Archive for the 'All About Baby' Category

is this the Growth Spurt thing?

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all

 

 

orang puteh panggil Growth Spurt (GS) tapi kita orang melayu panggil Beralih Bulan. semalam tepat hari ke 60 untuk baby. kalau ikutkan pengalaman masa balqis baby dulu, bila dah nak naik kerja tu balqis dah banyak berjaga dari tidur. jadi hanya agak-agak lah bila baby fateh asyik nak berjaga means "ohhh dia dah besar sket kot memang macam ni". oh well.

 

boy. oh boy. kalau nak diikutkan memang dia ‘berjaga‘ betul semalam. imagine, dari pukul 530pm sampai pukul 1am malam tu dia takmo lelap-lelap. bila saya masukkan dalam buai, dia menangis. bila diletak, menangis. sudahnyo? haa. bagi enem. takkan la dia tolak pula kan. musti mauu…

 

seingat saya, all the way time dia berjaga tu memang kerjanya nak enem je. asal sua enem je dia diam elok. tapi saya lah yang dok pening awat dia takmo lena-lena. dah ulang-ulang da bagi kiri kanan. dah burp berapa kali entah. but still, takmo tidur. bila diajak berbual, wahh siap tergelak lagi. keluar suara semua.

 

abestu. battery saya pun naik lemau la bila dia takmo lelap ni. ;p

 

mujur bila OP dah balik, dia tolong pegang kejap so boleh la nak makan sikit. tu pun sian kat OP yang mengantuk tahap dewa tu tapi terpaksa tahan dan bersabar sebab terbangun dek fateh melalak. hee ;p

 

berbalik pada cerita asal (sebelum saya ke laut)

 

selalu kalau pasal budak beralih bulan, saya dengar budak tu akan demam. bila check badan fateh rasa ok je. tapi bila saya google rupanya ada fakta lain ya? memang acik tak tahu.

 

Google kata:

beralih bulan ni berlaku pada budak umur bawah dari setahun. 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan and 9 bulan. apa yang terjadi adalah, baby akan menyusu lebih banyak dari biasa dan a bit fussy.  sumber di sini

 

macam tepat lagi mengena apa yang berlaku kat fateh. fussy tu memang ada. menyusu banyak tu memang ada. might be semalam dia mengamuk (time dah pukul 10pm-11pm) sebab dia nak susu tapi saya asyik try nak tidurkan dia. memang bila sua enem dia tros diam.

 

last-last saya pun cancel lah plan malam tadi (ingatkan nak kemas-kemas sikit plus lipat kain) dan feed dia ikut kehendak dia. means selama mana pun lah dia nak enem. kira masuk tidur sekalilah dengan fateh. tak tahulah pukul berapa saya start berlayar. penat woo berperang. haks.

 

kalau masa balqis dulu musti dah topup dengan susu formula dah ni. hehhe. tapi kali ini saya just bagi je dia menyusu lama mana dan banyak mana yang dia nak. biarlah kain tu. esok lusa boleh lipat lagi… takkan lari gunung kain dikejar. ade kat situ je selagi saya tak lipat. ahaks.

 

till then,

assalamualaikum.

Rating 3.00 out of 5
[?]

newborn

bismillahirrahmaanirrahim

 

salam blog and all

 

having a new baby membuatkan rutin saya berubah sekali lagi. kalau dulu, yang nak dibelek, dikelek hanya kakak seorang, now baby pula menuntut perhatian. kadang-kadang terbit rasa bersalah dan kasihan pada kakak bila saya asyik dengan baby. tapi saya tepis perasaan itu jauh-jauh. kakak harus faham dia adalah benar-benar seorang kakak pada hari ini.

 

dia harus mengerti, yang dia sudah punya adik. mengapa perlu saya kasihan. kakak dah pun ada kawan. kakak tetap buah hati manja saya yang saya cium 24jam. tetap wangi walaupun dah mula mucuk dan macam macam budak 4 tahun. tetap shomel walaupun mulut comot dengan coklat dan tetap sweetheart saya dengan mata bulat itu walaupun suka protes bila marah. :)

 

dan baby, bila baby datang… masa saya terbahagi kepada 26juta bahagian. tapi saya senang sekali menjaga baby. maklumlah, baby baru lahir memang tak banyak kerenah. jarang sekali menangis tak tentu sebab melainkan nak susu ataupun pampers dah tercemar. kalaupun sering kena bangun malam sebab baby kerap nak susu waktu malam, saya tetap gembira melayannya. melainkan satu benda yang sedikit merunsingkan saya… iaitu sakit nipple sebab baru mula breastfeed.

 

kadang-kadang, bila saya contemplating sekejap bila mahu beri baby susu… saya pujuk hati sendiri. tenung muka baby yang tak mengerti apa-apa itu yang hauskan susu dari saya. memang kadangkala sakitnya tak tertanggung tapi itulah harga kasih sayang oleh seorang ummi. itulah cinta tanpa syarat dari saya yang tak mengharapkan apa-apa balasan. cuma ya, mungkin saya menuntut perhatian dari abbi kepada baby sahaja sekadar untuk memahami bahawa saya ’sakit’. :)

 

ohh. segala sakit-sakit itu bermula pada hari ketiga bila nipple start luka. hee. before that, i am fine and happily breastfeed my baby. itu semua sebab bila dah lama tak breastfeed, teknik pun dah lupa sikit-sikit dan luka. bila dah luka, ambil masa nak recover. mula-mula memang sungguh disheartening sebab dua-dua nipple luka. kalau salah satu tu tak jadi masalah pada saya. alhamdulillah, sekarang dah baik luka cuma bila hari itu dah luka sekali, nipple pun jadi a bit sensitive.

 

newborn kadang-kadang menangis bukan sebab lapar pun. ada one night tu, baby fateh just want to be cuddled. tiba-tiba tros rasa "how sweet…." bila tengok dia curled up kat dada kita dan tutup muka dia dengan mitten dia tu. i think baby just want to hear my heartbeat once again macam masa dalam perut. once dah keluar dari perut, newborn akan terdedah pada macam-macam bunyi yang annoy dia. all he need is a silent moment with just his mother’s heartbeat.

 

how cute newborn is, bila dia lepas mandi, time boleng-boleng tu saya angkat dia dan imagine macam mana dia curled up dalam perut saya. selalu saya test lipat kaki dia macam mana dia lipat kaki dia dalam perut saya. baby fateh saya berbeza sedikit dari kakaknya. a bit smaller in size tapi no so much differ in weight. kakak dulu berisi betul. tapi bila pegang baby fateh yang kecil ni, terasa sungguh-sungguh fragile baby yang baru lahir ni…

 

 

 

tskkkk. till then, fateh is crying for milk again. :)

Assalamualaikum!

Related Posts with Thumbnails
Rating 3.00 out of 5
[?]