Archive for the 'Mari Membebel' Category

ammi: hormone imbalance kah saya?

bismillahirrahmaanirrahim.

salam blog and all.

i am at week 33. huhu.

what happen to me ya lately. macam malam ni kan, i am salivating nak makan nasik goreng pedas-tapi-pucat bahau punya. berjaya bikin tadi dan makan dengan puas. tak banyak pun tapi puas la sebab pedas sikit. entah kenapa lah saya since pregnant ni suka betul cari makanan yang pedas?

walhal saya memang tak suka makan pedas.

itu bab malam ni. tapi ever since i am pregnant for this second baby, saya memang otak nak makan yang pedas je. memang lah asyik huu-haa-huu-haa time makan. tapi nak jugak makan tu. pelik juga memikirkannya. tapi itulah yang tekak saya nak.

saya semacam rasa geram tengok cili api. gila bunyinya kan.

itu pasal makanan. pastu pasal lately pulak asyik nak rewind lagu "vio pipe" ni. erk. sebenarnya dah berzaman tak dengar lagu ni. ni sume lagu zaman anak dara dulu. takde lah rock sangat lagu ni. tapi saje suka dengar gitar tu goreng garing-garing. haih. dengar pulak guna Altec Lansing kan. lagi layan. volume kasi up sket.

ape nak jadi la dengan saya nih! Ya Allah… tetapkan iman saya ya Allah…

ke sebenarnya saya dalam denial… ehhehehehe. orang dah dekat dengan due date memang cemni. jangan layan ok.

arrggghhhhh!!!!!!! vio pipe!!!!!!!

 

till then korang. Assalamualaikum.

 

p/s: vio pipe – better worth pushful.

Rating 3.00 out of 5
[?]

ummi: to facebook or not to facebook?

bismillahirrahmanirrahim.

salam blog and all.

malam ni takmo cerita psal pregnancy lagi la ek. nak update travel thailand pun bukan. muehehe. otak sedang mencair dengan lagu vio pipe ni ha.rasa macam layan je tekan keyboard ;p

the question for tonight is, to facebook or not to.

i think whole world dah guna facebook as a ‘alat penghubung’ baik yang jauh atau pun yang dekat. come to think it through, networking by facebook amatlah luas dan berguna. facebook (FB) macam jadi live diary bagi semua orang lately. ke mana orang tu pergi. apa orang tu tengah fikir. apa orang tu buat dan sebagainya.

kebaikan FB ni, yang saya nampak (pada mata saya la ya) boleh mengumpulkan kembali kawan-kawan lama yang ntah ke mana pergi lepas kita habis Uni/sekolah. setakat kita masih sekolah tu saya tak nampak sangat lah kegunaannya melainkan untuk berseronok dan havoc-havoc dengan kengkawan. well, life selepas sekolah/uni adalah lebih panjang right?

bila dah ada FB, maka terjumpalah kembali segala mak nenek kawan kita yang dah lama lost contact. yang tiba-tiba kita baru tahu dia dah pun berkahwin la. tunang la. masih gelfren orang la. macam-macam lagi la status. tup tup jumpa yang dah bercucu pun ada (muahaha). kalau dulu friendster or myspace, sekarang zaman dah beralih kepada FB.

personally, i kinda like FB dari friendster/myspace sebab dia tak boleh edit page jadi fancy. u know, bila dah boleh decorate sendiri, amatlah ANNOYING page yang ada lagu lah, tulisan tak nampak lah, decoration macam hantu lah or macam-macam lagi. bila FB, semua sama rata. hanya share maklumat je. that’s it. no wall decoration at all.

tak tahulah sampai bila FB nak buat konsep macam ni, tengok-tengok esok dia sediakan design untuk page memasing. sure saya cabut dari FB.

lagi satu, apa yang best FB ni, dia punya function. untuk hantar komen, reply komen, like/unlike sesuatu subject, komen-komen bawah gambar, share pendapat kita dalam notes, share blog kita dan lain-lain la kan. function dia mudah dan berbagai. takde limit. bila kita update status kita atau letak gambar ke atau apa-apa activity kita, terus semua orang akan tahu.

tapi. tapi. nak cerita pasal yang tak best pulak.

saya amat malas untuk approve request yang beratus-ratus tu OK. saya amat bosan bila dia direct kita ke page lain, kene klik itu ini dan kene tekan button lain pulak untuk pergi ke tempat asal. whatever semua itu. muehehehe. maaflah request anda-anda mengenai farmville ke, cafeworld ke mafia ke. saya memang TAK berupaya nak membahagi masa untuk semua itu.

tapi kalau bab approve kawan ke. kawan cari kita ke. itu wajib dilihat lah siapa. kalau kenal, granted. kalau tak kenal, or dia add kita sesaje sebab kawan dia adalah kawan dia jugak… tak dapat la jack ya. itu namenye nak menambah bilangan kawan la tu ya. ;p

RAMAI orang ingat saya 24jam depan FB. tak ada maknanya. saya hanya akan buka FB kalau ada email masuk. itupun kalau berkenaan dan orang yang saya kenal, maka saya akan eager nak balas or komen. tapi semata-mata masuk FB dan spend hours and hours depan FB untuk cari-korek-dig kawan lama berejam, memang bukan saya lah.

status dalam FB saya pun hanya diupdate dari PLURK. itupun saya setakat update plurk sehari sekali supaya karma tak jatuh (markah dalam plurk untuk bukak smiley yang bengong-bengong tu sebab kalau rendah dia lock). kalau saya update kat plurk, maka status saya kat FB dan twitter pun diupdate serentak. so takdelah banyak kerja sebab twitter saya tu penting untuk blogging.

tiba-tiba teringat pakcik-pakcik saya perli saya time camping aritu, yang saya nak pergi buat susu balqis pun masuk kat FB. muahahahaha. memang takdelah kerja saya nak update status cenggitu sekali. kecuali balqis buat perkara pelik-pelik yang saya nak share pada umum, sure saya masukkan kat plurk. contoh, macam aritu balqis masukkan semua mainan dia dalam bakul baju kotor saya. hahaha.

tetapi, satu dunia sekarang ini sedang hangat membahaskan topik FB ni kan.

1Malaysia pun dah ade FB ok. so funny. means kerajaan pun dah sekali harung dalam dunia FB. menyokong FB. hihi. kalau artis ke, ahli politik ke kan, jangan cakaplah. semua ada sorang satu. beramai-ramai lah penyokong/peminat jadi fan kat FB dia. even blogging pun ada celebrity ok. diorang punya peminat kalah artis tau. fan beratus ribu. itu baru blogger. kalau 1Malaysia? dunno. tak pernah saya buka.

the downside of FB adalah bila ianya disalahguna. guna time kita sepatutnya focus ke kerja, kita berFB pula. guna time esok ada exam kat sekolah. ujian ke. kerja boss bagi jadi delay. alasan macam-macam keluar. berbakul-bakul. walhal kat meja, dok berFB. lain cerita kalau tahu bahagi masa guna FB masa lunch ke apa ke. kalau FB kena block kat office, itu sebenarnya boleh tolong kita dapat gaji yang bersih dan berkat. thehehehehe.

still. kalau FB di-block, tapi ganti dengan pergi mengular benda lain pulak, tak dapek la nak tolong ya. same je.

i can guarantee you, ada yang reason berFB di office adalah untuk menaikkan mood bekerja. hee. bila kita fikir side ‘human being’ yang memang tak dapat lari dari nature untuk ‘having fun’ sedikit time kerja, memang benar. sometimes it do help. tapi, perangai manusia, bukan semuanya lurus macam tu. kalau bagi betis, nak peha. bonus nak, tapi kerja malas. cemano? jangan peningkan kepala boss ok.

its not that saya nak berasa bagus sebab tak layan FB 24jam 7 hari seminggu. its not that. tapi kalau masa yang kita spend depan FB lagi lama dari masa yang kita campur semua untuk solat 5 waktu tu, lepas tu tujuan berFB pulak tujuan me’lagha’… memang saya rasa tak ada maknanya. terpulanglah kalau tak setuju dengan saya sebab ini pendapat saya.

i think its annoying bila 24jam otak nak check FB je. ;p

seriously, saya rasa pekerja office jadi lalai dan tak focus bila boleh access FB dari meja office. kejap kang buat kerja. kejap kang dok sengih sebab baca status orang itu ini. kejap meeting. kejap kang heret kaki ke meja sebab nak tengok apa yang dah berlaku. kan tak focus tu kan. FB pulak dah jadi boss.

by the way, kalau berFB dari henfon by sms tu saya rasa masih boleh dikawal lagi sebab tak boleh pergi wall orang pun. hanya boleh reply komen orang dan update status sendiri je. kalau ignore sms tu means takdelah. tapi annoying jugaklah kalau orang asyik pegang henfon 24jam sebab nak tengok FB. muahahaha. silalah marah saya.

dan. dalam masa satu dunia sibuk berFB, ramai juga people i know yang tak melayan FB. orang-orang seperti ini masanya dah terlalu occupied dengan perkara lain. ohh adakah itu bermakna orang yang tak ada kerja je yang melayan FB? erm, boleh jadi juga. kalau tak kenapa dia buka akaun dan aktif kan? tapi tak semua. ada yang sekadar buka akaun dan add kawan-kawan sendiri aja.

kenapa pula FB tak bagus? i think FB cara paling cepat nak hantar jemputan kahwin, kumpul-kumpul alamat dan kumpul kedatangan siapa nak attend dan siapa yang tak dapat. PaP! terus boleh tahu. takyah call takyah sms. sonang ok! kalau nak buat gathering, lagilah sonang. kalau nak jual baju? punnn senang. heh.

tapi satu yang saya kurang suka is, entah mana-mana umat saja nak add kita dengan alasan nak mewar-warkan kedai baju dia walhal kita tak kenal pun dia. kalau kenal tu saya tak kisah pun. tolong menolong sesama kawan kan. tapi kalau langsung takde connection, itu yang tensen tu. jadi ignore saje ok.

sebutlah aktiviti apa sekalipun dalam dunia ni, malah aktiviti baca buku pun boleh jatuh ke tangga haram jika melalaikan. kalau nak kata FB haram sebab melalaikan, bergantunglah pada penggunaannya. kalau kita postpone solat sebab nak berFB, memanglah haram. hatta kalau kita postpone solat sebab nak habiskan novel pun dah jadi haram. walhal novel itu novel islamic. kan. semuanya bergantung pada kita.

one thing for sure, dengan networking yang luas dalam FB kita ini kita dapat sebarkan ilmu. share lah apa-apa pun, sure akan notify orang lain. secara tak langsung dapat juga pahala. apatah lagi kalau ilmu tu orang tu memang tercari-cari. MasyaAllah takleh saya bayangkan. with the help of FB kita jadi muslim/muslimah yang efisyen right. technologies are great.

jadi, pandai-pandailah manfaatkan teknologi. ewah sedap leen cakap kan.

tepuk dada, tanya selera. semua benda yang ada dalam dunia, atau pun apa-apa yang Allah cipta ada pro n cons. takde satu benda pun yang perfect melainkan Allah. theres no need to argue here siapa yang baik atau siapa yang kurang baik. Allah juga penilai yang ultimate. tapi tugas kita sesama Islam adalah ingat mengingati kan? (^_^)

 

till then, Assalamualaikum!

 

p/s: FB itu adalah mukabuku. kekeke.

Rating 3.00 out of 5
[?]

ummi: why ‘a cup of coffee’ for my header?

bismillahirrahmaanirrahim..

salam blog and all.

masuk minggu ni, dah 3 minggu saya jarang-jarang update blog. ada idea tapi minus masa saya travel hari tu, lepas pulang ke rumah, saya banyak menjauhkan diri dari laptop. it must be my angin la kot.

i am working on my travel entry. taman pertanian dan thailand. tapi not sure bila siap. janganlah nak dekat bersalin baru siap. kakaka. when i think through, sebenarnya saya lebih suka menaip benda-benda yang terlintas sahaja. ;p jarang buat entry fakta, dan juga jarang nak cerita-cerita pasal sesuatu tempat.

kebanyakan pengalaman simpan dalam otak je. tah hape-hape kan? tu pasal entry saya kat malawi pun tak berapa banyak. walhal, banyak benda yang saya belajar.

okay.

why gambar coffee? actually. saya tak berapa suka letak header pada blog. since beginning pun lagi. kalau perasan, layout blog saya mesti yang ala-ala takde tempat nak letak header. sometimes i do have a feeling yang header buat blog saya lebih slow. dah la memang slow kan. tapi, now saya nak beralih angin pula. letak header.

but still, saya just guna image yang free dan boleh didapati on net je. nak reka-reka header ni memang saya tak kreatif sikit. melainkan adik saya willing nak buat kalau dia tak busy. (tapi tengok tak pernah tak bz ;p) tapi percayalah. kalau saya reka header, alamat header tu juga akan sentiasa berubah.

wahai adik. jangan susah-susah. along mu ini jenis cepat boring. nanti kejap je pakai header ni, pastu nak tukar pula. seriously itu memang perangai saya. i cant stand something yang static. really. so biarlah saya pakai apa yang free untuk di download. keke. takde identitilah kiranya blog ni. but hey… why a cup of coffee?

why a cup of coffee?

i also dont know why. tapi saya hanya mengikut hati dan perasaan semata. pada saya, for the time being, blog saya ni macam tempat saya berkongsi cerita-cerita minum petang. blog rilex-rilex. sekadar melampiaskan pendapat sendiri dan bercerita mengenai sekeliling. bila sebut header, PING terus gambar coffee yang menjelma dalam otak.

but, i do love sipping a cup of coffee petang-petang.

orang kata tak elok amik coffee time pregnant kan? tapi sebenarnya tak. just amount yang kita ambil tu tak boleh la over banyak. selama ni dengar cerita tak best je pasal coffee. walhal, kalau kita control pengambilannya memang boleh diambil. sila google.

btw.

i am approaching my due date in like… kurang dari 2 months? or lebih? not sure. sebab balqis dulu overdue. rasa macam dah dekat sangat. plus, bila dah dekat ni, perut kan makin kerap mengeras. bila saya nak melayan braxton-hicks tu kan, ada cik adik kecil yang turut berkerut tengok ummi dia. so cute.

tahun depan, ada 5 baby due nak dekat-dekat. but satu baby dari 5 itu, due bulan ni. or dah sudah ya OP? tapi takde kabar lagi, means belum lah tu kan. lagi empat, tahun depan. waaaaaa ramainya baby! :)

dan aktiviti untuk tahun depan juga ada yang telah disusun. yang terdekat, ada gathering on 1st Jan. pastu ada kenduri kahwin kat bahau on 13 Feb which is terlampau dekat dah tu dengan due date saya. huhu. baru je ingat bulan 2 ni saya nak hibernate. takmo pergi mana-mana dah. ;p mental saya tak ready la nak keluar rumah time-time macam tu. haha.

okeh. till next time…

Assalamualaikum!

 

p/s: if last time on 28 weeks beg dah ada dalam kereta, this time week 32 pun saya masih lagi belum letak. haiya!

Rating 3.00 out of 5
[?]

ummi: well. boring template indeed…

salam blog and all.

ya saya tahu. ini adalah color boring dan template yang boring. muahaha. tapi tak apa. sebab bercadang untuk edit template ini daripada amik fixed template yang perlu menerima seadanya. itu lagi boring i guess. ;p

(bunyik macam separuh dari identiti?)

okay. any progress will be updated later coz today saya perlu keluar dari rumah supaya angin kebosanan tidak datang lagi. keluar mencari idea baru…

Assalamualaikum! :)

Rating 3.00 out of 5
[?]

ummi: separuh jalan yang berliku

 bismillahirrahmaanirrahim.

 

salam blog and all.

 

saya telah explore separuh untuk fungsi-fungsi dalam WP ini. up to this point, apa yang saya nampak:

  • template dia tak berapa ‘free’ untuk di-adjust seperti blogspot yang boleh suka-suka jiwa raga kalau terel lebih sikit main coding dah macam-macam boleh jadi mengikut kehendak sendiri
  • ermm… agak payah nak cari template yang sesuai dengan semua widget yang kita nak letak. ini mungkin sebab saya belum discover banyak lagi
  • sangat ringan untuk load blog kita (^_^)
  • kalau nak tukar template 20 juta kali pun tak payah nak susah hati sebab widget dia kekal. takkan hilang. tukar lah cemana nak pun.
  • membolehkan saya install plugin idaman kalbu. :D
  • erm, lagi… nantilah saya update.

 

by the way, sementara ini saya guna dululah template monster ni. seriously saya memang kurang berkenan dengan background gelap untuk bahagian posting ni tapi later lah baru saya tukar. kalau background hitam ni memang boleh buat mata berpinar nak duduk lama-lama. kalau putih, might be saya consider nak guna template ni. nak tukar kaler tu, saya belum explore lagi.

 

tapi, cute juga gigi monster ni kan… erm.

Related Posts with Thumbnails
Rating 3.00 out of 5
[?]