February 28th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.
actually. malam ini mahu menukar layout hajatnya. tapi bila fikir-fikir semula, ehhe… baik tak payun. itu macam extra work-load untuk saya tu. bukan suka-suka mahu tukar layout. tapi dek beberapa orang dah beri komen bahawa blog saya tidak boleh dibuka langsung!
baru saya tahu malam ini. kepada pengguna browser selain dari Mozilla Firefox, saya minta maaf banyak-banyak kerana anda memang tidak akan dapat buka blog saya. menurut OP, layout ini harus ditukar kalau mahu browser lain pun boleh buka blog saya ni (apeda ayat). tukar layout??? NANTILAH EKKKK.. kekeke.
ok. ini result kajian saya;
-
blog ini boleh dibuka dengan: Mozilla Firefox, Camino, Safari
-
blog ini TIDAK boleh dibuka dengan: Google Chrome, Internet Explorer (kadang-kadang boleh, kadang-kadang tak)
saya tidak tukar kerana blog ini masih boleh dibuka dengan Mozilla FireFox.
oh. kesiannya blog ini. thehehe.
by the way.
by now, mesti satu malaya sudah kecos dengan berita "Arwah Syafiah" itu kan? tadi malam, melalui berita di TV3, say terpempan melihat sekujur tubuh kaku yang diselimuti kain batik itu. saya terlepas seminit yang pertama sebenarnya. jadi mulut becok-becok bertanya pada OP yang khusyuk menonton.
rupanya sudah pun keluar paper cerita ini.
seorang budak kecil berumur 3 tahun. apalah yang dia tahu kan. lain disuruh, lain dibuat. kalau dimarah, berguling-guling atas lantai. kalau dipukul pun belum tentu dia faham sepenuhnya. tak tergambar betapa orang yang menzalimi budak sekecil ini, punya hati yang bagaimana.
yang membunuh arwah adalah teman lelaki kepada ibu arwah. saya malas nak godek-godek cari berita pasal ini kat google. tapi apa yang saya tahu, itu adalah teman lelaki pada ibu arwah. dah 6 tahun pun ada relationship. ibu arwah pun suspect pregnant anak luar nikah. dah 4 bulan tak salah saya.
muka innocent perempuan bukan boleh dipercayai. ini fakta. bukan auta. apatah lagi airmata perempuan. lakonan semata-mata tu.
ayah kandung arwah penagih dadah tak salah saya. arrwah ada seorang abang yang berusia dalam 6 tahun kot macam tu. berdasarkan interview tadi. saya tengok abang arwah sihat walafiat. macam tak pernah kena dera pun. kenapa adiknya sahaja? (fikirla sendiri heh)
pelik? saya tak pelik.
zaman ini, sudah BERLAMBAK orang lebih pentingkan boifren dari segala-galanya. apetah lagi anak. keluarga. so so on. hari itu, kata kawan saya, ada kes satu fomfuan ni, boifren dia orang sudan. bila boifren dia dera anak dia, dia kata maid dia dera anak dia. walhal maid pun TAK ADE. pelik ke? tak kan?
ibu kepada arwah siap fengsang-fengsang lagi time arwah nak dikuburkan/dikapankan tadi. anda marah pada siapa? nak salahkan siapa? atuk kepada arwah pula kata, dia dah lama nampak ada kesan abu rokok dicucuhkan ke badan la, ape la. kalau nak tunggu anak itu mengaku atau mengadu, budak 3 tahun. apa lah yang dia tahu.
lebih-lebih lagi kalau dia ketakutan. lagilah tak buka mulut.
saya terkilan sebenarnya. terkilan dengan IBU kepada arwah. u know, berita di TV takkan sampaikan cerita yang sebenar-benarnya. kita just faham-faham sendirilah apa yang berlaku sebenarnya. kita semua boleh buat kira-kira sendiri kan. kalau beginilah jadinya, bagaimana sebenarnya ibu arwah itu. datuk arwah itu. malah pembunuh itu sendiri. their level of education.
saya lebih suka salahkan orang yang berakal dan yang boleh menilai dan boleh bertindak.
tak tergambar saya, anak sekecil itu disepak terajang dengan kasut bola. pernah tengok dekat-dekat kan kasut bola macam mana. Allahuakbar… sedihnya saya.
inilah bukti buta kerana cinta… sekali Allah tarik, terngangalah. Wallahualam
till then, Assalamualaikum.
February 25th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
malam semalam, berkunjung ke rumah pakcik saya kerana my other pakcik sefamily datang Sepang, singgah sebentar selepas menguruskan hal-hal study dia di UM oleh kerana dia accident lebih kurang 3 minggu yang lepas. kami tune to TV3… slot tv si Karam Singh Walia.
sesungguhnya saya terkedu. melihat fenomena yang melanda bandar KL sekarang. mungkin saya yang baru tahu dan benda ini dah lama pun berlaku. iaitu semakin ramai warga "HOMELESS" yang bersepah merata-rata di KL. sekali pandang, memang dah nak jadi bandar New York dah KL ni.
my uncle said, this is one of "kesan negara maju" seperti yang dialami oleh kebanyakan negara maju oversea. sure kita boleh imagine warga homeless yang terdapat di bandar besar luar negara kan? mereka terlalu ramai dan punya komuniti sendiri.
yang meruntun jiwa saya, warga homeless ini bukan sahaja terdiri dari orang-orang tua yang kategori ‘amat tua‘ sahaja, malah babies pun banyak tidur tepi jalan. bayangkan? mereka tidur atas stroller sahaja. tidak dapat tidak saya bayangkan betapa bertuahnya anak saya yang kami payungi dengan bumbung rumah… berkipas laju. tanpa gigitan nyamuk dan kesejukan embun pagi.
setelah ditemuramah oleh pihak tv, didapati alasan mereka adalah seperti;
- dah keluar dari jail dan clean dari dadah tapi bila ada record tersebut orang tak mahu ambil bekerja
- terdapat seorang graduan, tetapi telah cacat anggota (tangan dia sebelah jadi cacat sedikit) dan setelah pergi banyak interview, mereka reject dia dengan alasan tangan dia
- ada warga tua yang dibuang oleh anak jadi tiada tempat tinggal
- ada seorang ibu mengatakan rumah dia tidak muat untuk tidur sebab terlalu ramai
- dan lain-lain
warga homeless ini tidak kelihatan pada waktu siang kerana mereka bergerak sama seperti kita. tapi pada waktu malam, setelah semua orang pulang ke rumah dan KL menjadi lengang, waktu inilah kita akan dapati betapa ramainya mereka. seriously, fenomena ini tidak berlaku suatu masa dahulu.
kalau ada pun, terang nyata dan jelas mereka adalah golongan penagih dadah yang tidur bersepah. tapi kini tidak lagi. mereka berkeluarga. beranak pinak. apatah lagi yang keseorangan. adakah ini yang kita undang seiring dengan pembangunan? atau seiring dengan kemajuan Malaysia?
pada waktu malam pula, mereka beramai-ramai menggeledah tong sampah besar bagi outlet fastfood bagi mencari lebihan makanan yang masih elok. ramai-ramai mengorek dan berkongsi. saya tahu benar outlet fastfood kita memang banyak buang lebihan makanan yang masih elok.
mandi pula di masjid-masjid atau tandas awam yang tidak berbayar.
punca utama? saya kurang pasti kenapa. tapi mungkin kerana dek terlampau banyak sangat orang-orang malaysia yang berniaga mahu cut cost dalam gaji pekerja yang menyebabkan mereka hire golongan "pendatang" maka ya, itu membuatkan certain rakyat kita kenipisan peluang dalam pekerjaan.
ataupun mungkin kita yang terlalu memilih? saya rasa golongan yang memilih itu tidak terdiri dari warga homeless. tetapi yang tidak berpeluang itu yang create warga homeless.
sementelah lagi, dek kemajuan sekarang ini, semakin ramai warga muda yang ‘buang parents’ atau pun tak mahu bela parents sendiri. maka, jadilah warga tua yang tidur dijalanan tidak diperdulikan sesiapa. walhal entah-entah anak dia pakai BMW seorang sebuah..
i cant imagine one day KL will be like New York.
mereka tidur di tepian jalan ramai-ramai seperti kawasan pavement tepi jalan itu adalah katil mereka yang selesa. tanpa selimut. bersusun-susun tidurnya. tepi jejantas. tepi bangunan. dalam stesen puduraya apatah lagi. on the bench yang ada di situ, penuh. ada yang siap dengan baju tidur…
saya terbayang kos sara hidup di KL. mahu menyewa sahaja sudah berapa. jika mahu menanggung anak dan isteri lagi sudah tentu berganda. apatah lagi anak-anak yang masih bersekolah. sudah lah macam itu, peer pressure lagi lah bertambah. ya, di KL banyak sekali hasutan nafsu untuk memiliki itu dan ini.
saya percaya, isu ini mendapat perhatian serius oleh pihak tertentu. dan mereka sedang berusaha untuk melakukan sesuatu. kita serahkan pada yang pakar untuk mengatasi masalah yang membimbangkan ini..
tetapi, rezeki itu milik Allah semata. Dia berjanji pada kita bahawa akan diberi pada yang mencari. yang tak putus asa dengan rahmatNya. yang sentiasa berpegang pada janjiNya.
mari berusaha yuk!
p/s: kalau nak tengok gambar boleh tengok sini GAMBAR atau boleh tengok video ini VIDEO
till then, Assalamualaikum.