March 6th, 2010 by LeeN
bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all

lately, saya dah tak ikut satu cerita pun kat tv secara serius melainkan sinetron Soleha. itu pun sebab, last time masa sinetron itu ditayangkan, saya dah tak dapat follow sebab dah kembali kerja selepas melahirkan balqis, tak salah saya. so kali ini saya nak tengok apa dan macam mana jadi dengan soleha towards the ending bermula dari tengah jalan. ending dah tahu, tapi nak tengok how the ending happened.
saya dah stop tengok episode dari siri Lagenda kat tv9. punca? selepas dari cerita Nenek Kebaya tu episode dah semakin mengarut sampai saya malas betul nak layan. ape ntah cucu betong, mayang mengurai and for now, Siong. ya, saya tahu itu semua lagenda, tapi ntah? tak voleh nak terima.
so, sekarang… sinetron Munajah Cinta pulak.
mula-mula memang tak rancang nak follow. disebabkan waktunya kurang seswai. 530pm – 630pm kan, time tu macam waktu perdana untuk saya. nak get ready untuk OP pulang kerja dan whatsoever. masak-masak ke. kan. tapi entah macam mana, satu hari tu, ternampak la pulak si jelita Rianti Cartwright. Subhanallah! memang cantik betul nona sorang tu ok.
sebab itulah follow cerita itu. dek cantiknya si Khumaera (Rianti Cartwright) tu. watak dia pun, punyalah solehah. kekekeke. tapi sekarang saya dah buat keputusan untuk malas nak follow cerita itu lagi. heh.
mula-mula ok lah lagi. saya suka tengok macam mana cerita itu potray apa yang biasa berlaku dalam sesuatu marriage yang dinamakan "bermadu". bukan 2, tapi 3 ok. huru hara betul. benarlah kata pepatah, kalau kita ambil perempuan yang memang sudah siap teguh pegangan agama, kita dah ditolong separuhnya. itu memang sangat benar.
payah nak melenturkan isteri kan? hanya orang-orang lelaki sahaja yang faham dan tahu maksud sebenarnya. saya amat pening kepala melihat isteri nombor 2 Mas Attar tu. tapi, yang kagumnya (kagum sikit je la sebab semua ini lakonan) Mas Attar tak pernah nak ugut ceraikan dia ke apa ke walaupun dia tak pakai tudung, dan perangai menyusahkan.
sebaliknya Mas Attar terus menerus berlembut dan menegur secara hikmah. last-last, doa Mas Attar dikabulkan, dan isteri no 2 dia itu meninggal dunia dalam keadaan solehah.
soal cemburu seorang perempuan juga adalah scenario biasa dalam kehidupan harian kita juga kan. sama lah macam dalam cerita ini. kalau Mas Attar keluar dating dengan yang nombor 1, yang lain-lain jealous. dan vice versa. cerita ini juga menunjukkan secara terang bahawa, benar, seorang lelaki berupaya menyayangi 4 orang perempuan sekaligus (sebab itu diorang boleh kawen 4) tapi perempuan hanya "mampu" sayang seorang lelaki sahaja dalam suatu masa.
itu sebab, perempuan kalau curang senang benar nak dihidu. kakaka.
tak banyak yang saya nak ulas mengenai cerita ini sebab cerita ni tak sampai 50 episode lagi pun. masih baru. saya tengok pun for the sake of the heroin punya beauty. pastu koleksi-koleksi tudung dia yang saya suka. kolorful ok. saya paling suka kalau Mbak Khumaera pakai tudung warna merah ke kuning ke oren ke.. hadoih. shanteknya ciptaan Allah itu.
orang kalau dah lawa, kita pakaikan guni jadi tudung pun tetap lawa. tapi kita? sendiri mahu ingat la kan. kekekekeke.
ok. dan apa yang membuatkan saya nak stop tengok cerita ini? tentang "kekurangan" cerita itu sendiri.
-
tak larat tengok sistem polis diorang. ada ke orang senang-senang terlepas dari jail macam tu aja, menyelinap sana menyelinap sini tapi takde orang perasan? TAK LOGIC.
-
orang jahat dalam cerita ini sungguh-sungguh annoying. gelak dia. cara dia usap janggut dia. soooo menjengkelkan.
-
saya annoyed dengan wife Mas Attar yang no 2 sekarang ini. dari solehah tiba-tiba jadi terbalik kot lah pulak. menambahkan masalah.
-
ntah tiba-tiba watak suku sakat khumaera dari kampung datang la pulak buat kacau.
-
watak jahat yang nak perangkap bapak si Mas Attar pulak sengal tak habis-habis
-
kenapalahhhh budak kecik berdua tu nak BERLAKON kekonon pandai kontrol keadaan? kalau dah tahu si Seri tu jahat dan boleh membahayakan Pak Sanjaya, kenapa tak bagi tahu je Mas Attar or Mbak Khumaera?!?!!?!?!?! saya tak rasa budak kecik akan buat macam ni. malah diorang akan bukak mulut straight je. bukanya si Seri warning apa-apa pun!
-
dan banyak lagi yang saya tak boleh blah
saya tak kisah la sangat kalau dugaan yang datang tu dari luar. tapi kalau Mas Attar dan isteri-isteri dia sendiri pun huru-hara, memang peninglah ok. kita nak selesaikan masalah luar, masalah antara diorang pun tak selesai. itu yang buat saya boring sangat tu.
kesimpulannya?
selamat tinggallah cerita Munajah Cinta. saya akan tengok sekali-sekala aje untuk tengok Mbak Khumaera kesayangan saya tu. ok. ;p thehehehe.
this is Mbak Khumaera tanpa hijab…

till then, Assalamualaikum.
November 12th, 2009 by LeeN
bismillahhirrahmaanirrahim…
salam blog and all.
heyya.. urgh penatnya mata. terasa lama benar tak update blog ni.
actually, lepas ni will blog about checklist welcoming-baby no 2 dan juga nak share buku-buku yang saya belek along pregnancy.. soon ya Insya-Allah.
this is just a quick update before i hit the sack. erm, malam ni saya tengok cerita “sakaratul maut” di astro aruna with balqis.. hari ni dia tdo lambat sebab petang tadi tertidur. btw, ape yang saya nak cerita is, dulu masa tahun 2007 macam tu tak salah saya, saya suka benar tengok kat you tube video-video cerita sakaratul maut ni.
tajuk dia ada macam-macam. ikut episode lah. setiap episode lain cerita. now, dah jarang pergi sana. kalau nak cari kat you tube, taip kat search tu “HIDAYAH”.. confirm akan keluar.
sbb apa suka tengok? erm, maybe sebab orang indonesia kalau bikin cerita semacam itu memang nampak real. dari segi solekannya, kalau masa dia nak meninggal tu muka jadi melepuh ke.. hitam ke.. semuanya real. ada satu yang saya tak sanggup nak tengok is, lidah dia jadi panjang sampai ke dada sebab dia suka cakap takbur. tak percaya dengan Allah. Nauzubillah. thats the worst i think sbb memang tak sanggup nak tengok. horror!
malam ni tadi kat astro aruna tu, pasal orang tua ni mati dalam keadaan busung. biasalah, makan harta orang… i think, agaknyalah kan, kadang-kadang perkara macam ni banyak berlaku di indonesia dan its really happening kot. kalau tak takkan diorang buat cerita macam ni kan. sebabnya, negara diorang terlalu luas dan kita takkan tahu apa yang terjadi pada kawasan pedalaman diorang.. i think this really happen.
diorang still banyak remote area. banyak benda-benda yang rare… kita ni dah banyak sangat hutan kena tebang. hehehe.
ohh that is about all lah.. nak tidur. mata penat sangat mengadap laptop ni… rasa macam nak weng dah. huhuhu.
oh ya.. korang ada jenguk-jenguk ke kat
kedai saya yang tak seberapa tu? kalau ada yang berminat bagitahu lah ya? kalau ada buku baru saya upload lah lagi…
Thanks korang… (^_^)
bammm… tdo. dah tak larat sangat nih. (pic googled)
Assalamualaikum!
Lotsa LOVE,
LeeN
November 7th, 2009 by LeeN
bismillahhirrahmaanirrahim…
salam blog and all.
sewaktu menaip blog ini, juara lagu sedang berkumandang kat luar. tapi tiada penonton pun. hanya terpasang begitu je. OP focus dengan laptop dia. saya dalam bilik. OP must be seolah-olah tak dengar apa pun… tu pasal dia tak tukar tu.
actually, several days before, dalam last week macam tu… saya dah jumpa full sipnosis nur kasih dalam net. hajat di hati memang nak tunggu je sampai habis cerita tu walau sebenarnya saya tak risau pun pasal nur amina… tapi, terdetik jugak dalam hati, apa salahnya saya tahu sebab saya tak mengharap apa-apa pun dengan cerita tu.
so last time saya google dan jumpa. dalam blog seseorang itu. tapi saya tak mahu letak kat sini cuma korang boleh google dengan keyword “SINOPSIS PENUH NUR KASIH” akan confirm keluar blog seorang ‘cik’ itu. hehehe. situ ada letak full sinopsis.
pilihan atas tangan masing-masing ye tak?
bila saya baca, masa mula-mula tu macam tak betul pun. macam mengarut pun ada. watak katrina, kalau dia tak cerita pun, saya tahu yang hari ini dia akan meninggal. boleh diagak. tapi pasal mumbai tu, rupanya betul ya? so i think, that sinopsis boleh dipakai. personally, saya rasa sinopsis tu betul lah kot kan.
kalau tak, kenapalah nama cerita itu “Nur Kasih” kan? mesti lah ending dia macam tu. tapi kalau title macam “Sumpah Bunian” tu, saya sendiri boleh agak masa episode satu yang ending cerita tu sedih sebab dah tajuknya “SUMPAH” kan? that make sense.
mengenai cerita drama tu malam ni ya…
tak banyak kesimpulan yang saya nak simpulkan. cuma, kita boleh amik lesson kat situ. i think, drama ni bagus sebab diorang buat macam “real life” je. what i meant is, benda-benda biasa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita. dan ‘reaction’ yang diorang create pun natural punya reaction.
yang paling nyata sekali, semua itu berlaku kerana “orang ketiga”. walaupun sebenarnya tak ada apa-apa, tapi kesan “percakapan” orang ketiga tu memang kuat kan? contoh macam mak aidil cakap kat nur, yang dia nak nur masak sebab rindu dengan masakan nur, kalau si “sarah” tak cucuk liya… memang sebenarnya mane ade ape-ape. mustahil la kan nak terasa dengan si nur sebab benda tu memang betul pun, nur jarang-jarang dapat balik. confirmlah mak mentua dia rindu dengan masakan dia ye tak? lagipun sebab nur tu memang dok sana dulu.
tapi sarah punya racun dah masuk… itu yang buat pedih sikit tu cerita tu. haha. pandai la ko ye sarah.. ;p by the way, personally i think, perbandingan tu memang ada dalam mana-mana pun. contoh macam cerita ni, mak aidil tu takde anak perempuan, so wujudlah perbandingan antara menantu. sebab anak dia dua-dua lelaki. buat apa pulak dia nak banding-bandingkan anak sendiri ye tak?
kalau pula seorang ibu tu ada anak perempuan semua, menantu lelaki la pula kena banding. yang ini baik. yang itu tak best. yang ini rajin. yang itu tidur sampai tengah hari tapi suke bagi hadiah so sayang jugak sampai tak nampak ape yang kurang walaupun ada menantu lain yang care pasal dia lebih lagi. ha. macam-macam kan? jangan sebut pasal ibu orang lain. kadangkala, ibu kita sendiri bandingkan kita. normal semua itu.
then, kalau yang ada anak lelaki dan perempuan ni, tengoklah. ada yang sayang sangat dengan menantu lelaki la. ada yang caring lebih dengan menantu perempuan lah. ada yang anak sendiri the best lah. alam rumah tangga ni memang macam-macam. personally, i think sebagai seorang perempuan, kita perlulah bijak berfikir. tak perlu nak ambil hati sangat dengan perkara macam. its normal.
saya sendiri tak tahu macam mana saya bila jadi mak mertua esok lusa. haha. tapi saya harap saya dapat didik diri saya sendiri sebab, kita pun pernah jadi menantu kan? what goes around comes around.
dan, a big big lesson yang saya nampak dalam cerita itu, kalau kita suami isteri, Allah dah pesan, Nabi junjungan kita juga pesan… pesannn sepesan pesannya! bahawa apa sahaja yang berlaku dalam rumah tangga jangan sesekali dibawa berbincang dengan sesiapa sahaja. betul dan benarrr sungguh kata ayah kepada si Liya, hidup ini bukan sekadar solat yang cukup dan menutup aurat dengan betul sahaja.
well, sebab itu ayah dia beri liya dijaga oleh seorang ‘aidil’ kan? kalau tengok orang sekarang, jaranglah nak fikir macam tu. lebih-lebih lagi Dato’ n Datin yang tak mahu anak hidup susah.
kesilapan liya membuka pekung dan terlampau mendengar cerita dari mulut sarah, itulah punca utama permasalahan ini. orang seperti sarah will always come and go dalam life kita. banyak. kadang-kadang kawan sendiri. even dengan your very best friend pun kita tak boleh cerita pasal masalah rumah tangga. sebab itu kita diberi pilihan ketiga, that is to seek an advice kat pejabat agama. tul tak?
iya, orang di pejabat agama pun manusia biasa. kadang-kadang bias. btul. tapi dia bukan orang yang ada dalam lingkaran kita dan suami kita. dia tak judge kita macam orang yang kenal kita judge kita. as in marriage, sebenarnya perangai “Sebenar” kita hanya PASANGAN kita sahaja yang tahu. bukan adik beradik atau mak ayah walaupun diorang jaga kita nak dekat 80 tahun. bukan. bukan. dan bukan. hehe. apetah lagi kawan.
lagipun, maruah sesebuah perkahwinan tak boleh dijaja. sila biarkan semua tertutup.
bila dah tercetus ’spark’ pada liya disebabkan oleh sarah, so… macam-macamlah yang berlaku lepas tu. cakap mak mentua pun dah rasa semacam. cakap suami apatah lagi… lebih-lebih la terasa semacam kan. bila dah jadi macam tu, apa yang Nur cakap pun tiba-tiba “terasa betul”.. kuat kan penangan bila kita bawa masalah kita ke orang luar?
saya masih setahun jagung dalam alam ini. kalau jagung tu ditanam, saya stage yang belum boleh petik pun lagi. muda dan mentah sangat. tapi kita yang sudah berumah tangga ini, perlu pegang sesuatu prinsip. that is, dalam marriage hanya ada ’suami & isteri’. tiada orang lain. hatta mak ayah kita pun sudah consider orang luar. sebab yang suami kita lafazkan ‘aku terima nikahnya blablabla…’ hanya ada suami dan isteri. itulah perjanjiannya.
saya tak boleh lupa khutbah yang OP beri kat saya untuk pertama kalinya dulu.
OP kata saya terlalu menghayati cerita itu lalu saya faham sedalam-dalamnya cerita itu. hurm.. hormonkah itu? haha. tak kot. saya memang suka cerita berat dan berbelit-belit. lebih-lebih lagi bila cerita berlandas agama memang suka. kalau tengok cerita macam orang yang tak mengingatkan kita akan mati, memang turn-off.
dan, kalau tengok liya… dia berada dalam state tak boleh terima kenapa aidil nak menolak pemberian hadiah kahwin mereka itu. as a husband, yang datang dari family macam tu… memang akan terasa sangat-sangat dengan pemberian macam tu. kan? kadang-kadang, orang yang memberi hadiah juga tak fikir dengan apa yang orang lain rasa. itu normal. tapi personally (hahaha saya dah bawa masuk personal la pula) i think, kalau suami rasa nak pulang balik tu, kita ikutkan ajalah.
memang kalau tengok reaction liya, memang boleh diagak. dia macam tak boleh terima kenapa suami dia takmo amik kereta tu semata-mata kerana aidil tak berapa mampu nak pakai kereta macam tu. liya rasa, kenapa lah si suami beriya-iya nak mempertahankan ego dia oleh kerana dia adalah seorang suami walhal itu hadiah ikhlas dari ibu dan ayah yang sangat sangat dia sayang… kan? biasalah. suami memang ada ego tersendiri. ibubapa kita pun ada egonya. kita sendiri as a wife, punn ada egonya.
so? sebab itulah kalau dah kahwin, orang perempuan memang kena banyak-banyak bersabar. husband will always be husband. mak ayah will always be mak ayah. mentua will always be mentua. sebab itu penting, amat-amat penting untuk kita cari lelaki yang celik mata hati. bukan cari yang sebab dia best nak jadikan husband tapi belum tentu best bila bab mak ayah dia dan mak ayah kita. bila dia seorang yang celik mata hati, kita pun tak perlu risaukan dia, sebab dia tahu apa nak buat. right?
ini tak. dalam banyak-banyak hal, suamilah yang kita nak pening kepala dulu. memang bertambah beratlah masalah kita. right?
ok ok. agak panjang.. meleret disitu.
tapi sesiapa yang dah kahwin mesti boleh imagine.
seterusnya (adui ade lagi ke?)
ade.
ni pasal nur dengan adam la pula. seperti apa yang saya katakan tadi, dalam marriage hanya ada suami dan isteri. tiada orang lain. kadang-kadang salah seorang antara kita, suka buat keputusan sendiri. tanpa bincang dengan spouse sendiri. kita assume hati dia macam tu macam ni sebab kita tengok apa yang dia buat. dia kata. i was like, adoilah si adam ni. boleh pula pergi berbincang dengan wife si aidil tanpa pengetahuan nur? personally, i think bawa sekali nur. baru betul. kan?
kalau tak, takdelah benda-benda mengarut itu spread macam tu je. kan? itu hanya cerita. tapi in real life also happen. apa-apa keputusan sukar sebegitu, apatah lagi melibatkan ipar (yang tak kene mengene dengan suami kita) i think wife should be included. bagi mengelakkan fitnah. i think, this drama really potray the image of nowadays punya marriage…
last sekali yang saya nak taip…
berdasarkan relation aidil dan mak dia.
seorang perempuan, yang diberi kesempatan untuk hidup diatas muka bumi ini, seperti saya juga… memang selalunya kurang sana sini. penuh emosi. selalunya emosi lebih dari akal. itulah kelemahan seorang perempuan walaupun dia adalah seorang ibu yang telah tua dan terlebih-lebih dahulu makan garam dari semua orang. perempuan akan tetap jadi perempuan sampai dia tua..
kan, mula-mula kita sebagai seorang anak, kita dibawah jagaan ayah kita. selepas kahwin, dibawah jagaan suami kita pula. dan jika kematian suami atau berpisah, kita menjadi tanggungjawab kepada anak lelaki kita… kalau mak kita buat apa-apa pun, setelah ayah tiada, memang anak lelaki yang tanggung dosa. malah kalau ibu melakukan perkara mungkar, anak lelaki wajib bimbing ibu dan nasihatkan ibu. memang itulah susur galurnya. bukan ibu yang tinggal itu pula yang menjadi ketua keluarga dan pembuat segala keputusan. its the son.
sebab perempuan akan terus jadi perempuan. dengan emosi sampai bila-bila. memang dah termaktub dalam hukum yang Allah ciptakan, bahawa lelaki adalah pemimpin.. sebab itulah kita kena didik baik-baik anak kita.. InsyaAllah.
kata orang, mendidik anak lelaki, umpama mendidik seorang manusia. tapi, mendidik seorang wanita umpama mendidik satu bangsa. besarkan kesan wanita? tapi dari mana datangnya wanita yang terdidik? iya. dari seorang lelaki yang terdidik. its a cycle sebenarnya. takda siapa yang lebih daripada satu dengan yang lain. it is a cycle.
mujurlah dalam cerita ini, mak aidil wataknya adalah seorang yang celik agama. kalau tak memanglahhh susah jiwa raga mata saya nak tengok. heheheh.
i am sure, korang tahu… seorang lelaki tu, kalau nak masuk syurga, berapa banyak benda yang boleh tarik dia macam tu je ke neraka walaupun dalam hidupnya dia kuat beribadah. mereka adalah ibunya… isterinya… anak-anak perempuannya.. dan adik-adik perempuannya. berat kan tanggungjawab diorang?
in life, personally… masa kecik-kecik dulu, once… i wish that i am a man to take care of my mother, tapi bila saya tahu pasal ni… ntah kan saya ‘qualify’ atau tak nak jalankan tanggungjawab itu semua? astaghfirullah hal azim.
what has been written and played on screen seperti cerita nur kasih ni, hanya seperti cermin untuk kita semua. to remind us that it do happens. its life. betul. bukanlah kita tengok sebab nak feeling-feeling romantic (part of it memang yeeee bila adam dengan nur dating-dating kat sawah macam saya dan OP bila balik bahau sebelum dapat balqis ;p) sangat. tapi ilmu yang ada terselit dalam cerita tu, saya rasa haruslah jadikan pengajaran.
Sekadar peringatan.
kan?
by the way, bila dah ada balqis, asyik tak sempat je nak dating kat sawah kan OP ngahaha.
ok… that’s all readers.
that is about all.
saya minta maaf sangat-sangat jika ada yang terasa hati bila taip entry pasal benda-benda heavy macam ni… apa yang saya taip ini adalah tidak merujuk mana-mana pihak pun. sekadar melayan emosi setelah menonton nur kasih. hemo hemo. ;p
selamat malam!
Assalamualaikum!
Lotsa LOVE,
LeeN
October 24th, 2009 by LeeN
pic googled
bismillahhirrahmaanirrahim…
salam blog and all.
MAAF! tuan rumah mengalami mood swing lagi (i guess its not pregnancy hormones sbb kalau tak pregnant pun memang suka tukar layout) dan menyebabkan layout ini berubah wajah sekali lagi… pada tahun ini. i lost count dah berapa kali saya tukar layout but as long as i am not satisfied… selagi itulah saya akan tukar. i have a feeling yang layout kali ini akan bertahan lama.. dunno until when.
watched nur kasih tak? i saw my baby sister update her blog pasal cerita drama ni. but then, saya takmo baca dulu. not after i want to write what i want about that drama. nanti terganggu otak… ;p
actually. saya tak ikut pun cerita ni dari episode satu. tengok sekadar mana sempat. tapi bila dah mula beberapa episod, saya terus jadi peminat setia. i think since adam menzalimi nur pada awal cerita tersebut… i wanna know how far will adam go so i follow that drama every week.
okaylah. the thing yang berlaku sekarang, most of the simpulan hati pada adam-nur-katrina dah selesai. maksud saya ialah hal-hal yang haritu, like ‘nur tak beri jawapan pada adam’ or ‘katrina kat mana dan buat apa’ so so on dah pun terjawab. the thing is now, diorang dah pun setuju untuk bermadu.
i can see that adam takkan mampu melepaskan keduanya. bukan kerana dia tak cinta pada nur, dan bukan kerana dia kasihan pada katrina. kerana dua-dua insan itu juga datang atas sebab masing-masing. seorang lagi tak diundang. seorang lagi diundang. namun, cinta kepada yang tak diundang itu ternyata tersimpul lebih rapi dari yang diundang.
itulah hakikat sesebuah perkahwinan. cinta yang lahir dalam hati itu semuanya milik Allah belaka. Allah lah yang maha berkuasa pada setiap hati yang ada di atas muka bumi ini. Dia boleh buat seseorang suka pada kita tanpa sebab. Dia boleh buat seseorang benci kita, juga tanpa sebab. semua itu kuasa Dia.
terdetik dalam hati saya, wujudkah insan yang mulus hatinya seperti nur amina? kalau tak ada, mengapa wujudnya cerita kan? saya yakin, dicelah-celah jutaan manusia yang statusnya wanita, pasti wujud seorang seperti nur amina. dia meletakkan nasib dirinya pada Allah. tawakal. i think kalau kita ni fikir terlampau panjang, memang tak akan buat keputusan seperti itu… kan? rumahlah. nafkahlah. pembahagian esok lusalah. drama tu cerita, memanglah semuanya indah… real life?
mungkin. setelah nur alamii hidup bersendirian selama 4 tahun… perit jerih semua ditanggung sendiri, membuatkan dia lebih memahami dan matang. dia faham akan rasa keseorangan dibumi Allah ini. cubalah kalau kita tak ada keluarga… saudara mara… hanya mengharap belas ihsan seorang roommate.. kita akan tahu, langit ini tinggi atau rendah.
most of us will tend to hate katrina. i mean in real life. sebab dia yang kedua dinikahi. kalau tak hate dia pun, like berat sebelah. posisi seperti katrina memang mudah orang salah sangka. sangka buruk memang tak akan lari dari diri dia. tapi, kalau katrina itu beragama seperti itu, urusan poligami memang akan jadi lebih jernih….
kalau bukan mudah untuk jadi yang pertama, lebih payah lagi bila jadi nombor dua kan. mak mentua pun sipi-sipi dengan kita. heh.
but, melihat pada masalah si aidil dan liya pulak… memang rasanya adatlah kalau kita jadi menantu yang ke dua puluh empat mendapat layanan macam tu. itu biasa. kalau jadi menantu pertama, memang apa pun mak mentua senyum. puji melambung-lambung. mak kita dan mak dia, sebenarnya sama je. tak melebih kan mana-mana. pada saya, kalau mak saya cakap kat saya macam-macam pun tak pernah saya amik hati. sebab emak kita sendiri kan? samalah macam mak mentua kita. emak juga.
macam mak si aidil cakap time makan masakan liya tu kan, “sedap… tapi tak sama macam nur masak…”. haha. memang terkedulah kan kalau baru-baru kahwin kena macam tu. ni sarah la punya kerja ni. dia tahu tu kepakaran akak dia, saje je nak differ kan antara liya dengan nur… busuk hati betul watak dia kan?
i can see clearly dalam cerita tu yang memang mak aidil tak sikit pun benci si liya. tapi sebab dek liya di ‘provoke’ oleh si sarah… maka dia makan hati sendiri. walhal mak dia rilex je. kalau makan hati sendiri ni memang payah la. tengok macam liya tu… nak dicakap kat suami, takut nanti diingat yang bukan-bukan dek aidil. lagipun tak tahu nak terangkan macam mana. tak nak percaya cakap sarah pulak, terasa macam apa yang sarah cakap tu betul. kesian betul watak dia…
watak apa lagi yang bermadu? tu, dalam novel ‘ayat-ayat cinta’ tu… si aisyah dengan si maria.. kan bermadu atas kerelaan dan idea si aisyah. saya kira, mereka adalah wanita yang tinggi ilmu agama. tapi kalau baca pula cerita ‘ketika cinta bertasbih’ tu… wanita yang amat cerdik, berilmu agama tinggi dan berpengetahuan luas seperti anna althfunnisa… siap memberikan syarat pada bakal suami agar tidak menduakan dirinya walau apa pun terjadi setelah bernikah…
justeru? soal poligami adalah terlalu luas untuk dibincangkan. saya pun tak berani nak beri pendapat macam-macam sebab esok lusa, saya tak tahu apa yang Allah sediakan untuk saya. walau kita belajar setinggi langit sekalipun, belum tentu kita dapat menguasai hati dan perasaan kita jika dugaan seperti ini datang bertamu. tiada jaminan. kan? entah-entah, orang yang kita nampak lemah kerana dia tak amik degree lebih faham agama dari orang yang study di universiti… it happens.
berbalik pada cerita drama tadi…
saya rasa… saya yakin kot yang life untuk nur-katrina-adam tak ada yang perlu dirisaukan. sebab watak mereka masing-masing sudah dah berbalik pada agama. tapi watak sarah… yang jadi ‘gunting dalam lipatan’… memang menyusahkan hati saya…
adoilah cerita ni. kenapalahhhh seminggu sekali?!?! nasib baik hari biasa saya boleh follow ’sumpah bunian’….. awwwwww so sweet. ;p
take care aite.
okay! theme song!
“ooh ooh aah aah ooh ooh so long
ooh ooh aah aah so long (so long)
we are happy ladies
have a wonderful day
see you later so we can play!”
Assalamualaikum!
Lotsa LOVE,
LeeN