June 21st, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
quick update! phew. what a weekend. currently rumah macam kapal pecah yang tonggang terbalik sebab tengah kemas barang. akan berpindah. jadi tak tahu la bila pulak nak update blog lagi. mungkin tahun depan kot?
maka sunyilah sebentar blog ini daripada bebelan saya. aduhai. saya terpaksa tinggalkan sebentar ‘kekasih‘ saya nih. tsk tsk… sideh!
seperkara lagi, wordpress dah boleh upgrade ke 3.0 pula. hermmmm. last time, kerja meng-update version ni kan memang haru biru. bila OP setupkan baru tak haru. dont know what to do without my IT man! typical woman kan. buat blog pandai. update pandai. nak upgrade? sendiri mahu ingat. sebab itu dari dulu saya memang nak kahwin dengan orang-orang pandai teknologi ni. sebab saya buta teknologi.
dunia saya lain.
for blogger user, korang tak perlu upgrade apa-apa pun. blogger sendiri yang buat semua benda tu. tapi, wordpress ni bahagian admin dia kita sendiri kena upgrade. sebenarnya senang je. back-up data, download upgrade packaging, dan install. tapi ada part yang tricky sikit bagi saya. or I think it is not tricky at all, cuma saya je.
wordpress upgrade memang laju! tapi puas hati. setiap kali dia upgrade version dia, memang banyak function baru yang memudahkan dan menyukakan hati. diorang pantas jugak ek buat kerja? macam lipas kudung yang terbang-terbang kat dalam rumah sejurus selepas OP pergi kerja tadi. hadoi! lintang pukang saya lari ok.
sape pasang CCTV untuk tengok cemana saya lari selamatkan diri dari lipas terbang-terbang tu, saya saman 5 milion. tanpa rayuan. titik.
ok. intipati blog ini sebenarnya nak bagi tahu, yang saya sudah pun meletakkan star-rating untuk setiap entry yang saya post disini. so, kalau agak-agak LIAT nak komen, takpe. sila rate kan entry tu. suke tahap ape atau menyampah tahap ape. maklumlah, kadang-kadang bila kita tulis syok sendiri ni ada orang menyampah je. kan. hihaha. tapi semua itu tidak menjadi keruping pun untuk saya.
ok temen-temen. minggir! minggir! guwe mahu berlalu dan pergi dari sini! minggir!
till then, dont know when,
Assalamualaikum!
June 2nd, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
saya dah lama memikirkan soal satu ini. kata ganti diri saya. saya sebagai seorang saya. sebenarnya most of the time terasa tak betul. terasa lain macam. rasa ganjal.
its not that saya banyak sangat terpengaruh dengan sinetron dari indonesia. tapi, lama-lama ianya semakin nyata. last-last haritu, minta izin OP untuk guna dalam blog ni. maklumlah. di malaysia, bukan semua orang boleh terima ‘gua‘. kan? kalau di malaysia, semacam kasar gitu. bagi saya, ‘aku‘ pun kasar juga. tapi, tak ada masalah kan.
Alhamdulillah. idea saya diperkenan. suka.
so dengan rasminya, saya nak tukar segala kata ganti diri saya kepada gua… lagipun, maksud ‘saya‘ ‘aku‘ ‘gua‘ ‘I‘ adalah sama semuanya.
tak tahulah untuk berapa lama. kejap je kot. ;p
till then,
assalamualaikum!
May 17th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
actually. i am planning nak buat suprise untuk blog ini. tapi kita hanya mampu merancang, right. hehhe. tak jadilah itu suprise. maybe next time boleh mula plan balik kot. we’ll see.
oh by the way,
like my new header? sebenarnya, hajat hati nak buat yang kreatif macam orang lain punya tapi amatlah malas nak spend masa berejam nak guna application untuk buat header. tak reti some more. what i did last night was, i cropped the pic from photofunia. simple, easy and quick. cuma pilih template, upload dan crop. siap.
kali ini letak gambar anak-anaklah… takkan nak letak muka sendiri pula right. ahaks. oh, jangan risau. saya ni suka tukar header. setahun dalam 24juta kali saya akan tukar. i dont know why, but i cant stick on one header only. tengoklah gambar coffee aritu (masa saya pakai template ni last time, sebelum pakai yang pink-putih tu) berapa kali saya tukar.

googled
balqis suka bangun awal sekarang ni. sebab nak kejar tengok Hi-5 dan Yo Gabba Gabba. (seriously comel cute gila bila dia sebut Gabba Gabba) balqis sekarang dah banyak tiru saya punya cakap tau. rasa macam mini-me sudah… cara saya bebel la. cara saya sebut sesuatu perkataanlah. aiseh. lepas ni kena behave la saya ;p
i will see u later
insyaAllah. Assalamualaikum.
May 10th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.

akhirnya! ini adalah salah satu sebab mengapa saya bertukar kepada wordpress dari blogspot. heh. tapi, sekarang blogspot pun dah takmo kalah nampaknya. dah ada banyak function baru. good good.
selama ni dok install commentLuv tapi tak pernah menjadi… tengok orang lain punya ok je. takde masalah pun. hari ini baru tahu. sebab hati tengah terang ni kan, bila baca banyak la faham. hahaha. rupenye saya ter-tick satu mende kat option dia tu. tu pasal lah selama ini berkurun berabad ni commentLuv dop jadi-jadi.
ponek acik ok.
lengkali baco. jange mu buak-buak pehe tapi tok pehe. tahhu? nati gapo pom dop selesai. ;p (sudah. guwe sudah mencampurkan bahasa di sini) btw, entry ini sekadar sambutan ke-ber-jayaan saya menggodek semua ini. ahaks.
FRET NOT. blogspot pun dah boleh install commentLuv la. cuba baca entry kakyong ni… sure korang dapat. kot? for those yang tak tahu fungsi commentLuv ni, ia bukan sekadar ada tanda LOVE comel kat tempat komen korang tu… tapi ianya boleh ping korang punya latest entry kat blog korang bila korang tinggalkan komen kat blog yang install commentLuv ni. (faham ke tak ni?)
so, senang la orang nak terjah blog korang balik. gittew.
eceh. tak pernah-pernah guwe buat tutorial. tetiba ada tutorial. ahakssss.
hokkey. got to go. sur sur
assalamualaikum!