May 27th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahimm
salam blog and all
oh. sungguh indah. pagi ini baby muhammad dah pandai gelak terkekek-kekek. seriously. tak ada apa yang lebih indah dari gelak seorang baby kat atas muka bumi ni. apatah lagi gelak fresh yang baru belajar nak gelak ni. gelak terbahak-bahak orang tua tak masuk ya.
perasan yang baby dah mula boleh gelak adalah last two weeks. itu gelak dengan bantuan. maknanya gelak terkekek-kekek bila saya geletek sikit di pinggang or peha yum-yum dia. kalau tak buat macam tu, dia just senyum lebar-lebar berserta dengan suara kuat. ala-ala menjerit kecik tanda excited.
tapi hari ini. hari ini ok. tanpa bantuan geletek sudah boleh gelak terkekek-kekek. agah-agah macam tu je. ohh indah sungguh ciptaan Allah.
Subhanallah!
but, it is not that easy lah kan kalau nak buat baby sekecil ini gelak. first, dia mesti dalam keadaan kenyang. second, not wet-wet feelings at his poposh. third, hawa tak panas. dan dia selesa. then baru you can make dia gelak terkekek-kekek. heee heee.
dulu, masa balqis was a baby dia tak secepat ini boleh gelak. i think balqis was a serious baby then. hee hee. betul. she rarely nangis. rarely senyum tanpa diagah. hahaha. bila dah besar, jadi terbalik. ;p miahahaha. ini baby muhammad pula, senang sungguh senyum. murah dengan senyuman nih.
serious or not a serious baby, i love em both wholeheartedly.
anak-anak ummi dua-dua soleh dan solehah. aminnn.
till then,
assalamualaikum.
May 15th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all.
ohkay. selalu cerita pasal kakak kakak dan kakak. ingat malam ni nak cerita pasal her little brother pulak. jarang-jarang cerita pasal baby muhammad ni sebab sampai hari ini, baby banyak buat rutin yang sama. susu – borak2 – gelak2 – tidur. thats it. itu sahaja.
today, i discovered yang baby muhammad dah mula keluarkan suara yang sebenarnya dia tengah gelak. so cute ok. dah lama sungguh tak dengar gelak newborn. gelak diorang ni fresh gitu. mahal sungguh bila first time dengar. tak tahu nak cerita macam mana puasnya hati kita dengar. time tu terasa begitu precious sekali makhluk kecil itu. sungguh suci.

day one. sebelum kena cucuk BCG.
kalau ikut milestone newborn, biasanya selepas sebulan diorang akan mula pandai tersenyum dan react dengan kita punya suara. lebih-lebih lagi suara ibunya sendiri. then, lepas dua bulan akan mula tergelak kecil. kadang-kadang baby muhammad sounds very excited sampai terjerit sikit. adoih comel macam nak pengsan ok. serious.
ok. sila lempang diri sendiri supaya sedar semula dari pengsan.

2 minggu kot rasanya
yang paling saya suka, bila time breastfeed sekarang ni, dah bertukar menjadi waktu paling indah. sebabnya dia dah pandai tarik-tarik baju saya. dah pandai merenung wajah saya sambil enem. dah boleh tersenyum ketika menyusu. sometimes berhenti sekejap menyusu untuk senyum lebar-lebar dan tiba-tiba sambung balik macam tak ada apa-apa yang berlaku. boleh tak.
haih. macam mana saya tak geram dengan muka bulat baby muhammad? sekarang dah boleh lawan saya sebab sekarang dia dah double chin. hahaha. oh por favor ok. saya takde itu double chin. ;p
sebenarnya. sebenarnya dari masa dalam pantang haritu lagi. saya amat suka dengar suara baby muhammad menangis. sayuuuuuu sungguh. lain sungguh dari tangisan kakak dulu-dulu. kakak menangis keras. yang ni syahdu… lembut. hekhek. suke betul saya. sampai mak saya aritu sound saya awat suka sangat biar dia nangis. ;p jahatnye ummi ye baby?

sebulan.
bukan ape. tangisan dia menyentuh ke ulu hati saya. time dia nangis, kadang-kadang saya tenung muka dia. kaji. riak muka dia. tangan dia yang menggapai-gapai macam nak capai baju saya. tanda dia nakkkk sangat saya. nakkkk sangat susu… comel kan. adeh. tak boleh handle lah kecomelan newborn. sume newborn memang comel cenggini. comel tahap yang paling ganas.
saya paling suka, bila dia nangis, nak dekat ligat tu kan, saya angkat dan peluk rapat-rapat di dada… terus dia slow down nangis. ni lagi satu yang tak boleh blah. comel tahap ape tah? time peluk dia waktu-waktu macam tu, terasa alahai… kecil sungguh newborn. kecil sungguh baby ummi. kecil dan fragile… wangi some more.

dua bulan. cari itu double chin. amboi pandai sorok.
i cant deny that bau masam baby adalah perkara pertama yang saya cari pagi-pagi sebelum bangkit dari katil. hehhhh. ;p leher dia terbaek ok. pipi gebosh tu lagi mana nak sorok kan. tidur terlentang tangan dua-dua ke atas macam tu. siapa pulak lah yang tak geram…? seekor ayam mungkin tak geram. tapi seorang ibu pasti geram.
tak masuk lagi bab bila dia kentut. haaahaaaa. lagi menawan ok. siap mengeliat lagi nak keluarkan angin. time dia beri-beri lagi lah lucu… muka merah-merah meneran. bila dah terlampau penat teran tapi beri-beri tak keluar, dia menangis. pastu diam dan sambung teran balik.. hahahahaha. ade ke? itu bukan comel ke namenye?

dua-dua anak. shot 90 darjah atas katil. sila bayangkan gaya photographer-nya.
haih. ape lagi kecomelan dia lepas ni ek…
tunggu je lah.
till then,
assalamualaikum.