seharian disitu.
"errr kenal akak?"
"mestilahh.."
ok saya pun cuba me-re-call dalam otak.. maklumlah, saya sekarang agak pelupa. tapi… langsung tak boleh imagine. huhu.
"akak, ni crew iluvislam lahhh"
ohhhhh rupanya. apa lagi, cepat-cepat lah bersalaman dan peluk-peluk and kiss kiss summore. hiks. tak sangka, Allah nak beri kita peluang berjumpa on that day. maklumlah, last jumpa diorang on April. just before i flew ke malawi. selepas berbual-bual sebentar (sambil tu sempat pula OP snap gambar ya) bertanya khabar… masing-masing meminta diri. diorang dah ada kat situ since 8am. so dah nak balik. kami pula baru nak ukur jalan.

balqis pulak macam suka orang ramai-ramai kerumun dia nak salam dia.
kat Taman Pertanian ni, sebenarnya macam-macam aktiviti boleh buat. infact, family gathering pun boleh buat sebab hari itu ada satu keturunan ni berkumpul ramai-ramai kat sana. tak pula saya nampak cemana ramainya tapi berdasarkan kereta yang keluar masuk ke taman itu (kereta takleh bawak masuk melainkan ada tujuan) memang macam ramai sungguh.
selain dari shuttle bus yang banyak (serta open-aired), basikal pun ada untuk disewa. probably cara yang paling sesuai untuk meneroka kawasan yang seluas 1295 hektar ini adalah dengan berbasikal. kalau berjalan kaki, usahkan pregnant, kalau tak pregnant pun belum tentu larat. apetah lagi dengan bentuk muka bumi yang berbukit-bukau. hee.
but, takkan la saya nak berbasikal pulak kan. itu lawak antarabangsa tu. kalau bawak motor saya nak la. hee.
oh ya. antara aktiviti yang boleh dilakukan kat sini:
- berjogging/rollerblading – sebab sini ada trail khas sepanjang jalan dan setiap tempat.
- tengok sawah padi – kalau kena musim menuai la kan. hihi
- taman haiwan – ada binatang yang biasa-biasa macam landak, kuda, rusa, burung dsbg.
- rumah iklim 4 musim – depends kita pergi tu musim apa
- ada taman rempah ratus – yang ni saya tak sempat jenguk
- perkampungan budaya – ada contoh rumah dari setiap negeri.
- empangan sungai baru dan sungai kuning – tak sempat jenguk juga
- taman kaktus, taman buah tropika dan taman kelapa
- boleh memancing
- berkayak
- ada paintball valley
- ada skytrex adventure
- boleh merentas hutan
- ada flying fox – i am so want to try it tapi bukan sekarang kot. huhuhu
- sini pun ada chalet untuk bermalam. leh feeling-feeling dalam hutan gitu (walhal kat shah alam haha)
dan lain-lain anda boleh refer sini untuk more information. website rasmi diorang.
kami hanya pergi ke taman haiwan dan rumah iklim 4 musim sahaja untuk kali itu. berjalan dari entrance ke taman haiwan (pit stop pertama) pun dah amat jauh. (di sini menyesal takmo amik bas haha). tapi setelah mengawal minda, saya berjaya jugak sampai ke taman haiwan. mengah ya amat. naik turun bukit tak usah cerita. huhu.


balqis dan landak. dia tak tahu apa itu landak pun sebenarnya. budak setahun setengah kan. haha. i am so afraid dia hulur jari tu sekali kena ngap. ohh tidak. landak adalah binatang yang sungguh comel pada balqis sebab dia suka. huhuhu. tidak tidak.


ni time kat kandang rusa dan kandang kuda. saya ingatkan balqis takut sebab binatang dua ni lagi besar dari dia, tapi tidak. hurm. bagusla. ummi je yang takut nak dekat. ;p tapi gambar dia hulur rumput dengan tangan dia kat rusa tak sempat nak capture. so cute.

amacam. ada gaya mandur tak. ;p

not sure burung ni buat apa. tapi memang nampak macam kish-kish ok. hee.
after that. dari taman haiwan ke rumah 4 musim memang a big no-no saya nak berjalan lagi. tahan bas. naik bas je lega sebab bas dia open-air punya stail. sejuk sekejap. kering peluh semua. haha. by bus, kitorang pun dibawa round hampir keseluruhan taman. tapi tak turun pun. tunggu sampai ke rumah 4 musim baru turun.

ini harga tiket. baby tak payah bayar. hee.

sejuk ke? rasa macam dok dalam freezer je sebab bunyik mesen dia kuat btol. balqis pun horror dok lam tu. tak tenang. kekeke. btw, usaha diorang dalam mewujudkan rumah ni adalah suam-suam kuku sahaja sebab tak real pun. props punya susunan pun tak amik kira. seriously boleh nampak la wayar ke ape ke. major turn off kan? tapi kira ok la kalo nak seronok-seronok sekejap. hee.

anak saya ni, sungguh takut dengan epal besar ni. mungkin dia tak boleh terima kenapa epal ni sungguh giant walhal yang dia dok gigit-gigit tu kecik je. haha. so dia takmo pergi dekat.

depan entrance rumah 4 musim
rumah 4 musim ni ada 2 ruang. first diorang akan bagi kita masuk ruang sebelah kiri, then kanan. sama je dua-dua cuma scenery lain sikit je. overall, saya terasa macam budak-budak la pulak masuk rumah nih. hee. tapi yang menggusarkan saya time tu adalah perubahan suhu badan. bayangkan, time pergi tu kan tengah hari terik. panas kat luar. tiba-tiba masuk tempat sejuk betul. kita orang tua ni maybe okay tapi babies kena jaga-jaga sikitlah. takut diorang demam ke ape ke. so, in between nak masuk, ada ruang nak neutralkan suhu badan. dont worry.
lepas keluar dari rumah tu, kami amik bas straight ke entrance taman pertanian tadi. nak balik. perut pun dah berkeroncong time tu. bubbye taman pertanian, nanti anak-anak saya dah besar saya datang lagi ok. sure seronok sebab naik basikal ramai-ramai. hee.
lepas tu singgah masjid besar shah alam, which is memang BESAR betul kan? selama ni saya lalu je tak singgah pun. for the first time, saya tinggalkan balqis kat abbi dia untuk diuruskan sebab rasanya memang tak larat untuk saya dukung dia dari tempat wudhu ke tempat solat yang kena naik tangga tu. huhu. bukan sikit-sikit anak tangga nak dipijak ok. banyakkkkk! (imagine macam mana la warga emas yang tak larat tu nak naik tangga).
selesai melawat shah alam, kami pun pulang. (haha. ayat karangan dah keluar)
okay, till then.
Assalamualaikum!
January 1st, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim…
salam blog and all.
jika mengikut perkiraan tahun Islam, tahun baru dah 15 hari berlalu. hari ini, tahun masehi pula yang berganti baru. umur tahun ini bakal officially naik satu anak tangga lagi, walhal kalau kira ikut tahun Islam, memang sentiasa lebih satu dari current umur kita pun. suka purak-purak lupa.
tahun ini merupakan tahun yang paling banyak travel. bermula dari awal tahun lagi. semuanya tak plan. semuanya atas Allah belaka. kalau nak plan memang belum dapat dibayangkan. dalam pada dok anak kecik la, pregnant la… giat juga berjalan. Alhamdulillah, Allah beri peluang dengan kesihatan yang baik. selebihnya, tentu akan jadi vice versa kalau bukan dengan izin Dia.
kalau dari segi career-wise, saya memang tak menjaga career tahun ni. ;p since awal tahun lagi. maklumlah, orang baya saya memang sibuk dengan promotion, bonus, career path dan sebagainya. saya pulak vice versa. malah amik keputusan nak step down la pula. orang sekeliling sibuk meneka, whether saya akan continue jadi fulltime house wife atau kembali bekerja. keputusannya? saya dah ada.
dari segi family-wise, everything has been great. blessed. Alhamdulillah, tahun ini Allah kurniakan lagi kami dengan (future) sehelai lagi kain putih, InsyaAllah, untuk kami suami isteri corakkan. bila masuk dua, memang dah terasa beratnya sebab bila memikirkan syndrome anak pertama, syndrome anak kedua… u know, when you are a mother, anak akan tetap jadi anak, terpulanglah pada kita macam mana nak counter anak itu. saya tahu, saya ni bukan seorang yang penyabar.
soon, lagi 2 or 3 tahun emak saya dah nak bersara. i wonder apa yang akan mak saya buat bila dah bersara nanti. sure dia boring sebab mak selalu well-occupied masa dia dengan sekolah dia. saya, since saya muda-muda lagi dah suruh mak tu balik je kampung bila dah bersara. buat hape dok rumah taman. somak. ;p tapi, emak mesti ada plan dia sendiri. as long as she is happy, i am too.
adik saya pun dah nak habis sekolah. make all of us sudah tamat sekolah. takde lagi kasut sekolah dan baju sekolah dalam rumah. i hope this year she strive for the best knowing that SPM is really really important. saya tak kira pun kalau UPSR ke PMR ke skolah asrama ke skolah biasa ke. semua tu bisa dicapai kalau ada usaha. no such thing kalau nak excellent kena dok asrama.
dengan kehadiran baby baru this year (gender adalah suprise), makes my parents punya cucu jadi dua. hihi. baru dua beb. tu belah OP kan, this year bakal jadi enam. mana tak nya, anak menantu mek cukup produktif (muahaha). seorang bagi dua. dah tiga orang, kali la dengan dua. tak ke enam tu? meriah meriah. ni memasing baru dua tiga tahun kawen ni. ;p
kawan-kawan? i think, tahun ini tahun saya bangkit semula sikit-sikit selepas ‘busy’ dengan married life sebelum ini. saya banyak cari kawan baru yang best-best. saya banyak spend masa borak-borak dan catch up cerita dengan kawan lama. saya memang seorang yang suka berkawan. ada juga kawan dari luar malaysia. saja, buat pembuka minda.
tahun ini juga, ada sedikit perkara tak best berlaku dalam friendship-wise. tapi semua itu asam garam hidup. saya yang naive. sebab saya ingatkan bila umur dah tua macam ni, takde lagi masalah macam zaman sekolah tu. rupanya ada lagi. haha. tapi, live and learn saja. kawan tetap kawan. cuma serik tu dah ada.
yang paling manis, bila saya join crew iluvislam. terasa luas lagi horizon saya. kadang-kadang saya selalu tanya diri sendiri, mampukah saya bantu-membantu ni sebab tahu sahajalah married life ni kan? lagi pulak, pada saya awal-awal tahun perkahwinan ni memang sangat banyak benda yang saya perlu belajar sebagai isteri, ummi… sangat banyak. tapi as long as niat tu dah ada, insyaAllah akan Allah tolong. kalau saya harapkan diri saya yang kerdil ni sahaja memang tak mampu.
blogging-wise? muahaha. saya masih lagi belum serius ber-blogging. bila dah tua-tua, memang rasa malu nak taip sesuatu yang macam ‘ntah hape-hape’ (walaupun saya selalu je buat). 1 Muharram yang lepas, saya dah berhijrah dari blogger ke wordpress. atas tuntutan widget yang saya nak sangat pasang (tapi belum habis study lagi). mudah-mudahan blog saya semakin matang seiring dengan usia saya. ;p haksssss ye keeee.
saya dah susun plan untuk blogging in 2010. tapi, not sure sampai tahap mana saya mampu bawak. as i know, saya lebih suka throwing thoughts dari menulis fakta. saya lebih suka bercerita dari buat liputan tentang aktiviti saya. dan saya lebih suka bercerita tentang apa-apa yang saya suka. (ape ayat ni?) dan saya tahu, audience saya lebih ramai yang "silent" dari yang kamu semua nampak dalam blog ni. sebab saya selalu dapat feedback secara ‘vocal‘.
well. i guess. that’s just me. a writer to my own self.
malam tadi pergi tengok bunga api ke kamu-kamu semua? zaman itu telah lama saya tinggalkan. saya dah retire dari perasaan nak tengok bunga api ni selepas hajat ‘zaman anak dara’ saya tertunai masa mula-mula kahwin dulu. iaitu nak pergi night out dan tengok bunga api dengan suami sendiri. lepas! (^_^) hehehe. mestilah time tu belum ada balqis kannnn… ;p
entah mengapa, lately saya merasa hidup saya ‘baru sahaja bermula’. sebelum ni macam bukan ‘hidup’ je. saya pohon pada yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, supaya kuatkan saya mengharungi semua ini. most of the time, saya malu dengan diri saya sendiri. malu dengan Allah lebih-lebih lagi………
masa saya mula-mula kahwin dulu, kawan-kawan saya sibuk dengan ayat "leen, ko dah berubah" "ko dah jadi baik" "ko dah jadi lain" "ko dah tak ganas macam dulu" engkau dah itu lah. dah ini lah. seriously. i received that comment until the second year i got married. tapi sekarang ni dah tak ada lah. hihi.
tak perlu sesiapa beri tahu saya, tapi Allah lebih lagi tahu siapa saya. niat saya. apa yang saya doa hari-hari. dulu. tapi kan, terpulanglah pada masing-masing. kalau rasa malu nak berubah, tanggunglah malu depan Allah esok lusa. itupun kalau sanggup. kalau saya dikatakan jadi baik sebab kahwin dengan OP, means OP dah berjaya lah. kan? saya dah buat OP banggalah kan (walaupun OP tak pernah suruh saya buat apa-apa pun).
bukan senang untuk berubah. ada juga lepas kahwin masih sama sahaja. malah ramai je. tak perlu tahun baru untuk hijrah. bila-bila masa pun Allah alu-alukan. tapi, mentality orang kita memang macam ni. kalau dekat dengan orang macam ni, memang hidup kurang fokus lah jadinya. esok lusa, nak terima buku amalan… entah tangan apa yang keluar dulu? kiri ke kanan?
Astaghfirullah. bunyi macam kasar aja kan. tapi orang yang memang kenal saya tahu la saya ni macam mana. keskeskes. sebenarnya tak kasar langsung, cuma menaipkan tak keluar bunyik tone suara. ;p
isteri adalah pakaian suami dia. dan suami dia adalah pakaian isteri dia. tenung ayat ni lama-lama. pasti anda tahu macam mana nak membahagiakan suami/isteri anda. tak guna jika satu dunia puja dan puji anda tapi suami/isteri sendiri patah hati dengan anda. saya masih setahun jagung berumahtangga, dan masih banyak lagi perlu belajar. dan will never stop belajar.
aha. itu lagi satu. sekarang saya tengah rasa macam "kenapa banyak benda aku tak tahu nihhh?".
orang kata. makin kita belajar, makin rasa tak tahu. makin kita gali, makin rasa tak cukup. itu memang ada benarnya. makin saya tenung lama-lama, makin saya rasa macam tak terkejar masa nak kais ilmu. bayangkan, solat yang kita wajib buat setiap hari ini cuma 5. tapi kalau nak diikutkan, ada lebih kurang 37 solat dalam satu hari yang boleh kita kerjakan. yang 5 itu pun saya berhempas pulas. malu!
i used to say it out loud depan abah saya masa zaman sekolah/belajar dulu for every year my abah will ask me personally, "what is your motto for this year?" or azam for this year. or apa-apa lah. yang paling saya ingat salah satu tahun masa remaja saya, saya jawab "THIS YEAR, I WILL TRUST MY SELF, TAKE RISK & HAVE FUN!" dengan penuh semangat sekali. muahaha. memang itu yang terjadi pun. ;p
tapi sekarang, saya cuma ada satu motto. that is "I WILL NEVER STOP LEARNING" until the day i die. moga, saya istiqomah. moga Allah sokong dan jaga hati saya. moga saya lebih merasa rugi jika dunia selangkah dekat dengan saya dari akhirat saya… huhuhu. takutnya. cemane nihhhhh…
October 19th, 2009 by LeeN
bismillahhirrahmaanirrahim…
salam blog and all.
you know when you are a mom… having some ‘me’ time seems super precious? as now i’m typing, i’m at my mom’s house… completely away from balqis yang always up to some mischief.. hahaha. completely calm and silent.. only hear birds chirping outside… (kan saya dah cerita betapa senyapnya area rumah mak saya ni)… and with nothing to be worried of (itu adalah tipu..heh). balqis is not awake yet. my mom is out for some exercising with her friends and my siblings is… erm, what else ZZzzzzZzZzzzZZ
plus, i’m having a nasi lemak with a cup of hot water (later). its a zillion times i promised myself not to tolenrate with nasi lemak but i keep on having it for breakfast. i dont like the after-effects like mengantuk lah… kepala berat lah… buat saya slow, dan susah untuk focus on balqis.
on weekend, went to Muar untuk menghadiri majlis pertunangan cousin saya yang baru berusia 23 tahun dan lelaki. hihi. muda kan? then, spending time with my big family… chaos by the littles dan… what else lah kalau tak makan-makan some more.. (more ke? rasa macam… terlampau banyak) if you remember i keep saying that my johor’s auntie is the best cook in the house… cakaplah ape je leh masak. semalam menu is heavenly ok. tapi bukan dia yang masak, i think some sort of her siblings ke ape tah, tapi memang heaven.
the best part of being pregnant is, you can always eat with no guilty. but, langkah berjaga-jaga masih diambil so that later on takdelah suffer sangat.. haha. but hey, i cant eat tapai kan? haiiii menari-nari tapai depan mataku kelmarin dan semalam. semua orang puas makan tapai but not me… pandang je dari jauh.
this time, went to muar without my dear OP. rasa macam nak menitik air mata ganasku saat salam dia dan nak masuk kereta emak tapi control macho punya pasal, orang tak tahu pun saya tengah control..;p thehehe. saya g salam OP tiga kali ok. tak kira. part tu memang tak macho langsung…
then, lepas habis event kat muar, balik bahau pula. macam biasalah… aktiviti bahau tapi for me, tak best la sebab OP takde. so i have no one to entertain except adik laki yang suka suruh buat air minum pagi/petang dan abah yang suruh buat air teh ‘o… dan melayan balqis yang bila abbi dia tak ada, dia akan mengamuk macam ‘yang tak pernah saya tengok’ punya ragam…
deep in her heart, i know she’s missing her abbi sebab dalam tidur tiba-tiba terjaga dan sebut “ba-ba”… adeh. sideh…
mujurlah family ada untuk melayan balqis juga. jadi boleh la lepaskan dia sekejap sekejap time kat bahau… heh. balqis kalau balik bahau memang kejap-kejap hilang entah kemana. sorang bawak pergi sini, sorang bawak pergi sana. dah lapar, mengantuk… nangis.. panas.. gatal.. barulah nampak batang hidung dia jumpa ummi. hehe.
nampaknya, bulan syawal telah pun berlalu kan. so no more lah orang kata ‘raya sebulan’ kan? tahun ni, saya terasa seronok betul raya haritu sebab saya puasa penuh. Alhamdulillah! saya berjaya mengekang segala emosi dan mind setting dalam kepala untuk terus berpuasa walaupun dalam keadaan loya dan sebagainya dan terus menerus memaksa diri untuk memasak dalam ramadhan. hurey.
tapi takmolah tahniah kat diri sendiri. sedar diri bukannya best mana pun.
i personally think, since i am so involve in this blogging world back then, dua tiga tahun kebelakangan ini saya ber-blogging adalah agak ’sekadar-di-permukaan’ sahaja. tak ada pun benda-benda serious yang saya bawa dengan pemikiran dan deliver pada blog ini. i always know why, it is sebab terlampau menjaga hati semua pihak. naturally happen bila kita dah ada tanggungjawab yang lebih besar dari dahulu kan?
i always have something to kupas about but still, i am still searching and practicing upon how to make points without being misunderstood lebih-lebih lagi dengan orang yang tak kenal saya. but i think, it is hard to please everyone kan? but lagi worth it kalau kita try our best untuk tidak menyakiti mana-mana pihak… we cant help it sometimes but yes, kita boleh usaha mengelakkannya. selalunya calaran hati caused by words adalah tidak berbaloi.
my blog yang dulu-dulu tu, i always make statement secara ambiguous. i think i’m loosing that sincerity dalam menulis right now. i deliver my points dalam samar. but, dulu i blog on that very second bila apa-apa yang terlintas dalam kepala or catat point sebab writing takkan boleh di-set guna jadual seperti “ya, pukul sepuluh malam dihadapan pc harus menulis sesuatu yang berguna untuk esok” memang tak boleh. it is spontaneous.
kita tak tahu pukul berapa idea tu datang.
hihihihahaha. okay okay! sekian entry ini!
twisted ni.
okay! theme song!
“ooh ooh aah aah ooh ooh so long
ooh ooh aah aah so long (so long)
we are happy monkey
have a wonderful day
see you later so we can play!”
Assalamualaikum!
Lotsa LOVE,
LeeN