May 7th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all
phew. penat betul mengenepikan segala duit skiling hok putih (sebab kuning da takde) sebelum nak mula menaip. lately surfing bertemankan balqis atas peha. kepala dah la tinggi. besar plak tu. masam lagi satu. hahaha. bau cam kitten (i loike). sambil saya surfing, sambil itulah dia menyelemeh meja OP ni. habis dikeluarkan duit skiling ni dari mangkuk besau tu.
*ok. i am trying to type this entry faster coz cue untuk enem akan datang bila-bila masa sahaja ;p
korang cemana ya? payah tak nak suruh anak tidur petang? what i’ve been through dulu, balqis adalah a bit sukar nak ajak dia tidur petang. dia suka main main main baca baca tulis conteng main main bla bla bla. non-stop. kalau bagi susu sebotol penuh dulu-dulu pun, lepas susu dia akan bangun balik. haha.
but things kinda change right now i guess. sejak dua menjak dia lebih faham bahasa ni (means dah banyak faham apa cakap kita dan mahu dengar), saya nampak macam senang pulak tidurkan dia petang-petang. i dont know what is the ideal hour untuk tidurkan diorang (adeke?) tapi saya just set waktu tengah hari tegak ni untuk tidur. like pukul 1230pm-1pm.
waktu itulah apa sahaja chores yang saya tengah buat, saya akan berhenti seketika. sound balqis "Jom tido!" which membawa maksud "ummi akan tidur sekali, ummi teman jom" yang jarang-jarang sekali mendapat bantahan sebab tidur berteman adalah perkara yang balqis paling suke.
masa mula-mula nak train dia tidur siang semula (lepas habis pantang dan balik rumah sendiri, maklumlah kat rumah parents aritu memang semua jadual jadi kucar-kacir), dia memberontak tak mahu. marah bila saya tutup tv. tp tak dapat la jack. saya buat jugak. menangis la pun, tetap kena masuk bilik dan tidur. haks…
sekarang, dia sudah faham bila tengah hari saya kata Jom! tu maksudnya apa. waktu tidur tengah hari ni, saya akan tutup pintu depan dan pintu dapur, tutup tv dan biarkan suasana senyap sunyi. kalau jarum jatuh pun dengar. ;p pastu heret dia masuk bilik. mesti tidur dalam bilik. no-no depan tv (konfem dia tidur sekejap gila sebab balqis jenis yang amat senang terjaga).
seems like dah takde bantahan. tak payah suruh pun, lepas habis susu dia sendiri akan cari posisi tidur dan tiba-tiba saya tinjau dah pun tidur. waktu tengah hari juga, kalau saya mengantuk, saya tidur sekejap. tapi selalunya tak dapat tidur sangat pun. 15 minit dah kena bangun sebab baby akan kejut. haha.
sebabnya bila balqis punya time tidur sampai, baby dalam buai pun saya akan angkat dan sua enem. memang saya sengaja train macam tu. bila time balqis tidur, baby akan enem atas katil sama-sama sepuasnya. takkanlah 24jam nak duduk dalam buai je tak. then tengoklah.. kalau saya pun berlayar jugak ;p. (tapi lagi best sneak-out dari bilik and taip blog ok ;p)
*tengah pasang telinga kot-kot dengar baby ehek-ehek
kannnnn dah! btul pun. cue enem da sampai. oklah… sursur.
till then,
assalamualaikum!
November 18th, 2009 by LeeN
bismillahhirrahmaanirrahim…
salam blog and all.
actually, since saya duduk rumah ni, dah 5 kali macam tu saya pergi kedai. kini, saya ambil alih tugas membeli groceries sebab before this kebanyakannya OP yang buat. memandangkan saya dah duduk rumah, lebih baik saya je yang in-charge kan. hehe. kang sesio jo dok ghumah.
it is a true bliss bila ada sebuah kedai runcit “HALAL” (well, nama kedai itu) wujud di dalam kawasan taman perumahan. sebelum ni me and OP hanya membeli belah di tesco (juga terletak dalam kawasan taman) tapi kadang kala memang sungguh disheartening nak membeli kat tesco kalau sekadar nak beli barang-barang nak dimasak hari-hari.
parking takde hal. sbb berbumbung. tapi dari parking nak berjalan ke tesco, kan kene lalu macam-macam kedai… then naik escalator.. then lalu depan kedai some more dan baru masuk entrance tesco. dah tu nak amik gula sekilo, tempatnya punyalah hulu. dah amik itu ini, pastu nak bayar pulak? kadang-kadang kan ramai orang. so, kerja setengah jam boleh jadi sejam lebih. dan, yang tak best nya, kita akan beli barang-barang bukan keperluan.
nak masuk tesco tiap-tiap minggu? ha. tak koso den.
tapi, tak dinafikan, membeli belah di tesco memang memudahkan parents yang ada anak kecil. ada bilik diapers bagai kan. senang kalau dia beri-beri ke apa ke. lagipun, trolley diorang siap untuk tempat letak toddler atau pun baby. dan kita boleh letak dua-dua skali anak kita satu trolley sebab ada yg ada dua seat punya. memang takde masalah dan tak memerlukan stroller kalau ke tesco.
sebulan sekali, memang saya pasti akan ke tesco bagi beli barang-barang kering macam sabun basuh ke, syampoo ke… blablabla.
tapi untuk sayur harian, ikan… udang.. sotong.. saya rela beli di kedai runcit je. segar pun segar. cepat sikit tak payah entertain menda lain. (nasib tak ada pasar borong.. haha) kalau kita beli stock barang basah seminggu (sekali beli dengan barang kering) lagi tiga minggu tetap kene masuk kedai balik untuk cari lauk kan.
oh well. kedai runcit itu memang sudah banyak menyenangkan kerja saya (tapi saya masih jeles sama mak saya sebab kedai runcit belakang rumah je, hari-hari leh tengok nak masak apa. huh). cuma, saya punya satu masalah yang disebabkan oleh cik adik manes seorang ni… bahaha.
dia memang sudah pun dapat kaki. boleh sangatlah kalau saya lepaskan dia untuk berjalan wonder sorang-sorang dalam kedai sementara saya pilih barang… the problem is, uncle kedai tu seorang yang besar dari segi fizikal dan suaranya. Hahahaha. so, cik adik sangatlah takut bila nampak uncle tu. haiyaaa…
first time saya bawa ke kedai tu, dia menangis along the way saya memilih barang. huhu. geram juga tapi uncle tu pun tak salah sebab dia tak tahu yang balqis ni takut dengan orang-orang yang ‘besar’… haha. sudahnya, saya kenalah dukung dia sambil memilih barang. setakat nak ambil sayur tu takde masalah la kan. tapi kalau nak pilih ikan? sotong? udang? haru juga.
when i first came there, perut saya taklah sebesar hari ini. nak dukung dia masih lagi terdaya. sekarang ni, sudah mula rasa macam bahu nak terkehel. sebab cik adik bukannya ringan tu. macam pikul beras 10 kilo ke hulu ke mari. hihi. ;p
mujur, dan saya amat berterima kasih la pada pekerja-pekerja uncle kedai tu. kalau barang banyak, diorang tolong bawa sampai ke kereta. pada wife uncle tu pun terima kasih sebab kadang-kadang rajin beri balqis biskut sebab nak distract dia. hehe. akak tu banyak kali soh saya letak je balqis tu, tapi kan… cik adik ni kalau buat show.. err. kalau abbi dia ada takpe.
stroller memang always ada dalam kereta. tapi rasa macam tak berbaloi pula nak buka tutup stroller sebab sekejap je pun membeli. paling-paling dalam setengah jam. kalau cuaca kering, mungkin saya leh consider la juga nak letak dia dalam stroller. tapi kalau hujan, nak angkut stroller lagi. dia lagi. memang banyak hal. saya kurang suka.
tapi, walaupun banyak hal bila bawa dia ke kedai, kita pasti seronok bawa anak kita mengenal sayur, buah, ikan.. daging or ayam. kalau sayur tu, tunjuklah apa yang kita ambil. tomato itu merah. cili itu merah dan hijau. whatsoever. i think, dan most parent memang suka ajar anak sambil membeli sebab saya selalu nampak semasa membeli di tesco. dah jadi macam tadika dah tesco tu…
budak-budak kecil memang exited bila lalu tempat ikan hidup dalam aquarium tu. tengok udang tergolek-golek. jenis-jenis ikan yang macam-macam tu. even saya sampai hari ini, memang takjub tengok ‘ikan sebelah’ tu. subhanallah!
tapi itulah. despite of every kemudahan yang ada, masalah datang bila cik adik horror dengan uncle kedai. hahaha. lucu kan? takpelah. i think lama-lama dia akan belajar menerima. yang lucunya, ada one time datang kedai tu, saya pakaikan balqis dengan t-shirt pink lembut dan seluar bermua pink pekat. uncle tu tanya teragak-agak..
“ini lelaki kan?”
“eh tak… perempuan ni”
“ohhhhhhh patutlahhh pemalu..”
hahaha. memang pun. kalau berdiri tepi saya, muka dia ditutup dengan baju saya. sungguh perangai itu saya tak pernah nampak. tak tahulah apa ilmu pakcik tu pakai. ;p
well balqis… its time to learn about the world.
you are my one brave little girl.
(^_^)
masa berumur 6 bulan dan masih comel lote ;p
Assalamualaikum!
Lotsa LOVE,
LeeN