bismillahirrahmaanirrahim
salam blog and all

lately, saya dah tak ikut satu cerita pun kat tv secara serius melainkan sinetron Soleha. itu pun sebab, last time masa sinetron itu ditayangkan, saya dah tak dapat follow sebab dah kembali kerja selepas melahirkan balqis, tak salah saya. so kali ini saya nak tengok apa dan macam mana jadi dengan soleha towards the ending bermula dari tengah jalan. ending dah tahu, tapi nak tengok how the ending happened.
saya dah stop tengok episode dari siri Lagenda kat tv9. punca? selepas dari cerita Nenek Kebaya tu episode dah semakin mengarut sampai saya malas betul nak layan. ape ntah cucu betong, mayang mengurai and for now, Siong. ya, saya tahu itu semua lagenda, tapi ntah? tak voleh nak terima.
so, sekarang… sinetron Munajah Cinta pulak.
mula-mula memang tak rancang nak follow. disebabkan waktunya kurang seswai. 530pm – 630pm kan, time tu macam waktu perdana untuk saya. nak get ready untuk OP pulang kerja dan whatsoever. masak-masak ke. kan. tapi entah macam mana, satu hari tu, ternampak la pulak si jelita Rianti Cartwright. Subhanallah! memang cantik betul nona sorang tu ok.
sebab itulah follow cerita itu. dek cantiknya si Khumaera (Rianti Cartwright) tu. watak dia pun, punyalah solehah. kekekeke. tapi sekarang saya dah buat keputusan untuk malas nak follow cerita itu lagi. heh.
mula-mula ok lah lagi. saya suka tengok macam mana cerita itu potray apa yang biasa berlaku dalam sesuatu marriage yang dinamakan "bermadu". bukan 2, tapi 3 ok. huru hara betul. benarlah kata pepatah, kalau kita ambil perempuan yang memang sudah siap teguh pegangan agama, kita dah ditolong separuhnya. itu memang sangat benar.
payah nak melenturkan isteri kan? hanya orang-orang lelaki sahaja yang faham dan tahu maksud sebenarnya. saya amat pening kepala melihat isteri nombor 2 Mas Attar tu. tapi, yang kagumnya (kagum sikit je la sebab semua ini lakonan) Mas Attar tak pernah nak ugut ceraikan dia ke apa ke walaupun dia tak pakai tudung, dan perangai menyusahkan.
sebaliknya Mas Attar terus menerus berlembut dan menegur secara hikmah. last-last, doa Mas Attar dikabulkan, dan isteri no 2 dia itu meninggal dunia dalam keadaan solehah.
soal cemburu seorang perempuan juga adalah scenario biasa dalam kehidupan harian kita juga kan. sama lah macam dalam cerita ini. kalau Mas Attar keluar dating dengan yang nombor 1, yang lain-lain jealous. dan vice versa. cerita ini juga menunjukkan secara terang bahawa, benar, seorang lelaki berupaya menyayangi 4 orang perempuan sekaligus (sebab itu diorang boleh kawen 4) tapi perempuan hanya "mampu" sayang seorang lelaki sahaja dalam suatu masa.
itu sebab, perempuan kalau curang senang benar nak dihidu. kakaka.
tak banyak yang saya nak ulas mengenai cerita ini sebab cerita ni tak sampai 50 episode lagi pun. masih baru. saya tengok pun for the sake of the heroin punya beauty. pastu koleksi-koleksi tudung dia yang saya suka. kolorful ok. saya paling suka kalau Mbak Khumaera pakai tudung warna merah ke kuning ke oren ke.. hadoih. shanteknya ciptaan Allah itu.
orang kalau dah lawa, kita pakaikan guni jadi tudung pun tetap lawa. tapi kita? sendiri mahu ingat la kan. kekekekeke.
ok. dan apa yang membuatkan saya nak stop tengok cerita ini? tentang "kekurangan" cerita itu sendiri.
-
tak larat tengok sistem polis diorang. ada ke orang senang-senang terlepas dari jail macam tu aja, menyelinap sana menyelinap sini tapi takde orang perasan? TAK LOGIC.
-
orang jahat dalam cerita ini sungguh-sungguh annoying. gelak dia. cara dia usap janggut dia. soooo menjengkelkan.
-
saya annoyed dengan wife Mas Attar yang no 2 sekarang ini. dari solehah tiba-tiba jadi terbalik kot lah pulak. menambahkan masalah.
-
ntah tiba-tiba watak suku sakat khumaera dari kampung datang la pulak buat kacau.
-
watak jahat yang nak perangkap bapak si Mas Attar pulak sengal tak habis-habis
-
kenapalahhhh budak kecik berdua tu nak BERLAKON kekonon pandai kontrol keadaan? kalau dah tahu si Seri tu jahat dan boleh membahayakan Pak Sanjaya, kenapa tak bagi tahu je Mas Attar or Mbak Khumaera?!?!!?!?!?! saya tak rasa budak kecik akan buat macam ni. malah diorang akan bukak mulut straight je. bukanya si Seri warning apa-apa pun!
-
dan banyak lagi yang saya tak boleh blah
saya tak kisah la sangat kalau dugaan yang datang tu dari luar. tapi kalau Mas Attar dan isteri-isteri dia sendiri pun huru-hara, memang peninglah ok. kita nak selesaikan masalah luar, masalah antara diorang pun tak selesai. itu yang buat saya boring sangat tu.
kesimpulannya?
selamat tinggallah cerita Munajah Cinta. saya akan tengok sekali-sekala aje untuk tengok Mbak Khumaera kesayangan saya tu. ok. ;p thehehehe.
this is Mbak Khumaera tanpa hijab…

till then, Assalamualaikum.