Archive for the 'Malawi' Category

so long malawi

16 June 2009
2315 hours
Namiwawa, Blantyre
Malawi

salam blog and all.

wah. best nya. saya tak sangka hari yang di nanti-nanti sampai juga… tak sabar nak sedut udara malaysia yang panas tu. beg saya dah start pack seminggu awal lagi. punyalah semangat. saya pack time black out haritu. dengan balqis sekali masuk dalam bag. (saya zip beg tu biar dia nangis kat dalam) hehe. seronok ada anak dara yang suka ‘menolong’ ummi dia ni.

flight saya dari blantyre ni berlepas kol 8am hari sabtu. nama tempat kat airport dia adalah Chileka. jangan sebut banyak kali sebab saya tahu kalau bahasa melayu bunyik nama tu macam apa. diam diam sudah. flight tu amik masa 2 jam 55 minit utk sampai ke Joburg (orang panggil Joburg je utk Johannesburg, takyah susah payah sebut panjang-panjang). hurm… 3 hours ka. lame la pulak…

then, kat joburg kitorg akan tido satu malam kat sana. memandangkan sampai sana kol 1125am, ada masa la siang tu nak melawat joburg dan sekitarnya. OP aritu tanya saya, nak stay 2 malam ke 1 malam. saya rasa, first sayang duit nak bayar hotel, second malas nak lama-lama kat situ sebab tak selesa. third, nak cepat sampai malaysia! huh. malam pertama tdo hotel takpe, opis OP cover.

esoknya, kol 1:15 tengah hari naik flight utk ke singapore pulak. ini amik masa 10 jam 20 minit. lama kan? tapi takleh lawan lamanya kitorg stuck dalam train for solid 21 hours. lagipun flight selesa dari train. toilet pun tak se horror toilet train. eee.

kitorg amik singapore airlines. tak amik MAS sbb total amik MAS for me and balqis pergi balik is 10K. singapore airlines murah sket dari tu. dulu OP g malawi naik MAS. takde banyak buat pit stop macam ni… straight je sampai. tp i guess, takpelah. kalau banyak berhenti leh tengok-tengok tempat orang. kan… baru-baru ni, boss OP balik ke malawi semula setelah sebulan balik malaysia, dia kata tambang dia 12K. bukan business class. economy. i guess, kelas economy pun ok sebab space tempat duduk lapang-lapang.

last time, saya tak cerita pun kan cemana balqis dalam flight. flight dari KLIA ke singapore, tidur sepanjang sejam tu. naik flight dr singapore ke joburg, tidurrrrrrrrrrrr je 10 jam tu. bangun kejap-kejap je. tuka pampers. susu. joburg ke blantyre pun tidur tak sedar apa. tahu-tahu dah sampai je. Alhamdulillah masa tu. risau ya amat saya takut dia meragam sebab penat.

this time? saya tak tahu lah. hopefully dia ok. InsyaAllah. kalau apa-apa pun layankan aje lah.

so nanti sampai ke singapore pukul 535am. huwargh. hehe. 2 jam kat singapore airport tu nak pusing-pusing sket lepas check in. then kol 710am naik flight balik ke KLIA… home sweet home.. kol 8:05am hari isnin saya sampai malaysia.. insyaAllah.

pastu pit stop kat umah mak dulu. lucky saya punya rumah parents hanya 15 min dari KLIA. dah kata dok kat sepang kan. so balik amik kereta. agaknya pengsan situ dulu ke balik rumah terus saya tak sure. mesti mak saya soh tdo rehat dulu ni… pastu balik la semenyih. back to normal life setelah saya hilang sebulan setengah di malaysia.

so this will mean, i will miss everything i left at malawi. cuaca sejuk dingin malawi yang tak pernah buat saya berpeluh pun sbb diorg udara kering. kita panas lembab. paling panas kat malawi is like 25 degree. kita 38 pun boleh. hoo.. i will miss the weather. rasa nyaman je hari-hari… nak tanam pokok mawar pun boleh depan rumah. siap tumbuh besar gajah lagi… mangii..

i will miss the french fries kat malawi. ;p mane tak jadi ‘tebal’ badan saya ni kan. fries kat tempat kita, halus-halus. sini tebal-tebal. kalau kita makan luar, kita boleh pilih nak rice or fries or nsima. usually orang kita either fries or nasi la kan. nsima tu dibuat dari tepung jagung. itu makanan ruji orang malawi. mcm kita nasi. diorg sini beras mahal. nsima dibuat dari tepung jagung. sini murah. sbb sini main tanaman dia jagung.. rupe nsima? sila tanya Mrs Google k.

i will miss the baobab. ohh i am so in love with those baobab. simply because they are cute-looking, funny-looking, gemuk, semacam katik tapi tinggi, dan comel stail of pokok. hurm. bye bye Mr baobab… moga-moga, Allah beri kita jodoh utk berjumpa lagi ya! kekekeke (too bad balqis takkan ingat pokok baobab ni kan OP)

i will miss the kwacha… hehe. currency diorg is making me crazy sikit-sikit. kalau kat kita RM400, diorg ada sama dengan 20,000 kwacha. hehehe. bayangkan, 500 kwacha just RM10 kita.. bayangkan kalau kita ada RM500 sekeping macam duit kwacha? heyyoooo… sure saya g habiskan sekejapan aja.

i will miss the pizza. inilah satu menda yang kitorg rajin beli. macam-macam jenis pizza kat sini. nak terbelalak mata tengok menu diorg.. haha. ada tempat yang jual pizza, cheese diorg macam huiyooo melimpah ruah dengan penuh rahmat.. tak jumpe macam tu kat tempat kita. kita kudukut cheese kan. pizza kat sini tak la semahal kat malaysia. kalau size family tu (yang bapak besar) baru dua puluh lebih je..

i will miss the bath-room. besar macam sebuah bilik tidur saya kat rumah. cess.

i will miss the trip to anywhere in malawi… simply because the scenery. sangat lawa… just greensssssss je kat mana-mana. takde hiruk pikuk. kalau tengok sunset memang best.. (tiba-tiba teringat kat baruh).

i will miss the birds who always chirping at my kitchen window every morning. the cute thing is, burung ni warna kuning pastu dia chirping sambil ketuk-ketuk tingkap saya.. nak masuk kot? atau sbb dia tengok ada toddler seketul? tiap-tiap kali burung tu datang saya mesti kejar-kejar nak tgk dia or dia ketuk-ketuk time saya masak kat dapo.. hehe. comel kan?

i will miss the chambo fish! heh. ini adalah jenis ikan yang paling glemer kat sini. malawi takde laut. diorg hanya ada lake. tapi lake diorg, jangan underestimate lak. luas tasik tu is 500km lebih. tak percaya go google. so, bila kita dok tepi lake dia memang rasa mcm laut, berombak. tasik berombak? pelik kan? itu sahaja sumber air orang malawi. tasik tu memang undeniably besar sebab bila saya tengok, ujung dia macam laut. tak nampak apa-apa. just tasik. bayangkan? subhanallah. oh not forgetting, pasir tepi tasik dia lawa macam pasir pantai.. putih. i think, i have found the place if me and OP nak spend time berdua kat atas muka bumi ni… its monkey bay, malawi. sangat terpisah dengan dunia luar. great place indeed.

i will miss the house… huwaaaa. saya sangat suka rumah ni. i love every part of this house. every room. every inch of this house. i miss the backyard yang boleh nak sidai baju takyah pakai tudung.. i miss the backyard yang petang-petang boleh tengok bumi malawi luasssss sangat nampak gunung ganang… rumah ni kawasan tinggi. sungguh best dok dapur kat sini sbb nampak scenery lawa dari tingkap dapur time basuh pinggan… so boleh layan termenung jauh-jauh. balik semenyih? bukak tingkap nampak rumah orang. huhu.

will i miss the microwave? hihihi. tak tahu!

i will miss Sun Malawi punya foodcourt. i will miss the waitress yang selalu layan saya dan cepat-cepat amik high chair bila nampak balqis… dia rajin borak-borak ngn saya time OP pergi order. dia pun thought we are japanese.

ntah la. banyak yang saya akan miss about malawi. especially orang-orang malawi, bila foreigner naik kete, diorg akan lambai-lambai say hai.. saya suke betul pegi lambai budak-budak kecik yang dok kat kampung-kampung tu. diorg macam suka betul bila ada orang lambai diorg.. kalau nampak sekali imbas pun diorg angkat tangan.. hehe. suke.

lepas balik malaysia, saya akan kehilangan sumber inspirasi utk termenung melihat keindahan alam ciptaan Allah. semuanya akan buat saya berfikir… langit kat sini lain sikit dari kita. sini, kalau masa awan banyak tu, u wont find any blue colour kat langit. semua dilitupi awan. putih semuanya. matahari memang takleh sampai ke bumi.. kalau time takde awan langsung, memang takde awan sikit pun. biasa yang saya tengok kat tempat kita, sini ada awan, sana langit, situ ada awan balik, pastu sini ada awan sikit.. but sini more to ‘all-or-nothing’. menarik kan. hurm…

segala kenangan kat sini akan melekat dalam otak saya… terlalu banyak kalau nak cerita..

saya rasa sangat best. sangat fresh. might be, next trip lambat lagi sebab setelah banyak trip kitrog pergi selama dua tahun kahwin, dua tahun akan datang ni we all plan nak dok diam-diam dulu… maybe next 2 years pulak? Insya’Allah…

so long malawi…
till we meet again!

Assalamualaikum.

Rating 3.00 out of 5
[?]

black out!

salam blog and all.

it turns out hari ahad kitorg black out la pulak. mula-mula pagi, dalam 5 minit je lepas saya baru habis buat breakfast n masak air utk buat susu balqis. ingat kan that was it… rupe-rupenye…

kol 1pm takde letrek lagi.

dah la hari ahad pulak tu. diorg ingat suppose semua orang keluar hoorey-hoorey kot. takpela. kitorg pun tggu dengan penuh sabar. heh. nasib dah siap masak air panas utk buat susu td. nasib jugak masak nasi goreng banyak gile. nasib nasib. so dah blackout, kitorg pun naik atas. lepak-lepak…

dalam pada tu, saya perasan yang air pun dah makin kecik n air panas pun tak panas dah. oklah. sbb takde karen kan. memang lah kot. water pump tak berfungsi. kot kot la.

sejam…

dua jam…

tiga jam…

hoh. dah pukul 4. ape cerita ni malawi? ahehe. OP kua g beli roti… telur… buah limau and a cornetto for me. naik senget kening saya apehal pula dapat cornetto ni? ;p (i smell something fishy… :P ) pastu…

empat jam…

hoh. dah kol 5 ni. langit dah start nak gelap. huwaaa.. kitorg pun turun makan nasi goreng bekfes tadi. aum aum sampai abes. adu. lapa lagi ni. nak masak tak boleh sbb guna stove. stove guna karen… makan luar? err. OP lupa tukar duit dollar. duit dah habis membeli-belah kat mwanza. (ya.. sila gelak ramai-ramai) memang budget cukup je duit yang ada sebab hari ahad nak masak. rupenye… ngehehehe.

so, kitorg dalam keadaan lapar, takde air, takde letrek, takleh masak, takde duit kwacha.

dah boring-boring tu, saya kol la rumah. mak saya kata, “hahaha… merasa lah engkorang kat sana…” maksud mak saya dia bukan perli, tapi more like ‘haaa.. macam tu la kalau dok oversea, takdo sapo nak tolong’.. kalau kat mesia, leh datang umah mak g makan :p kekeke. OP dah siap2 fikir nak pinjam duit kwacha sape-sape tah. tapi lastly, OP ajak saya keluar. so cepat-cepat siap… bagi susu kat balqis dulu dan kitorg keluar la setelah langit dah betul-betul gelap macam kol 8pm malaysia.

hurm… kitorg pergi yang paling dekat, Sun Malawi Hotel.

kat sana macam luar biasa ramai! iyalah. rumah masing-masing takde api kan. sume kua. ramai betul. balqis lak seronok betul tengok budak-budak kecik lari sana sini. macam la bole join kan? lambat lagi kot. kalau nak join, nanti balik mesia k. kita p join balqis punya ‘pak-kun’. baru happening.

OP g kaunter ramai tu. it turns out diorg kata order je dulu, esok dah tukar duit baru bayar. hoyehh.. best. Alhamdulillah. so makan-makan la kitorg malam tadi. pizza lagi.. kekeke. kalau macam ni la OP ternak wife dia… huhu. balik mesia, banyak baju kurung tak muat. hu.

sekian cerita black-out.
burp.. Alhamdulillah.

***
selingan sket.

lately saya menaip panjang-panjang kan. saya mahu kembali ke zaman saya mula-mula buat blog dulu. taip panjang-panjang like nobody cares. hanya sesiapa yang sanggup baca je akan bersabar. otherwise… hehe. i am so sorry to write this kind of long. sbb saya suka. i am explaining things macam ni sebab dulu pernah dapat komen “ohh panjang nya! esoklah baca!” dan lain-lain. ehe. sorrylah sebab saya bukan blogger yang macam orang lain ya… anyone can freely decide to read or not to read. this is a free country indeed. ja!

*comments

kakyong, nanti balik malaysia InsyaAllah leen post ya? kalau nak tengok sikit, ada kat blog husband leen. tajuk “ziarah ke mangochi” tu. itupun berjanggut nak upload. maaf sgt2 tu je ada.

Rating 3.00 out of 5
[?]

pasar payang di Mwanza

hoyeh. dua-dua dah padam. kepenatan. arini kitorg pergi sightseeing lagi. tak sejauh mangochi. kali ni pergi pasar sabtu yang hiruk di Mwanza. jalan tu straight lagi pergi Mulanje mountain.

pagi tadi, diorg (orang yang uruskan rumah-rumah sini) datang nak tukar pintu dapur. katanya dah rosak or patut diganti. saya tengok lawa lagi. kunci pun takde masalah. tak faham juga kenapa diorg nak tukar tapi biarlah. kerja diorg kan. ha tukar tukar. sila.

so, kitorg pun bertolaklah lepas having breakfast. mula-mula saje jalan-jalan around bandar blantyre je, masuk kedai-kedai diorg. pastu cari la satu kedai Bata utk dimasuk. ok. from my observation, pattern Bata diorg lebih kurang je ngn kita. ada yang memang sama. tapi for sure, pattern yang ada kat malaysia lebih cantik. sini macam warna tak menarik. hitam, krim, hitam, krim, coklat. itu je ulang-ulang. kasut-kasut bubblegummers harga sama macam kat malaysia. around RM20 juga. cuma Bata yang saya masuk tadi, kasut perempuan tak banyak langsung. ada kat rack satu susun wedges, tapi itu design Bata yang sooo last year i can say. kat malaysia pattern tu dah tak keluar dah. hurm…

utk kasut budak-budak, i personally think bubblegummers punya kasut is the best. murah. and tahan. and ade bunyik tot-tet-tot-tet. i am waiting really long to hear that sound from my own child ok. since anak dara memang suke berangan nak dengar tapak kaki anak sendiri pijak kasut bising tu.

Alhamdulillah. dah dengar sekarang ni. biarla bising mana pun dia berjalan. saya tetap suka. itulah bunyik yang saya tunggu-tunggu. design bubblegummers ni pun tak banyak choice. itu lagi satu sebab saya suka. saya tak suka depan mata saya ada 20 pasang kasut lawa-lawa and tak tahu nak pilih mana satu. biasanya saya akan keluar dari kedai tu sbb nanti buang masa saya nak pilih.

saya suka mcm bubblegum ni, satu design ada 2 warna je. its either biru or pink, biru or kuning, or oren or hijau. and its clearly stated for his or for her. harga dia sume sama. RM20. pastu nak yang sandal pun ada nak kasut pun ade. amik sepasang, and blah. senang keje. afterall, saya pun tak tahu berapa lama tahan utk satu saiz kasut bagi budak-budak kecik ni. might be dalam 3/4 bulan je. pastu tukar.

first bubblegum balqis, saya tak amik warna pink pekat yang saya suka tu sebab saya fikir, kalau everytime dia pakai jeans berserta kasut pink tu, sure boring. beli dua? bukan style saya dan OP. so, amik biru la. tak nampak boring sbb match ngn sume baju. ha. macam tu punya pemalas tau ummi dia ni.

lepas puas menelek dan menganalisa kasut Bata, saya masuk kedai-kedai lain pulak. kedai yang macam Hot Market pun ade. yang jual jubah dan abaya pun ade. tapi sume tu tak menarik sangat. kat tempat kita pun ade kan. lagi banyak saya rasa. saya nak cari menda-menda yang handmade dari malawi. so kitorg pun berlalu dari bandar blantyre… nak cari scenery lawa pulak.

jalan yang kitorg guna adalah jalan nak pergi Mulanje. all the way OP drive, kitorg berhenti beberapa kali untuk amik gamba. yang bestnya saya ni, saya lupa nak charge battery malam tadi. so sempat charge 3 jam je b4 pergi. ade battery spare tapi tak bawak. best kan. ya memang best. so saya snap snap snap dan tutup. itulah kerjanya. memang tahan sampai balik.

normally hari sabtu, kedai-kedai diorg buka separuh hari sahaja. dan bila hujung minggu macam ni, bila kedai memang semua tutup pada hari ahad (esok) so hujung minggu banyak pasar. as you all know (or not) saya suke pasar-pasar ni. nak nak pulak la bila tengok barang murah-murah. kitorg stop kat satu tempat nama dia Mwanza kot la tak salah saya. (pening la ngn nama diorg) huyoh. situ pasar yang memang secara live korang boleh tengok lifestyle diorg. saya suke betul la tempat-tempat yang macam ni.

bila saya keluar dari kereta, there it was. satu kawasan yang besar dan penuh dengan ribu-ribu (mungkin) manusia dan jual macam-macam benda. luas. mata saya tak nampak benda lain. kalau tak kerana kain malawi, saya takkan suruh OP stop situ. kalau kita kat mesia panggil kain batik or kain pelikat. tapi sini tak tahu la panggil apa. but one thing for sure, corak dia tu memang lain dari kita. so unique ok. dan murah. ape lagi kan.

saya minta OP dukung balqis. lately dah tak berapa larat nak dukung cik adik tu. dont know why. rasa lemah betul badan. bila OP dukung rasa selamat sikit. itupun dok pesan kat OP jangan bagi diorg pegang-pegang balqis. OP memang seriau gak. tahu la balqis tu, gi sana sini ada je orang nak dukung dia. memang tak dapat la kalau kawasan luar bandar macam ni. saya ngn OP memang takkan bagi.. dia still fragile lagi. tak biasa ngn udara kat sini. macam-macam boleh jadi. kalau kita orang tua ni no hal.

bila kain dah depan mata. saya jadi eksaited la pulak. orang-orang kat situ memang perhati je kitorg. foreigner kan. biasalah tu. saya terus pilih-pilih bila OP dah buat sebutharga kat saya (hahaha) hurm. puas hati dapat pilih sendiri. actually, orang opis OP ada yang jual kain gini. saya ada beli 3. tapi design-design dia serius-serius belaka. i want something creative. and fun. nak suruh OP pilih lak.. hurm… tahu sahajalah kan lelaki dan kain. hehe. but OP ada amikkan satu design lawa juga. not bad. same taste with mine.

balqis pulak time saya pilih kain tu macam faham-faham je. dia dok diam melekat kat abbi dia tak angkat-angkat kepala. situ berhabuk. angin kat africa ni tak bersih. banyak habuk. itulah yang buat saya risau tu. saya pilih pantas-pantas sket. sup sap sup, setel. bayar and blah… senyum lebar-lebar.

okay la tu. utk budget tak banyak macam kitorg ni rasanya ni kita ok lah. one thing yang saya perasan kan, OP ngn saya kalau travel, kitorg dah terbiasa tak membeli banyak barang. selalunya hanya have fun dan beli sekadar aja. nak shopping bagai ni memang jarang sesangat. bila saya fikir-fikir balik, elok juga malawi takde shopping complex besar bagak macam mid valley kita. kalau tak, malawi sama la macam malaysia. takde beza.

nak barang mahal-mahal and lawa-lawa, i personally think malaysia lagi best barang-barang esklusif macam tu. lagi banyak choice… eh ape ni. topik shopping. saya tak boleh menaip pasal shopping sbb tak master langsung dalam hal shopping-shopping ni. buat malu je.

kat pasar tu, saya rasa macam buat siaran langsung utk siri tv secara live. the feeling when saya pijak tempat tu, dengan semua orang keliling saya is orang malawi, a few omputeh, was a feeling yang saya tak boleh nak describe. again, selama ni saya sibuk tengok life orang africa kat dalam national geo. hari ini saya berdiri di atas bumi diorg. incredible bagi saya. siapa nak bawak kita g tempat-tempat remote macam tu? jauh dari bandar dan pembangunan. so raw. suara diorg bising promote barang. bahasa checiwa yang saya tak faham. pastu dengan “BAU” orang malawi yang boleh buat turn-off kalau time nak suap makan. (hihi) entah! saya tak tahu nak describe apa yang challenging dan incredible nya. but that was the feeling i felt.

saya rasa pengalaman pijak bumi africa ni memang tak ternilai. selama ni kalau kita pasang angan-angan nak ke negara orang, imagine yang cantik-cantik, mahal-mahal, selesa, elok-elok. tapi sini… kita merasa secara live hidup diorg. now i know why diorg yang travel jauh-jauh masuk kampung-kampung kat africa untuk buat documentary punya series rasa seronok gila ngn kerja diorg. berada di tengah-tengah diorg buat kita rasa samting. something yang i can say “truely african”… i am bad in explaining things. tapi it was fantastic. thank you Allah.

lebih fantastic, bila saya dapat tengok secara dekat depan mata, macam mana rupa diorg. baby diorg. cara diorg dukung. err… semualah. ntah. tak terkata.

on the way back, kitorg amik gambar lagi. kat ladang teh pulak. apetah nama tempat tu. oh ya, Chisunga Tea Valley. tapi yang buat saya terkesan, ada satu sign board besar kat tepi jalan ni, situ dia letak nama ladang tu dan ada statement kat bawah nama tu. macam ni,

“child labor free”

hurm. faham? that means ladang tu tak menyalahgunakan child labor utk keuntungan diorg. kesian betul saya rasa bila fikirkan. budak-budak kecik yang miskin-miskin tu diorg amik kesempatan utk kerah tenaga diorg n bayar langsung tak setimpal. patutnya budak-budak tu pergi sekolah. tapi dek kerana tak mampu, kerja. itupun kena tipu. kesian kan. :(

so ladang tu macam isytihar la yang ladang diorg membenteras penyalahgunaan budak-budak. so itu akan attract orang nak beli teh diorg. kalau tak, pengguna banned. bagus dong. tapi entah-entah itu hanya marketing strategy. heh.

ladang teh diorg tak perlu ditanam kat tempat tinggi macam kita. sini tanah kat bawah pun boleh tanam sbb sini kawasan sejuk. ladang diorg bukan bukit bukau macam kita, tapi landai dan berlembah-lembah. nampak luas sangat, MasyaAllah. pergh, saya risau juga masa menyeberang tepian jalan yang semak-semak sikit tu takut terpijak “kek” buatan manusia. huish. takot. mujur takde. sbb orang malawi ni suka-suka dia je nak buat ‘pit stop’… macam tak bersalah. hahaha.

nasib lah saya tak pakai kasut tadi. kalau macam tadi lah punya adventure pijak tanah kat tepi jalan la pasar la lompat la… mau itam kasut. keskes. kaki boleh basuh. (ni pemikiran ape pun tak tahu) tapi yang jelas, abaya saya habis kotor kat bawah. sudah. simpan bawak balik mesia baru basuh. huh.

bila perut dah lapar… mood OP pun dah turun. kalau macam game sims tu, dia punya permata kat atas kepala masing-masing tu tukar jadi merah. ha macam tu la. saya pun sama. balqis pulak dah lena sebab penat. terus kitorg singgah Chiciri. makan pizza.. Jungle Pepper Pizza. cool name eh? sedap juga. macam biasalah. mana-mana saya rasa pizza sama je. kalau ada pun ini sedap sikit itu sedap sikit. macam tu je.

balik rumah, setel-setel balqis, bagi susu, basuh kain… blablabla. saya pun pengsan. ZZzzzZZZzzzzZZZzZZZZZz ponek!

Assalamualaikum!

*comments*

kakchik:
waalaikumsalam kak.. ohh tak ape. akak just take your time. leen ok. dah nak balik mesia ni! tak sabar! hoyehhhh

kampunglife:
ho? sapo ni? apo tumpang-tumpang. baya la… ;p

nina:
tahu takpe. along da tengok da. nanti alon tepek k!

jotjot:
yaaaa aku balik nieee… aku mahu lihat cincin di jari gumuk mu. ;p

Rating 3.00 out of 5
[?]

sembang kosong… sambil mengenang.

salam blog and all.

pagi ni saya nak update santai je. just to clear up my mind again. last night, i woke up at 2am malawi time sebab pedih ulu hati. pedih betul. sakit kat perut tu sampai sengal belakang saya. dah lama tak kena macam ni. seingat saya, last kena tahun 2007. huh. lame tu… bila dah bangun, sapu-sapu minyak, dah tak boleh lelap. terus teringat blog… ape lagi, surfing la saya pagi-pagi buta tu.

lepas tu, teringat pula nak check balqis. pergi selimutkan dia pula. tiba-tiba saya baru perasan, balqis ni macam besar semacam. :D dah tu, macam anak patung tidur terdampar dengan kaki terbuka dan tangan dua-dua keatas terbuka. terlentang. hai kelakar. tapi, rasanya macam balqis ni besar sikit. tapi, bila banding ngn budak-budak lain, sama aja besarnya. haha. saya je yang terasa dia besar. jari-jemari dia pun dah besar… pernah masa saya pergi check up kat klinik kesihatan dulu-dulu, ada mommy ni tegur yang jari-jemari balqis tak halus macam baby girl yang dia selalu tengok. huish. terkujat saya. might be dia ikut tangan adik pompuan saya kot. tengok macam same je pattern. dia kalau melepuk saya memang berbirat. balqis macam itu ka? aiyo…

kurang dari sepuluh hari saya akan balik malaysia. gembira betul rasa. bunyi macam dah tak sanggup nak duduk sini kan? mana-mana kita pergi pun, tanah air sendiri juga yang best. sejuk macam mana pun sini, lawa macam mana pun sini, malaysia tetap chenta hati saya. tapi, let alone the kerinduan nak balik malaysia tu. dari asyik fikir bila nak balik, baik saya fikir beberapa hari terakhir saya kat sini sebab belum tahu lagi bila lagi saya akan ke luar negara macam ni.

teringat masa berlepas dari airport KLIA aritu. masa saya nak check in, ada satu kaunter ni, saya rasa area nombor 10 punya kot sebab saya line nombor 11 tak salah, ada satu family ni mengamuk jerit-jerit punyalah kuat hampir satu floor boleh dengar. serious kuat. saya tak tahu la ape yang dimarahkan kat staff MAS airlines tu. nampak hangin betul. lepas sorang, sorang lagi ahli family perempuan tu sambung marah kat perempuan yang jaga kaunter tu. sure bengang betul orang MAS tu kan. nak kata, tak faham each other, dua-dua pun cakap omputeh. might be, ada salah faham kat mana-mana lah tu. ataupun, si customer tu request sesuatu yang tak boleh. who knows kan? orang yang banyak duit ni memang berlagak dan ingat semua benda boleh nak ditolenrate bila dia ‘banyak duit’. kesian betul. saya kesian kat orang banyak duit tu la. bukan pekerja MAS tu.

it is a wise decision for me and balqis to follow OP working here. kalau tak, might be balqis akan keep berperang dengan abbi dia macam masa OP balik malaysia haritu. sebab dah lama tinggal. dia merajuk tak mahu ngn abbi dia. mustahil la tak kenal kan sebab hari-hari tengok gambar abbi dia. alah nak salahkan anak pulak ye tak. emaknya yang nak ikut cakap aje lah. (siapa pula yang tak mahu ikut suami? angkat kaki?)

macam yang boss saya kata

“what’s the use of a wife if she doesn’t follow the husband”

ha. kalau orang bukan islam cakap macam tu, orang islam harus malu. :)

sejuk betul lah pagi-pagi kat sini. kalau kat malaysia, takdelah sejuk macam ni pagi-pagi. saya punya pashmina memang berguna kat sini. kalau kat malaysia, saya simpan je dalam almari. office pun tak sejuk sampai nak guna pashmina. sini bolehla. kalau nak melaram pastu takmo pakai sweater. sebenarnya, malawi ni sejuk area yang dok kat tanah tinggi sket. macam sini, blantyre dan area sekitar sini agak tinggi so memang sejuk. tapi masa trip saya pergi mangochi haritu, panas je macam biasa. tapi, panas diorg, tak terik langsung macam kita. tu kira dah habis panas dah tu. tapi still tak panas macam kita kat malaysia. kat malaysia jangan harap kita dapat dok bawah matahari lebih dari 10 minit. hangus.

paling tinggi panas diorg tak sampai 30 darjah pun. kita? sendiri mau ingat. patutlah diorg selamba jugak la berpanas lama-lama. panas jugak. tapi tahan lama sket la dari kita kalau nak berjemur tu. saya pernah jumpa seorang european woman yang umur dia macam 50-an macam tu masa saya pergi tengok gajah kat kuala gandah dulu (kan ade entry tu kan), dia kata malaysia is tooooooo hot. sian gak tengok dia berpeluh n penat sakan. tapi kita dah biasa rilex je la. tapi yang buat saya tersentuh hati is, dia sanggup bagi saya masuk toilet dulu walaupun dia berada depan saya. dah la orang tua ok. siap tanya kat saya,

“are you in a hurry dear?”

saya terpaksa jawab jujur sebab sememangnya in need.

“okay, you go first then”

“thank youuuuuuuu!” saya tak terkata.

ha. kalau orang bukan islam dan tua boleh buat macam ni. kenapa tak kita yang muda dan kuat dan islam ni? heh. (sila arahkan jari tu ke diri sendiri ok leen)

ok. dah azan subuh… harus pergi dulu.
hari ni nak jalan-jalan cuci mata…

*comments*

zu:
haaa.. part ter-miss tu memang tahu. hehe. sebab selalu nampak ang kat page lain. btw, balqis ni since umo 10 bulan dah takmo makan benda lembik-lembik. so, lately dia suka makan nasi ngn sup ngn ikan. nasi tu leen bagi yang lembik-lembik tu. tak pun hancur-hancurkan sikit. sure dia aumm aummm nganga. oh ye, dia didapati menyukai pizza very much. keskes.

kakyong:
ha akak dah tgk gambar kan, cute kannnn. rasa mcm nak letak depan rumah sebatang tp nanti orang drive masuk taman perumahan je dah nampak rumah leen kat mana. kelas takk? ;p erm, suka baca entry ‘lets converse’ tu ke kak.. hope leen dapat buat entry yang bermanfaat sket sbb asyik-asyik membebel tah hapehape.
pasal gigi balqis ya, itula. leen pun tak tahu la dia ikut mana cepat tumbuh gigi ni. orang kata bila cepat tumbuh gigi lambat sket jalan. iye la tu kot? balqis dah setahun lom boleh lepas tangan lagi ni. anis tu kan cepat jalan kan?… tapi kalau ikut saya kak, setahun empat bulan baru boleh jalan (ahahahahahahahaha) btw, anak2 akak cepat2 jalan kan diorg?
hu. memang tak jadi tukar layout. terbayang kerja yang perlu dibuat bila nak tukar layout. tak sanggup!
buku tu.. erm, saya harap saya istiqamah la kak. sbb anak sorang memang semangat macam-macam. tapi if saya bertahan, that is the sweetest gift ever i can give to my children.. lain-lain takde. :) akak punya blog pun memang dah complete utk diorg… macam2 cerita ada noooo! hihi

anyek:
hinsap ka anda? hehe. magut magut. meman kena hinsap selalu maa. kalo tak alon babap montot. :p dek, mr baobab kem syalam whendu. dia kata, dia beso sangat tak muat flight kalo tak nak ikot alon balek mesia. nak jompe anyek.

Rating 3.00 out of 5
[?]

Lets converse.

salam blog and all.

lega. tadi baru lepas membuat suatu keputusan besar dalam hidup. lepas ni baru boleh mula berfikir semula. tiada beza. sebab lepas yang tadi, banyak lagi menanti. cuma sikit-sikit, lama boleh bernafas gitu. heh. tapi, solution yang saya cari utk kerja2 volunteer saya masih berada di jalan mati… erhmmm… saya tak tahu nak korek idea kat mana.

utk clear out my mind hari ini, saya nak cerita pasal satu conversation between me and seorang rakyat malawi. that was when saya bawa balqis keluar utk mengambil angin kat luar satu pagi hari tu. (lately saya dah merasa betapa siksanya nak menaip bila ada tangan kecil yang suka capai itu ini depan laptop. diberi pen dan kertas, sudah pandai melecok kertas, tapi… tapak tangan dia juga dia nampak macam kertas, sudahnya jadi mural lah tapak tangan kecik dia tu serta lengan saya juga)

hari itu macam biasa, bawa balqis melihat2 alam. sengaja saya biarkan dia merangkak2 kat porch. get dirty. habis hitam seluar. suka betul dia. waktu saya keluar rumah hari tu, kelihatan maid rumah depan sedang berbual2 dengan pekerja am di quarters kami. (ialah, semua orang dah pergi kerja) seorang sedang menyapu laman, seorang hanya berbual. hari ini dia bertugas utk buka/tutup pintu gate sahaja.

sini, tempat yang saya duduk ni, rumah2 utk staff yang datang dari luar malawi. CEO opis si OP duduk selang satu rumah dihadapan dengan saya. so sini ada workers yang kutip sampah, sapu laman, ada maid. rumah saya pun ada maid tp sebab saya dah datang sini dan boleh jaga rumah, saya prefer buat je semua dan dia tak perlu dtg. saya tak biasa orang panggil2 saya ‘madam’ macam mem besar ni. saya tak suka.

normally, pagi2 saya hanya bermelankoli menghayati alam ciptaan Allah sambil menghirup udara yang nyaman tapi pagi itu saya bawa camera bersama. bila lagi entah nak mengabadikan gambar balqis di malawi. saya jarang pegang camera. malah, teramat malas nak amik gambar. apetah lagi bergambar. bukan kegemaran. jadi gambar memang tak banyak.

tak semena-menanya, kami berdua di hadapan rumah telah attract perhatian ketiga2 orang tadi. si maid mendukung balqis. lambung2. balqis apa lagi. terkekek2 lah gelak. bukan kisah kenal atau tidak. yang dua lagi mengagah2 balqis. boleh bayang tak, budak yang tak faham bahase omputeh pastu orang cakap bahase omputeh ngn dia. sure funny. sebab terpinga2. saya saja melayukan apa yang diorg tanya kat balqis.

“she dont understand english, thats why she looks puzzled” saya explain. (but being parents, you must remember, do not underestimate your child)

mereka gelak. saya sengih.

“what is your first language in Malisia (its how they pronounce our country)? is it english?”

“nope, its called malay. english is our second language”

“aahhh… I see…” sambil berpuas hati dengan penerangan saya.

even if english is also the second language kat sini, tapi orang yang menyapu sampah or jual bawang pun english berhabuk. what happen to us? haha. tapi logic lah, sebab sini exposure to english are everywhere. malaysia belum sampai tahap itu lagi. diorg punya first language is Checiwa. just google it.

i knew it. when diorg teka saya berasal dari negara mana (sebelum saya explain pasal malaysia kat diorg) diorg siap2 konfiden cakap “japan”. before this yang saya cerita tu kan ade orang malawi cakap kitorg from japan gak kan. itu lain. seriously, nama Malaysia tak pernah ada dalam kamus hidup diorang…

kat sini, nak nampak muka orang asia memang payah. pada diorg, muka omputeh tu biasa je. tapi muka asia boleh buat orang malawi tengok dengan rasa pelik. rata-rata foreigner kat sini is indian yang putih2 tu, orang2 lubnan, orang arab… erm, tu je lah. mostly, sume foreigner yang duduk sini memang amat kaya. coz diorg conquer bisnes kat bandar ni. kebanyakan kedai2 makan foreigner yang punya. pekerja2 diorg sume orang malawi. kesian kan? macam dianak-tirikan di negeri sendiri… its the fact.

hari itu saya dah cakap pasal diorg punya ekonomi yang tak berapa dapat nak bantu rakyat sendiri kan? contohnya mcam ni lah. orang2 malawi hanya mampu jadi pekerja aje. peluang nak berniaga besar2 macam ni memang sangat2 susah. malaysia? oh orang kita mampu bukak 10 buah kedai pun.

but, malawi ni macam indonesia lah juga. kalau orang2 diorg yang kaya tu memang kaya teramat kaya betul. tapi kalau miskin, macam itu lah. usung barang yang nak dijual ke sana ke mari, kejar foreigner supaya suruh beli barang diorg… macam tu lah hari2. saya kalau keluar makan bertiga, keluar aja kedai makan, saya tros mencicit masuk kereta. biar OP je melayan orang2 yang jual2 barang ni or yang minta duit. normally OP bagi je kalau ada small change.

in some ways, it was good to hear that diorg tak pernah dengar pasal negara kecil kita ni. so that i can potray some image of how good malaysia is. i still can remember muka pelik diorg bila saya cakap bahasa melayu. like we are the alien in malawi. it was fun.

walaupun diorg tak pernah dengar pasal malaysia, bila saya cerita, negara kita ada 3 race yang besar dan duduk sama2 dalam satu country. malay, cina n india. they are like, kagum. sebab 3 kaum dok sama2 dlm satu negara. diorg kata.. “ooo just like the americans where they have many2 races” yup. like them. but much more peaceful. i guess. ;p

lepas maid tu masuk rumah, saya continue berbual dengan lagi 2 orang td. one of them tanya saya, “hows malawi treating you?” saya kata, “nice. i like the scenery. the air. the baobab. ” pastu he suprised. “so u’ve seen the baobab?” saya reply, “yes. at mangochi”.

it is really a super amazing experience to me seeing the baobab trees like everywhere in mangochi. all this while, i only saw it in national geographic. this time, it was real infront of my own eyes. there they were.. a super big-huge-giant trees i’ve ever imagine. really really big. macam boleh sepuluh orang peluk or lebih. but cute pun iya juga. sbb besar, katik n some ade daun n some takde daun. amazing sungguh. cuba korang imagine, depan mata korang ada satu kawasan savana, dan baobab merata2 tapi jarak2 tapi merata2. saya tak tahu nak explain mcm mana but mcm tu lah. baobab mmg cantik n cute. sebab GEMUK.

baobab ni diorg tak buat furniture sbb baobab adalah jenis kayu lembut. diorg buat mcm ukiran2 diorg tu yang berbentuk orang lah, zirafah lah blablabla. it was so fascinating to meet Mr Baobab (sudah, saya dah namakan pokok pulak). dan jangan tak tahu, baobab adalah pokok yang lompong, atau lebih tepat lagi, dalam dia kosong. so kita boleh buat pintu dan duduk dalam pokok tu… (melawak je weh) sape pernah tengok cerita mowgli? jungle book tu. time burung2 yang makan daging tu punya part. (eh yeke entah lah)

but, what i know. what i felt, it feel so good to meet trees.
really. Subhanallah.

diorg cakap kat saya, buah baobab tu sedap kalau buat jus. minum ngn air batu. ade tu seketul kat bawah. diorg jual sebijik. tapi saya sampai hari ini seriau nak belah buah tu. ntah hape2 saya ni.

satu lagi benda yang menarik kat malawi, kalau kat sini, kita berjalanlah kat mana pun, tak ada orang nak kacau. ini mula2 OP cakap kat saya, tapi saya tak berapa nak confident sbb saya kan baru kat sini. then orang malawi sendiri cakap mcm tu. diorg kata kat saya, kalau nak pergi jalan2 ke mana pun pergilah. sini selamat. betul jugak cakap dia kot. sebab sini tgh malam ke, awal pagi ke, orang berjalan kaki je. dalam gelap pun orang berjalan kaki. tak kisah ape pun. saya rasa kalau kat malaysia… err… kalau nasib tak baik tu, err ade lah kan. entah? part ni saya tak berapa nak percaya or memang saya ni penakut nak jalan sorang2. heh. lagi2 lak bawak baby sorang. ha. tak ape la ye.

bila dah puas soal siasat saya, yang seorang tu pun pergi. tinggallah yang tengah sapu laman tadi. kitorg sambung bercerita sambil cik adik tu busy ke sana ke mari. yang menariknya, dia berasal dari mangochi… tapi dia kristian. mangochi adalah daerah besar orang2 islam. saya rasa, walaupun daerah tu tak kaya macam kita, tapi selang 3/4 kilometer, kita akan jumpa satu surau… amazing.

menarik kenapa? sebab dia berasal dari family islam. mak ayah dia islam. adik beradik dia semua islam. dia sorang je kristian katholik kot dia kata haritu. ada reason dia tukar agama. dia terangkan sikit2 kat saya tapi saya tak faham pulak english dia. slang diorg memang lain tau dari english amerika. tapi yang saya dapat tangkap sikit2, sebab dia kahwin dengan perempuan kristian sorang ni… oho. cerita macam ni memang biasa lah kat sini kan. kalau di malaysia harus masuk surat khabar… tapi kalau kita ikut peraturan zaman nabi-nabi dahulu, orang yang murtad hukumannya adalah bunuh. coz they will only bring trouble. hurm.

starting from that point, it was a bit turn off nak berbual dengan dia. he said to me he dont know what (pastu dia buat tangan macam nak azan) Allahuakbar Allahuakbar for. he makes it sounds funny and i was like want to swing batang pokok mawar berduri tu ke muka dia. but saya simpan. i said “ohhh that one. its azan. its a call for prayer.” saya serius.

“yeah… but i cant dasuadsiadaibsjbdfudisfdifhids”

nope, dia bukan mencarut or whatsoever. tapi english dia saya tak faham. my guess? maybe he was not raised in a good moslem environment. islam by genetic macam kita. so that makes him stupid like that. sorry. he is such a major turn off. one thing for sure, saya tak perlu susah2 cari reason kenapa dia convert agama coz i think the reason is clear. mungkin kerana kesusahan melampau. atau kerana pengaruh kristian yang sememangnya undeniably kuat kat sini. macam malaysia, islam adalah agama kita. most of the penduduk, i can say. tapi sini, asal negara kristian. islam yang datang ke sini.. (atau mungkin saya salah fakta. correct me)

nauzubillah perkara begini dalam bloodlines saya…
Ya Allah, minta jauhkan.

so, begini lah. bila kita islam by warisan, kita ambil mudah apa yang agama kita cakapkan. kita ambil mudah bila kita nampak orang lain tak terkena ‘laknat’ Allah bila dia elok je melakukan dosa. tak tercela pun. malah lebih kaya mungkin? makin lebih berkuasa mungkin? semua itu mungkin. tapi menutup mata kita atas suatu yang benar lagi berhak, adalah perbuatan yang sia-sia. selama mana kita boleh bertahan utk deny segala yang Allah tetapkan untuk kita? lama mana kita bertahan?

lama-lama, benda macam ni (orang malawi tadi) tak mustahil jadi kat kita. sebab jahilnya kita, leka nya kita. islam itu boleh kita warisi dari emak ayah kita. tapi iman tak. iman itu adalah tabung diri kita sendiri. yang tak dapat kita share walau dengan suami kita sendiri sekalipun. seorang tok imam, takkan boleh share iman yang dia ada dengan isteri dia so that isteri dia sama macam dia.. semua itu harus kita usaha sendiri. kalau kita tak dapat, cari! kalau masih tersembunyi, selongkar! kalau masih tak faham, baca! Allah takkan senang2 beri hidayah jika kita tak cari… jika kita tak mengharap. sebab apa? sebab syurga yang Allah sediakan itu, tak semurah yang kita sangka.

kita rasa later2 kita boleh bertaubat dan mulakan hidup baru, maka kita dah merendah2kan harga syurga. kita ingat syurga semudah itu utk dituntut… tapi kita lupa, utk syurga, mungkin kita perlu bayar dengan tangisan, darah, peluh… masa…

bukan niat nak berceramah kat sini. tapi setelah Allah luaskan pandangan hati saya dengan sampainya saya di bumi malawi ini, saya lebih sedar akan harga syurga itu.

ia tak mudah kawan-kawan.

Assalamualaikum.

p/s:sekadar peringatan utk diri sendiri.

Related Posts with Thumbnails
Rating 3.00 out of 5
[?]